Doa ibu untuk anak tiada hijabnya. Justeru dalam apa jua keadaan sentiasa doakan anak-anak. Malah tatkala mereka melakukan perkara yang tidak disenangi adalah lebih baik terus mendoakan kebaikan daripada mengeluarkan kata-kata kesat.
Dalam pada itu setiap ibu juga harus melengkapkan diri dengan pengetahuan doa-doa yang patut diamalkan untuk anak-anak.
Doa-doa yang diambil daripada kalam Allah ini patut sentiasa dititipkan dalam usaha seorang ibu untuk menjadikan anak insan soleh dan solehah. Insya-Allah.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19;
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.Baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Ads
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud;
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
Ads
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini dari Surah Al-Baqarah ayat 128;
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
Ads
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.”
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9;
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.”
Amalkan doa-doa ini dalam bahasa Melayu jika sukar menghafal dalam bahasa Arab, apa yang penting ibu ikhlas dalam setiap doanya.
Biasanya biji benih yang kecil seperti sawi dan bayam kita tabur terus saja ke tapak semaian.
Tapi bila bercambah barulah nampak, anak benih semuanya rapat rapat. Boleh saja biarkan cuma nanti pokok sayur tak cukup zat, kurus-kurus saiznya.
Supaya hasil sayur tak jadi begini ada tip yang boleh dipraktikkan untuk semai biji benih yang halus saiznya. Tip dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Tip semai biji benih sayur bersaiz halus
Hari ini nak kongsi tip mudah nak tanam biji benih yang bersaiz terlalu kecil seperti biji sawi dan bayam.
1) Campur biji benih dengan pasir sebelum ditabur ke tanah.
Tujuannya untuk memudahkan kita memegang benih. Struktur pasir yang kasar memudahkan untuk kita pegang dengan hujung jari.
Satu lagi untuk mengelakkan kita tabur terlalu banyak benih pada satu-satu masa.
Nanti pokok akan tumbuh terlalu rapat dan padat. Seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok. Pokok akan jadi kecil dan slim jer nanti.
2) Buat garisan lubang pada batas tanaman
Bila ada garisan lubang mudah untuk kita tabur benih. Senang boleh nampak kuantiti benih yang ditabur. Kalau nampak terlebih mudah untuk ambil dan pindahkan ke tempat lain berbanding dengan cara tabur secara rawak. Jenuhlah nak tilikkan.
Satu lagi rasionalnya buat garisan, nanti pokok tumbuh cantik dan tersusun. Sedaplah mata memandangkan. Nak cabut masa tuai hasil pun senang.
Dalam situasi banjir di banyak kawasan ketika ini, ramai yang berkongsi video tindakan berani sesetengah pemilik kenderaan yang mengharungi jalan-jalan yang dinaiki air. Kita pula yang takut melihatnya.
Semua maklum akan risiko mengharungi jalan yang dinaiki air ini. Malah sudah ada beberapa kejadian lemas berlaku akibat dihanyutkan air kerana mengharungi jalan sebegini.
3 fakta penting tentang jalan yang dinaiki air
Perlu kita tahu, walaupun jalan yang dinaiki air nampak cetek namun jangan sesekali memandang rendah kuasa air terutama yang sedang mengalir.
Ini fakta yang perlu kita tahu tentang air banjir yang berarus di atas jalan menurut laporan weather.gov
1. Walaupun air setinggi 6 inci di atas jalan sudah mampu menghanyutkan orang dewasa.
2. Air banjir hanya setinggi 12 inci cukup untuk menghanyutkan sebuah kereta.
3. Sebuah SUV atau trak boleh dihanyutkan walau air banjir hanya setinggi 2 kaki.
Sekiranya jalan yang dilalui dinaiki air, disarankan berpatah balik jangan redah untuk elak kejadian dihanyutkan air dan lemas hingga meragut nyawa.
Walaupun sentiasa guna telefon bimbit tapi rasanya ada banyak fungsi dan trik telefon bimbit yang kita tak tahu.
7 trik ini contohnya sebenarnya sangat berguna tapi tidak diketahui termasuk mereka yang gila gajet.
1. Tekan butang ambil gambar berterusan untuk rakam 20 foto persaat
Tekan butang ambil gambar secara berterusan membolehkan anda merakam sehingga 20 gambar per saat bergantung kepada jenis telefon anda. Tak ramai yang tahu tapi apa yang perlu kita lakukan adalah hanya terus menekan butang ambil gambar pada telefon dan lihat magik yang bakal berlaku.
2. Gunakan butang volume untuk ambil gambar
Ambil gambar menggunakan sebelah tangan memang agak sukar terutama kalau saiz telefon kita besar. Ia menyebabkan gambar tak jelas kerana tangan kita akan bergoyang. Jadi jika mahu ambil gambar menggunakan sebelah tangan, cuma tekan butang volume kerana fungsinya sama dengan menekan butang mengambil gambar.
3. Tutup mikrofon dengan jari
Anda boleh memperbaiki kualiti audio video yang diambil dengan cara menutup mikrofon. Cara ini akan menutup bunyi bising dan membolehkan anda mendengar audio utama lebih baik. Gunakan jari untuk menutup mikrofon sewaktu merakam video.
4. Pakai wall papar gelap
Kecerahan atau brightness telefon adalah antara penyebab bateri telefon habis lebih cepat. Untuk mengurangkannya muat turun wall paper yang gelap.
5. Letak telefon dalam mug supaya bunyi alarm lagi kuat
Jika anda jenis mengharapkan alarm telefon untuk mengejutkan anda pada waktu pagi pastikan anda meletakkannya dalam cawan atau mug yang kosong. Cara ini bunyi alarm akan lebih kuat.
6. Restart telefon 3 kali seminggu
Telefon kita tidak akan berfungsi secara maksium sepanjang masa. Untuk memastikan ia berfungsi dengan baik, ‘restart’ telefon anda tiga kali seminggu.
7. Off fungsi auto rotate untuk jimat bateri
Pastikan anda off fungsi screen rotate dan hanya aktifkan bila perlu. Membiarkan ia sentiasa on akan menggunakan banyak bateri kerana ia menggunakan sensor khas dipanggil accelerometer.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...