Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini ada beberapa amalan sunnah yang disarankan untuk kita lakukan. Antaranya adalah 7 perkara berikut:
1. Banyakkan selawat
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.” Para sahabat berkata : “Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?” Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
2. Mandi Jumaat
“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”(Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mengikut Abu Sa’id Al-Khudri, hukum mandi Jumaat adalah wajib bagi lelaki-lelaki yang baligh. Tidak wajib bagi kanak-kanak, wanita, orang sakit dan musafir. Digalakkan untuk mandi Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.
3. Mengenakan minyak wangi
Nabi S.A.W. bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
Ads
4. Segera berangkat ke masjid
Bagi lelaki, jika mendengar azan pertama yang berkumandang di masjid, itu tandanya panggilan untukdatang ke masjid. Sekiranya sedang bekerja atau berniaga, anda perlu meninggalkan pekerjaan anda sebentar dan ke masjid untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam masjid.
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.” (Shahih HR. Bukhari).
Dan anda digalakkan untuk tidur selepas solat Jumaat kerana itu adalah Sunnah baginda.
5. Memotong kuku
Kita digalakkan merapikan diri pada hari Jumaat dan ini termasuklah memotong kuku. Ia dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.
Ads
6. Membaca Surah al-Kahfi
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Rasulullah bersabda,
Ads
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
7. Perbanyakkan zikrullah dan doa
Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Garlic Chili Oil ini memang elok sedia siap-siap di dapur. Kalau makan sup, bubur memang sedap kalau tambah bahan ini. Cicah dengan dumpling pun sedap. Letak dalam nasi goreng Cina pun layan.
Berbaloi buat sendiri sebab ia penyedap hidangan yang mudah sangat disediakan. Guna tiga bahan saja dan tak sampai 10 minit dah siap.
Untuk lebih senang ikut panduan yang disediakan oleh Zurina Zulkefli yang sudi berkongsi resipi garlic chili oil yang dijual sebelum ini.
Garlic cili oil, senang saja buatnya
Dulu saya berniaga garlic chili oil ni, makin lama permintaan semakin tinggi saya pula tak larat nak buat banyak dalam satu masa. Jadi saya stop. Saya kongsikan resipi, senang saja semua orang boleh buat.
3 bahan-bahan
2 sudu besar chili flakes (ini chili flakes Korea Gochugaru, sebelum ini saya guna jenama Meriah RM2 saja, sedap)
Rempah 4 sekawan
7 ulas bawang putih dicincang halus – lagi halus cincang lagi rangup.
Cara membuat
1. Panaskan setengah cawan minyak masak atau minyak sayuran. Pastikan api kecil ya. Nak masak chili oil, api tak boleh besar nanti cepat hangus.
2. Masukkan dahulu rempah 4 sekawan.
3. Kemudian masukkan bawang putih, kacau.
4. Masak bawang putih sehingga warna keemasan. Bukan warna keperangan, sebab kita tak nak garlic rasa pahit.
5. Masukkan chili flakes dan 2 cubit garam halus untuk rasa sedikit masin.
Kemudian terus padamkan api, jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
Siap.
6. Simpan dalam botol setelah chili oil sejuk. Saya simpan pada suhu bilik, boleh tahan selama 2 minggu. Pastikan paras minyak melebihi chili flakes ya.
Kebanyakan seterika atau iron kat rumah kita mesti ada kesan hitam ini. Kadang-kadang banyak sangat sampai kesan hitam ini melekat pula pada baju waktu menggosok .
Kalau dah tension tengok kesan ini boleh cuba 3 cara mudah di bawah untuk hilangkannya.
1. Cif & Eraser Sponge
Bahan yang diperlukan cuma pembersih Cif Cream dan eraser sponge/ magic sponge
Cara-caranya, letak pembersih pada iron yang penuh kesan hitam. Gosok rata menggunakan eraser sponge dan kita lihat kesan hitam iti tanggal melekat pada sponge tadi. Ulangi sehingga iron jadi bersih. Dah siap!
Kredit : Nor Chu via Kelab Kaki Deco Barang Eco/DIY
2. Guna garam
Tabur garam atas kertas atau aluminium foil kemudian panaskan seterika pada suhu paling maksimum.
Gosok atas permukaan garam sehingga kesan hangus tadi tertanggal.
3.Ubat gigi
Letak saja ubat gigi pada permukaan seterika yang hitam kemudian sental dengan kain. Tak perlu panaskan seterika jika gunakan cara ini/
Kesan kotoran akan tanggal semasa menyental. Ulang sehingga seterika bersih.
Kepayahan hidup zaman dahulu menyebabkan ada keluarga sanggup menyerahkan anak mereka kepada keluarga lain untuk dibesarkan dalam keadaan yang lebih elok. Kadang kala anak diserahkan kepada keluarga yang berbeza agama dan perkara ini dialami sendiri oleh pelakon Adam Corrie Lee.
Selepas terpisah selama 36 tahun akhirnya Adam dapat bertemu kembali dengan adiknya Shahrizah Hussein, 10 tahun yang lalu. Pertemuan dengan adiknya dalam majlis akikah anaknya tempoh hati membuatkan Adam terpanggil untuk berkongsi kembali kisah mereka.
Dibesarkan dalam keluarga Muslim
Ini adik lelaki saya, Shah. Kami terpisah selama 36 tahun, sejak beliau dilahirkan. Jumpa semula 10 tahun lalu. Alhamdulillah Shah dibesarkan keluarga muslim sebagai muslim.
Alhamdulillah sekarag beliau sudah berusia 46 tahun. Masih bujang. Jadi dalam keluarga saya, saya dan adik saya Shah sahaja yang muslim.
Allah berikan hidayah Islam kepada hambaNya dlm pelbagai cara. Ada yang bertuah, lahir dalam keluarga Islam. Ada yang perlu menjadi cahaya Islam bertahun-tahun baru dapat cahaya Islam. Ada yang di hujung nyawa Allah campakkan hidayah Islam pada diri mereka.
Walau bagaimana cara pun kita menerima hidayah… yang penting kita istiqamah dlm hidup ini sebar kebaikan pada semua.
Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang #adamcorrie
Mengimbas kisah pertemuan kembali dengan adiknya ujar Corrie memetik laporan MStar Online sebelum ini dia memang mengetahui mempunyai seorang adik lelaki tetapi hal itu senyap begitu sahaja. Malah keluarga juga tidak berusaha untuk mencari.
Namun Corrie mengklasifikasikan jejak kasih beliau dengan adiknya itu ibarat “Lain yang dicari, lain yang didapatnya” kerana pertemuan mereka berlaku dalam keadaan tidak dirancang.
“Ikutkan saya nak mencari kawan baik saya iaitu Rahim melalui temubual di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro kerana dia merupakan orang pertama yang membawa saya ke masjid.
“Di dalam temubual itu, hos waktu itu memberikan peluang kepada saya untuk memberikan kata-kata akhir jadi saya gunakan kesempatan itu untuk mencari rakan saya yang terpisah.
“Jadi, yang membuatkan saya terkejut adalah bukan kawan saya yang muncul sebaliknya adik saya,”ujarn yang bertemu adiknya pada Oktober 2009.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...