Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.
Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.
Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.
1. Kaki sering berasa kebas – ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.
Ads
2. Mudah letih dan cepat mengantuk – peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.
3. Senak dada sebelah kiri – ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!
Ads
4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher – arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
5. Kaki membengkak – ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) – ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.
Ads
7. Tanda kuning muda – pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.
Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.
Bagi yang bercucuk tanam di rumah terutama buat yang cenderung menggunakan bahan organik untuk menyuburkan tanaman boleh guna cara ini pula.
Jika siang ikan, sisa ikan termasuk perutnya jangan dibuang. Ia juga boleh digunakan sebagai air siraman yang sangat berkhasiat untuk tanaman.
Cara membuat air siraman dari sisa ikan ini dikongsi oleh Norahim Ibrahim yang sudah mempraktikkannya beberapa lama.
Air siraman guna sisa ikan & gula merah
Hari ini ke pasar. Ada lebihan sisa perut ikan, saya peram dengan gula melaka sebagai baja tanaman. Memang sudah lama saya amalkan cara ini kerana ikan merupakan sumber amino asid yang sangat berguna untuk tanaman.
Tak kiralah sayuran, tanaman berbuah, hatta pokok bunga sekalipun, inilah baja semulajadi yang mudah diperolehi.
Caranya
Nisbah perut ikan dan gula merah =1:1. Contohnya 1kg perut ikan + 1kg gula merah.
Peramkan 3-4 minggu. Tutup. Simpan di tempat gelap.
Selepas 4 minggu, tapis dan ambil patinya.
Cara penggunaan atau kadar bancuhan
Campur 10ml pati dengan 1 liter air. Siram pada tanaman. Senangkan…
Ini antara tanaman guna air sisa ikan
INFO: Perut ikan disimpan lama tak berulat & berbau busuk ke? Itulah fungsi
gula merah. Ia akan mengurangkan bau, bukan bau ikan busuk tapi lebih macam sardin.
Bekas penuh dengan gula tapi semut dah masuk ‘berkampung’ di dalamnya. Memang stres melihatnya.
Takkan nak buang, tapi takkanlah nak kutip satu-satu. Jika berdepan masalah semua yang banyak dalam bekas gula, boleh gunakan cara ini.
Guna kulit kayu manis
Cara pertama dikongsi oleh Ameera. Untuk keluarkan semut dari balang ini caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.
Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Ini hasilnya selepas sejam.
2. Pacak pisau
Tip yang ini dikongsi oleh netizen dari Facebook, bunyi macam kelakar tapi kata mereka menjadi. Caranya cuma pacak pisau dalam balang/ bekas gula.
Cuma pastikan bahagian pemegang menyentuh balang supaya senang keluar. Cara ini agak lambat tapi semut akan keluar. Kalau nak cepat, jemur balang tengah panas.
Hukum makan semut
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Setiap bulan dapat saja bil elektrik mesti ramai mak-mak yang merungut. Biasanya akan cecah ratusan ringgit bila dah berkeluarga apatah lagi kalau yang tinggal di bandar. Jarang sangat dapat bil bawah 100 kan.
Tapi ada saja cara untuk menurunkan bil elektrik dan kuncinya terletak kepada kaum ibu kerana andalah yang mengawal kebanyakan urusan rumah tangga. Bagusnya cara ini dikongsi oleh Tenaga Nasional Berhad sendiri ya.
1. Pilih perkakas elektrik label 5 bintang
Sama ada nak beli mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan sebagainya pilih perkakasan yang ada label 5 bintang. Produk direka untuk fungsi yang lebih efisyen dan juga menjimatkan elektrik.
2. Baju penuh baru basuh
Jangan tak tahu mesin basuh menggunakan banyak tenaga elektrik untuk beroperasi. Memastikan mesin basuh diisi dengan baju secara penuh akan mengurangkan kekerapan kita menggunakan alat ini sekali gus mengurangkan bil elektrik. Dengan kata lain tunggu bakul baju penuh baru basuh ya!
3. Gosok baju banyak sekaligus
Seperti mesin basuh, penggunaan seterika yang banyak memang akan membuatkan bil meningkat. Jadi sebaiknya atur jadual menggosok baju anda dengan menggosok dalam jumlah yang banyak sekali gus. Contohnya gosok baju satu atau dua kali seminggu saja.
4. Kedudukan peti sejuk jauh dari dinding
Letak peti sejuk sekurang-kurangnya 10 sentimeter dari dinding dan letak jauh dari alatan elektrik yang panas seperti ketuhar. Kedudukan ini akan membolehkan ia berfungsi lebih baik.
5. Susun barang dalam peti sejuk
Kalau barang dalam peti sejuk berterabur eloklah ambil masa susun dengan teratur. Sebabnya ia juga antara penyebab peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Peti sejuk yang barang di dalamnya tersusun elok membolehkan udara di dalamnya beredar secara efisyen.
6. Penuhkan air dalam cerek baru masak
Sekiranya anda menggunakan cerek elektrik, letakkan air hingga penuh dan untuk lebih jimat simpan air panas dalam flask untuk memastikan ia kekal panas. Jadi tak perlulah masak atau memanaskan air banyak kali.
7. Tutup tingkap & pintu bila pasang pendingin hawa
Bila menggunakan pendingin hawa pastikan tingkap dan pintu di tutup.Cara ini akan mempercepatkan ruang sejuk lebih cepat dan setkan suhu pada 23-23 darjah selsius untuk suhu yang optimum dan merendahkan penggunaan elektrik.
8. Jangan biar komputer, tv terpasang
Tutup komputer, tv, radio, kipas bila tidak digunakan. Kebiasaan kita yang selalu membiarkan perkakas ini terus berfungsi walaupun tidak digunakan adalah sangat merugikan tenaga elektrik.