Minggu depan dah mula cuti sekolah dan mungkin ada yang rancang untuk pergi bercuti ke Langkawi.

Kalau nak ke sana tapi belum ada perancangan program mungkin boleh ikut tentatif percutian di Langkawi selama 3 hari 2 malam yang diambil dari http://naturelangkawi.blogspot.my ini.

Aktiviti dan tempatnya tak padat  sangat sesuai jadi kalau bawa orang tua dan juga kanak-kanak.

HARI PERTAMA

Rancang Cuti 3 hari 2 Malam di Langkawi, Boleh Ikut Tentatif Ini

MASA :  9am AKTIVITI : Sampai Jeti Kuah – LOKASI: Langkawi – Sewa Kenderaan
MASA :  9-10am AKTIVITI: Sarapan di Restoren 1 Malaysia -LOKASI : Jeti Kuah – Pelbagai kedai makan ada di sini.
MASA : 10-10.45am AKTIVITI: Bergerak ke jeti Kuah ke kereta kabel (Sky Cab) – LOKASI: Oriental Village.
MASA : 10.45am-1.45pm AKTIVITI: Di kawasan kereta kabel – LOKASI: Oriental Village, banyak aktiviti di sini.
MASA : 1.45-2.45pm AKTIVITI: Check in penginapan.
MASA : 2.45-5.00pm AKTIVITI: Bersiar/membeli belah/mandi pantai – LOKASI: Pantai Cenang.
MASA : 8-10pm – AKTITIVI: Makan Seafood – LOKASI: Restoren Nelayan Bukit Malut.
MASA : 10pm – AKTIVITI: Balik ke penginapan dan rehat.

IKLAN

HARI KEDUA

Rancang Cuti 3 hari 2 Malam di Langkawi, Boleh Ikut Tentatif Ini

MASA :  9am AKTIVITI: Sampai ke tempat untuk Island Hopping -LOKASI Pantai Cenang/Jeti sebelum Resot World. Boleh sewa sebuah bot atau bayar mengikut kepaka bersama pelancong lain. AKTIVITI – Melawat Pulau Dayang Bunting, Beras Basah, Eagle Feeding
MASA : 12-1.00pm AKTIVITI: Rehat
MASA : 1-7.00pm AKTIVITI: Bergerak untuk membeli belah ke Kompleks HIG/Pekan Kuah/Idaman Suri/Pekan Rabu LOKASI: Kawasan Kuah
MASA : 8-10pm AKTIVITI: Bergerak ke Restoren Sea Shell di Laman Padi untuk makan malam – LOKASI: Laman Padi Cenang
MASA :10 pm AKTIVITI: Balik ke penginapan dan berehat.

IKLAN

Hari KETIGA

Rancang Cuti 3 hari 2 Malam di Langkawi, Boleh Ikut Tentatif Ini

MASA : 8am AKTIVITI: Check out penginapan dan bergerap untuk sarapan ke Kedai Peknga – LOKASI: Padang Matsirat.
MASA : 9-11am AKTIVITI: Bergerak ke Langkawi Wildlife Park & Bird of Paradise -LOKASI: Kampung Belanga Pecah, terdapat mini zoo.
MASA : 11am-1pm AKTIVITI Melawat Dataran Lang/membeli belah/cenderahati/kedai makan -LOKASI: sekitar jeti Kuah.
MASA : 1.00 pm AKTVITI: Bersiap untuk menaiki feri dan pulang.

IKLAN
Selain itu:  7 Hari Siap Kolam Mandi Tepi Rumah, Bajet RM3k! Buat Sorang Pun Boleh!

Tapi kalau tak mahu ke tempat yang ada dalam tentatif tu boleh saja ke lokasi lain sebagai ganti. Ini senarai tempat menarik untuk di kunjungi.

  1. Underwater World Langkawi, Pantai Cenang.
  2. Muzium 3D Langkawi 
  3. Kilim Geoforest Park
  4. Galeria Perdana, Kampung Kilim
  5. Skytrez Langkawi, Kampung Kok
  6. Makam Mahsuri, Kampung Mawar
  7. Taman Marin Pulau Payar

Jangan lupa tempah penginapan dengan OYO Rooms. OYO merupakan platform yang menawarkan penginapan yang bersih dengan harga yang berpatutan. Muat turun app OYO di sini. Selamat bercuti semoga gembira menghabiskan masa bersama famili.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI