Sehari sebelum raya biasanya, kaum ibu dah sibuk menyediakan rendang. Selalunya dimasak dalam jumlah yang banyak.
Tapi ada juga kejadian malam masak rendang, esok tengah harinya rendang dah basi. Memang geram kan.
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
Ads
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
Ads
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Ayam goreng kunyit antara menu yang banyak dijual di gerai atau restoran sekarang. Ringkas tapi sedap. Cuma hairannya bila kita buat di rumah tak sesedap macam yang dimakan di restoran.
Kalau nak rasa sedap macam tu anda mungkin boleh cuba resepi yang dikongsi Puan Haja Saleh yang mendapat ribuan share dalam Facebook miliknya.
Cepat tapi sedap!
Lama betul tak share resipi kan. Ayam Goreng kunyit ni kira feveret anak anak termasuklah bapak dia sekali, senang cepat tapi tetap sedap!
Bahan bahan untuk ayam:
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam (tak perlu banyak sebab dah ada kiub ayam)
1. Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya.
2. Pastikan ayam tenggelam dalam minyak sepenuhnya.
3. Goreng ayam sampai masak. Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal:
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Haja guna cili padi hijau sebab merah takde)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah agak halus bahan-bahan di atas boleh masak sekejap atas api. Ambik sedikit minyak goreng ayam tadi. Masak sekejap dalam 5-8 minit. Siappp!
Makan dengan nasi panas renjis kicap. Walah… sedap terangkat lagi lagi kalau sambal tu pedas berapi
Kereta rosak di tengah jalan atau tengah highway yang sibuk? Bagi yang pertama kali mengalaminya pasti akan panik.
Kalau kereta rosak hingga tak boleh bergerak, jawabnya memang kena panggil lori towing atau kereta tunda. Tapi khidmat ini biasanya mahal, makan beratus-ratus ringgit juga, nak baiki kereta lagi! Duduk tepi jalan pun boleh pening kepala dibuatnya memikir duit yang akan melayang.
Tapi sebenarnya kita tak perlu pun keluarkan duit untuk menggunakan perkhidmatan towing ini. Ada saja yang percuma dan cara tersebut dikongsi oleh Farhan.com melalui akaun TikTok miliknya.
Ujarnya sekiranya kereta rosak di tengah jalan berikut adalah langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan khidmat towing percuma.
Dalam pada itu beliau juga berkongsi langkah selamat yang perlu dilakukan sementara menunggu lori towing tiba.
Kereta rosak tengah jalan, ini cara panggil towing percuma
1. Berhenti di laluan kecemasan, buka lampu kecemasan dan bonet belakang. Letak juga segi tiga kecemasan di belakang kereta .
2. Kemudian lihat bahagian belakang road tax, ambil nombor telefon insuran yang tertera.
3. Cari tempat yang selamat dan hubungi nombor telefon insuran tadi. Mereka akan bertanya bebeberapa soalan sebelum menghantar lori towing dan ervis ini adalah percuma.
Tambah Farhan lagi semasa menunggu lori towing pastikan kita tidak duduk di dalam, di depan atau di belakang kereta yang diletakkan di lorong kecemasan. Ia untuk mengelakkan risiko dirempuh oleh kenderaan lain. Sebaiknya cari tempat selamat jauh sedikit dari kereta untuk menunggu.
Rumah mana yang tak pakai extension plug/socket. Setiap kediaman malah pejabat pasti ada untuk memudahkan penggunaan kelengkapan elektrik.
Tapi awas ya, jangan sembarangan guna. Elak daripada membeli atau menggunakan lima jenis extension plug yang disenaraikan di bawah.
Menurut laporan Hong Kong’s Electrical and Mechanical Services Department (EMSD) April lalu lima jenis extension ini bahaya jika digunakan kerana wayar di dalamnya nipis menyebabkan ia cepat panas dan boleh jadi punca kebakaran.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...