Air Soya Homemade, Cara Buat Mudah Sangat. Lagi Jimat & Berkhasiat, Tiada Pengawet

Share

Air soya antara yang selalu kita beli untuk dijadikan minuman. Air ini pun memang banyak dijual di kedai.

Tapi sebenarnya air soya ini lagi sedap dibuat sendiri. Lebih segar dan  lebih berkhasiat sebab tak guna pengawet. Lagi satu buat sendiri lagi jimat, modal RM 1.50 boleh dapat 2 liter air soya.

Jom buat sendiri ikut perkongsian Asrinna Bakri.

Buat sendiri air soya

Bahan-bahan:

Kacang soya
Gula
Daun pandan

Cara membuat :

1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.

2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.

3. Step ni PENTING. Blend kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je.
Masak sampai nak mula mendidih. Tutup api.

5. Masukkan gula ikut kemanisan yang dikehendaki. Kacau sampai gula larut. Siap!

Untuk 250g kacang soya ,dapat 2 liter air soya.

Selamat mencuba.

Sumber: Asrinna Bakri

IKLAN