Aksi Hael Dengan Anak Angkatnya Buat Ramai Terjatuh Hati! Bagai ‘Dijampi’ Helena, Hael Sanggup Jadi Ayah Walau Bujang

Share

 

 

Sebelum kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 lagi sudah ramai yang terjampi dengan lagu Hael Husaini. Bukan lagu saja tapi orangnya juga yang manis dengan kumis tipis.

Rasanya lepas tengok gambar-gambar Hael dengan baby ni confirm lagi ramailah yang ‘terjampi’, tergetar ovari atau terjatuh hati dengan papa muda nih.

Ingat lagi tak sewaktu ucapan Hael lepas menang AJL ramai yang tertanya tanya siapa Helena yang disebut oleh penyanyi ini. Istimewa sungguh Helena ni sampai disebut dalam ucapan Hael di malam anugerah itu.

Bagi yang tak tahu, Helena atau Nur Helena adalah nama anak angkat Hael yang dijaga sejak hampir lapan bulan yang lalu.

Diambil dari sebuah keluarga sejak dilahirkan, Hael sanggup menjadi bapa walau masih bujang kerana anak kecil ini.

Malah penyanyi ini juga tidak berselindung dengan kehadiran Helena. Dia turut berkongsi foto Helena dalam instgram malah Helena turut mempunyai akaun instagramnya sendiri, @helenahael.

Untung Helena

Kasih anak dan ayah tiada sempadan

 

Kenal apa itu cinta kerana Helena

 

Syoknya jenjalan

 

Bawak anak pergi cucuk!

 

Nak ikut jugak pergi show

 

Panggil ayah, bukan papa

 

Kalau rindu kita online

 

Kalau nak tengok lagi gambar dua beranak ni boleh sambung layan instagram mereka okay!

 

Sumber:helenahael &haelhusaini

 

 

IKLAN