Baru-baru ini pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan mereka melakukan upacara Jejak Tanah untuk anak mereka, Aqeef Anaqi. Secara dasarnya, adat ini dilakukan sebagai lambang seseorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Ads
“semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan إن شاء الله . Alhamdulillah selesai sudah adat Jejak Tanah untuk @aqeefanaqi . Terima kasih Tok Long ??.
Apabila ada selebriti terkenal melakukan adat lama seperti ini, maka orang mula memperkatakannya. Padahal bagi masyarakat Rawa, adat ini memang masih diamalkan lagi. Nak tahu serba sedikit mengenai adat Jejak Tanah ni? Jom baca.
Siapa yang amalkan?
Adat Jejak Tanah ini diamalkan oleh masyarakat berketurunan Rawa.
Ads
Bila adat ini dibuat?
Jejak Tanah dibuat apabila seseorang bayi itu sudah berumur 11 bulan atau 12 bulan atau apabila si bayi sudah mula pandai berjalan.
Kalau tak buat?
Kalau orang berketurunan Rawa itu tidak membuat adat Jejak Tanah ini, dipercayai sesuatu yang tidak elok akan berlaku pada bayi itu. Misalnya bayi akan lemah dan selalu sakit. Mungkin juga bayi itu akan mudah terkena gangguan.
Apa pantang perlu diikut selagi belum buat adat ni?
Selagi belum buat adat Jejak Tanah, bayi itu masih lagi berada dalam keadaan Pantang Tanah. Mengikut kepercayaan, bayi tidak boleh memijak secara terus pada tanah. Ada juga yang amalkan bayi tidak boleh memegang bunga. Kalau bayi itu perempuan pun, bayi tidak boleh pakai barang kemas daripada emas.
Cara dibuat?
1) Adat Jejak Tanah dibuat dengan si bayi dipakaikan pakaian berwarna kuning. 2)Ada yang memakaikan inai pada jari tangan dan kaki pada malam sebelum upacara dijalankan. 3)Beras putih, beras kunyit, bertih, tiga jenis bedak sejuk (kuning, hitam dan putih ), daun sepenuh, daun puding, 7 jenis bunga, 3 biji limau nipis, 2 ketul ibu kunyit, sebentuk cincin belah rotan dan bagi bayi lelaki sebilah keris. 4)Hamparan kuning dibentang di luar rumah. Bunga ditabur atas hamparan. 5)Bayi akan disuruh berjalan atas hamparan itu. Direnjiskan air limau. 6)Cincin belah rotan digunakan untuk dilalukan pada dahi, belakanag badan, tangan dan tapak kaki. 7)Kaki dijejakkan ke tanah dan badan dicalitkan tanah. 8)Bayi dimandikan dengan bedak sejuk dan dibilas dengan air limau. 9)Bayi dibawa masuk ke dalam rumah dan dibacakan doa.
VK suka betul tengok Anaqi pakai baju kuning. Comel sangat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Selagi ianya membawa manfaat dan tak bercanggah dengan akidah, bagi VK boleh je buat.
Umum mengetahui anak pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim telah pulang ke tanah air tiga bulan lepas untuk bercuti. Semalam dia kembali ke pusat pengajian untuk meneruskan pelajarannya. Bidang yang dipilih ialah pengajian al-Quran dan hadis.
Danish yang mesra disapa sebagai abang akan meneruskan lagi empat tahun pengajiannya. Melalui instagram, Norman Hakim memuat naik video dia berpelukan dengan anaknya sebelum berpisah. Hati ayah mana yang tidak sayu hendak berpisah dengan anak kandung. Dalam hati pasti bersyukur apabila si anak berjaya mendaki menara gading.
1000 langkah seterusnya bermula dgn langkah pertama hari ni utk Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 dalam pengajian Hadith selepas dekat 3 bulan ‘honeymoon’ after balik dari Turki.
4 tahun pengajian hadis
In shaa Allah pengajian di Ma’alim Al-Sunan (MSN) dengan izinNya akan mengambil masa 4 tahun dalam pengajian Hadith termasuk pendidikan konvensional utk pengambilan SPM & STAM sebelum melanjutkan pengajian seterusnya sekali lagi ke luar negara (Madinah,Mesir,Maghribi atau Jordan)
Telah lulus ujian dan temuduga
Alhamdulillah selepas melalui bermacam peringkat ujian & temuduga,akhirnya @danishhakim_243 diterima kemasukannya. Terima kasih sekali lagi buat Dato Seri Mufti @drzulkifli.albakri ,Tuan CEO MAIWP YBhg. Tuan Haji Paimuzi, Ustaz Muhammad Al-Zubair & Ustaz Muhammad Haikal dari @pondok_moden_al_abaqirah & Ustaz Syed Hussaini, Mudir Ma’alim Al-Sunan dan barisan tenaga pengajar MSN yang sentiasa memberi sokongan dalam memberikan pandangan & pendapat untuk kami sekeluarga merancang masa depan terbaik buat @danishhakim_243 berdasarkan minatnya yang sangat mendalam dibidang hafazan Al-Quran dan Wal-Hadith
Terima kasih Allah s.w.t dan terima kasih kepada kawan2 semua yg banyak mendoakan anak kami ini Alhamdulillah Aamiin Ya Rabb❤️
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.
Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.
Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.
Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.
Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.
Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.
Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
– Sukar untuk bernafas
– Sakit dada
– Batuk berdarah
– Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
– Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
– Aktif bergerak dan berjalan
– Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
-Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kes jarang diumumkan
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.
Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.
Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
– Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226
Siapa sangka kan? Tapi sesungguhnya perancangan Allah itu memang yang terbaik. Rupa-rupanya ketika pelakon, Fouziah Gous mengerjakan haji baru-baru ini bersama suami, anaknya Zaheen Yusuf masih sakit di unit rawatan rapi (ICU).
Pun begitu, Allah balas pengorbanan suami isteri ini meninggalkan anak ketika sakit untuk menjadi tetamu Allah dengan sesuatu yang indah.
Ulang tahun kelahiran Zaheen yang pertama disambut di tempat paling mulia dalam agama Islam. Maha Suci Allah apabila ketika ulang tahun pertama ini mereka sekeluarga berada di depan kaabah.
Rezeki indah buat anak
I’m officially turns 1 H A P P Y B I R T H D A Y bambam #zaheenyusuf Mommy and Daddy… Segala puji pujian bagiMu Ya Allah.. terima kasih atas rezeki yg terindah buat anak ku ini.. terima ksih atas hadiah harijadi ini Ya Allah..
Indahnya susunan Allah
Usually mommy ni akan over excited nak celebrate birthday anak2. Apalagi bila 1st birthday kan.. tapi kali ini Allah pula menjemput mu untuk celebrate birthday Zaheen pada hari Jumaat yg mulia ini di depan Kaabah .. hari ini juga kami sekeluarga akan berangkat ke Madinah. Indahnya susunan Allah buatmu anak solehku…subahanaAllah maha suci Allah segala puji pujian bagimu yaAllah..
Ditinggal di ICU, rupa-rupanya Allah yang jemput jadi tetamu-NYA
Mommy dan Daddy ke Haji tinggalkan Zaheen dalam ICU , belum sedarkan diri tapi tengok lah sekarang ni, rupanya Allah nak jemput anak solehku untuk sambut harijadi tanpa di rancang. Rezeki Allah buat mu luar biasa sayang.
Semoga diluaskan rezeki
Ya Allah berikanlah kesihatan yg baik buat anakku, rezeki yg luas seluas luas lautan, rezeki yg tidak putus, anak yg taat kepada segala perintahmu Ya Allah, anak kebanggaan dunia dan akhirat dan limpahkanlah segala Rahmatmu padanya Ya Allah.. amin ya rabbil alamin ?? @zhafoujr #zhafoujr2 #zhafouumrah #mecca #mekah #kaaba
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...