Jadi perkara biasa bagi kaum ibu menyuapkan makanan pada anak orang lain, kadang-kadang yang tak kenal pun.
Tapi lepas ini dinasihatkan tidak melakukannya lagi terutama jika tangan kotor. Bimbang tindakan ini boleh menyebabkan anak yang disuap terkena penyakit seperti apa yang berlaku kepada ibu bernama Alya Atiqah ini.
Anaknya terpaksa dimasukkan hospital akibat cirit birit dan muntah selepas dijangkiti rotavirus. Diharap pengalaman ibu ini jadi pengajaran buat kita.
Ingat masalah biasa
Setelah beberapa hari anakku menanggung kesakitan, baru dapat tahu segalanya. Semua salah mama, x pandai jaga Zahra.
Hari pertama kena, kitaorg ingat biasa sebab dia pon memang biasa jugak berak cair. Selepas dua hari, nampak dia ok.
Hari ketiga dia lain macam, nampak makin teruk. Kiteorg pon bawak pergi ke klinik swasta (8/1/2018). Bagitahu doc, anak i sakit sekian-sekian.
Dia muntah n berak2. Doc pon bagitahu, awak tukar susu lain, yang laktosfree (isomil, pediasure) Pastu doc bg lah ubat cirit n air garam. Okay lah balik dari klinik terus kiteorg cari susu isomil..
Balik rumah bagi kat Zahra minum. Ya Allah makin teruk muntah n cirit. Badan dah lemah, pastu (9/1/2018) jam 3.45 pgi kiteorang bawak dia pergi HTAA, jam 6.15 pgi baru dapat.
Ads
Doc tak ambii darah, just doc ckp nak warded atau nak balik rumah cuba mnum air garam dulu. Kalau dia okey teruskan, kalau x okey bawak sini semula, Jgn bagi lebih dari 24 jam dia tak makan.
Kena asingkan anak
Sampai umah dlm 8 pgi, kitaorg bagi Zahra mnum susu, muntah, bagi air garam muntah pastu cirit tak habis2.. Dalam jam 12 tengahari kitaorg pon bawak datang UIIM, pergi dekat kecemasan, doc panggil masuk ambik darah semua.
Pastu doc cakap, tunggu setengah jam nanti dapat tahu result ( then, result dia okeeyyy). Alhamdulillah…Semalam stay kat sini nak masuk air, nak tengok keadaan Zahra, tapi still sama. Cuma dia nmpk kuat skit, cirit tetap ada, muntah satu kali ja. Allahu.
Petang 11/1/2018 doc bagitahu Zahra menghidap rotavirus, doc ckp (puan anak puan kena alih masuk dlm bilik, anak puan kena rotavirus, so tak boleh bercampur dengan budak2 lain)
Tercengang sekejap mama, serius wei mama pon tak tahu apakah itu ROTAVIRUS. Tanya suami (ayah), husband pon bagitau rotavirus kebanyakkan terjadi pada budak2.
Ads
Suap-suap baby di kedai makan
Lepas Maghrib doc dtg lagi, dia tanya puan tahu kan kenapa puan masuk bilik ni? Ye tahu…
Ok puan penyakit ni agak bahaya pada baby dan kanak2, penyakit ni memang mudah berjangkit..
So mak awasilah anak , jangan bagi kanak-kanak lain duduk sekali.. Kuman dia ni jahat. Then aku tanya, biasa terjadi ni dari punca apa ya?
Doc kata “salah satu punca dari pemakanan, doc tanya mak pergi makan kedai ada suap-suap baby tak? Hmmm mesti ada doc.. Tapi biasa saya bagi 2/3 butir nasi ja… “Ye itu pon x boleh…”
Allahu…
Ads
Mak-mak please jaga anak
Ni lah aku geram sangat, orang suka hati je suap makanan kat budak. Biasa sangat kan kite2 suap sesuka hati ja, pastu tangan kotor2 pegang anak sesuka hati ja.
Sekarang ni nak pegang zahra kena basuh tangan, lps pegang basuh cuci ngn sabun, sampai tandas dia pon x boleh kongsi buat masa sekarang.
Please lah mak-mak, jaga anak korang. Sanggup ke tengok dia seksa dengan berak 14/15 kali sehari, dengan muntah 9/10 kali sampai tak boleh msuk makanan langsung? Dia seksa kita susah. Jaga lah baik-baik nyawa-nyawa kita.
Doakan anakda kami cepat sembuh… Terima kasih kepada pihak hospital iium kuantan , terutama kepada doc2 n nurse2 dan pembantu2 kerana servis nya tiptop amat memuaskan hati.
Rakyat negara matahari terbit atau Jepun sememangnya terkenal dengan sikap rajin, berdisiplin dan bijak. Sudah tentu ajaran dan didikan dari ibu bapa mereka semenjak kecil menjadi pendorong utama kepada tumbesaran anak-anak yang bijak.
Perkongsian tip Bagaimana Orang Jepun Mendidik Anak Mereka? dari Baharuddin Mohamed di laman Facebooknya sangat menarik untuk dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak.
Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderung kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.
Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.
Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Jika selama ini kita mungkin tidak pernah melakukan perkara diatas, mulai hari ini boleh mula amalkan dan lihat bagaimana reaksi anak. Jangan marah-marah anak kerana mereka dalam proses mengenal dan belajar, jadi why so serious? Semoga bermanfaat.
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.
Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.
Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.
Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.
Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.
Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.
Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
– Sukar untuk bernafas
– Sakit dada
– Batuk berdarah
– Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
– Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
– Aktif bergerak dan berjalan
– Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
-Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kes jarang diumumkan
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.
Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.
Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
– Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226
Seorang suami memang selalunya perlu berkorban untuk kebahagiaan isteri dan anak-anak. Jika niatnya ingin melihat isteri dan anak bahagia, pasti segala apa yang dilakukan dipermudahkan oleh Allah.
Begitulah dengan pelawak, Fad Bocey apabila urusan kariernya dalam industri hiburan tanah air mendapat laluan mudah menempa kejayaan demi kejayaan. Terbaharu, Fad menang tempat pertama dalam program realiti televisyen Super Spontan Xtravaganza. Hadiah wang tunai RM100,000 dimenangi olehnya.
Menurut kata Fad, ini ialah rezeki buat anak kembarnya iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta Nur Aminah Mishall. Impian dia dan isterinya yang juga pengurus kerjayanya untuk memiliki sebuah kediaman yang selesa buat anak-anak.
Alhamdulillah .impian kami bersama .hasil peluh menitik ,hasil tk tdo malam ,hasil kadang2 tk pkir makan sbb nk cri duit dan hasil kami tahan nafsu dri buang duit utk bnda tk berfaedah(tapi tdi dh buang duit sbb belikan fifa19?) .
tak semua tau pengorbanan daddy utk kami anak beranak .ni rezeki hayyan zayyan dan aminah .rumah yg mmg mommy impikan utk keselesaan anak2 mommy .mana tau satu hari nt mommy daddy tkda ,ni la tempat korang berlindung .daddy birthday mommy bulan 10 ,jangan ingat ni hadiah birthday eh ??????
Bismillahirohmanirohim..syukur Alhamdulillah,dengan izinNya sy dianugerahkan rezeki ini..pertama sekali terima kasih buat bidadari sy my wife sentiasa dibelakang sy support sy dalam semua hal,dan tak putus doakan sy..i love so much mmy dan sekali lagi terbukti ternyata rezeki ini rezeki anak2 sy dan isteri (HAYYAN,ZAYYAN DAN AMINAH)sy hanya menumpang rezeki mereka..terima kasih buat mak abah sy,mama abah sy sentiasa tak putus doakan sy,Alhamdulillah..seterusnye terima kasih utk insan yg sgt penting dan istimewa dalam hidup sy,
my sifu my brothaa Dato @afdlinshaukiofficial ,insan yg terlalu banyak jasanya utk sy..terima kasih abg,sentiasa percaya dekat fad,i love u so much dan of course terima kasih buat semua crew2 yg sgt awesome dlm kerje mereka,mohon maaf sekirenye sepanjang program ini ada terkasar bahasa atau salah di mana2..terima kasih utk boss2 astro @norzehajr@nvguib@khairulibrahim_sentiasa memberi ruang utk kami terus berkarya..Alhamdulillah,terima kasih buat mak tiri mummy yaa @lidyaismail yg melayan kerenah kami semua wlupon call time kehaukkkk..hahahahaha..terima kasih utk seorg lagi insan hebat yg slalu motivate sy utk beri yg terbaikkk setiap minggu of course my brotha Dato Ac Mizal!!! @emyliadac ,show kami akan nampak kurang tanpa datoooo..tqtq dato n datin..dan utk PA sy @syah_sopan thank you utk 10 minggu bantu uruskan mcm2 .dan tq boss @mustaffakamarmazlan utk baju yg sgt awesome ini utk sy dan fans sy dan awk pon slalu support sy..tq boss..
jutaan terima kasih jgk buat semua sahabat2 penyokong sy,yg setiap minggu hadir menyokong sy,sentiasa memberi sokongan padu..Alhamdulillah,terima kasih jgk buat anda semua yg mendoakan sy,yg mengundi sy menyokong sy tak kire dari mana sekalipon,yg menyokong sy dari awal perjalanan seni sy sampai hari ini terima kasih,semoga kalian sentiasa dirahmati Allah..Syukur Alhamdulillah ???????
Syok betul dapat beli rumah impian. Niat tu kena betul. Kepada semua suami di luar sana, perbetulkan niat anda. Niat nak bahagiakan isteri dan anak. Insya-Allah, Tuhan akan permudahkan urusan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...