Semalam kisah pelakon Sharifah Sakinah yang terpaksa menggugurkan kandungannya dapat perhatian ramai. Ujar Sakinah meski sedih tapi dia melakukannya atas nasihat doktor bila dia kembali hamil hanya empat bulan selepas bersalin secara pembedahan.
Tapi kesedihan yang dilalui pelakon ini mungkin tak setanding dengan apa yang dilalui Hernee Bt Samshudin. Wanita ini bila terpaksa berdepan dengan keguguran bukan sekali tapi berkali-kali.
Lapan kali hamil tapi hanya dua anak yang hidup. Termasuklah perlu meneran bayi yang sudah tidak bernyawa. Pilunya rasa hati wanita ini bagai dihiris saat melihat bayinya sudah tidak bernyawa.
Ikuti perkongsian daripada Hernee mengenai pengalamannya.
Kali pertama saya keguguran pada usia kandungan 10 minggu. Memang saya rasa down dan frust sangat. Tak dapat nak gambarkan rasa sedih tu. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital saya tahan sakit. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, complete miscarriage. Doktor kata tak perlu melalui process D&C (Dilation & Curettage).
Selang beberapa bulan saya mengandung lagi. Usia 8 minggu, gugur. Kali ni kena D&C. Sakitnya!
Ads
Kemudian mengandung lagi kali ke-3 dan ke-4. Dua-dua pun tak tahan lama, gugur. Mungkin masa tu risau sangat pasal kesihatan emak, kanser pangkal rahim.
APA ORANG SEKELILING CAKAP?
Sedih baby gugur satu hal. Tambah pula bila dengar orang sekeliling bercerita. Ada yang kata baby asyik gugur disebabkan dosa lampau saya. Mudah betul mereka nilai dosa pahala saya. Ada juga yang sinis kata saya tak sayang baby. Tak pandai jaga kandungan. Ibu manalah yang tak sayang anak. Saya dan suami lebih selesa bertenang je. Siapa kami nak menidakkan kuasa-Nya.
ALAHAN TERUK
Rezeki lagi apabila mengandung kali ke-5. Masa ni saya kena alahan teruk sangat. Doktor suruh saya hadkan aktiviti. Saya tak boleh pergi holiday, shopping. Lupakan semuanya. Rutin saya pergi dan balik kerja saja. Balik kerja saya rehat. Semua suami yang buat. Masa ni memang ikut je apa doktor cakap. Lagi-lagi saya ni ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sepanjang mengandung.
Sampailah masa nak check up hujung-hujung kehamilan. Doktor kata degupan jantung bayi tak OK. Katanya kena buat emergency caesarean. Bincang dengan suami dan ayah akhirnya setuju. Lahirlah bayi lelaki pada 14 Julai 2011. Namanya Muhammad Ilham Syahmi bin Mohd Nazir.
TERAN BABY TIDAK BERNYAWA
Ini episod paling sayu bagi semua ibu. Bayangkan saya kena lahirkan baby yang sudah tidak bernyawa!
Ads
Masa saya check up usia kandungan 7 bulan, nurse kata degupan jantung baby dah tak ada. Dua orang nurse usaha tetap sama. Degupan jantung baby tak ada! Saya dirujuk ke doktor pakar. Doktor scan dan memang sah baby saya dah tak bernyawa.
Saya ditahan di wad untuk proses induce. Saya kena lahirkan baby ni cepat-cepat untuk elak komplikasi. Tiga kali induce, saya lahirkan anak syurga lelaki pada jam 1 pagi, 27 Jun 2013. Suasana hiba bila anak yang saya lahirkan itu keluar tanpa sebarang bunyi tangisan.
Saya kuatkan hati padahal hati saya terlalu rapuh. Nurse tunjukkan bayi pada saya. Cukup sifat, hidung mancung, molek rupa persis Babahnya. Saya menangis depan nurse. Malam itu saya berteman zikir sehingga saya terlelap.
Pengajaran yang saya dapati ialah sebaik mana pun saya menjaga kandungan, kalau Allah tak izinkan untuk dia lahir ke muka bumi tetap bukan rezeki kami. Saya yakin di sebalik ujian Allah ada sesuatu yang ingin disampaikan untuk kami jadikan panduan hidup. Semoga anak syurga ini bakal memimpin ayah dan ibunya di akhirat kelak.
DEMAM PANAS
Setahun lepas tu, saya mengandung lagi. Anak saya demam dan saya jaga anak di hospital. Seminggu lebih jaga anak, akhirnya saya cirit-birit dan demam panas. Saya kena masuk wad dan doktor kata nak awalkan proses bersalin dengan kaedah induce.
Dua kali induce, akhirnya saya dimasukkan ke labour room. Tenaga saya lemah kerana saya cirit-birit. Saya tak mampu nak teran. Doktor gunakan kaedah vacuum. Alhamdulillah selamat lahirkan bayi lelaki dengan kaedah vaginal birth, induce dan vacuum. Kami namakan baby Muhammad Ilham Syamil bin Mohd Nazir. Sekarang umurnya 3 tahun 5 bulan.
Ads
Tahun lepas, saya mengandung lagi untuk kali ke-8. Usia kandungan 8 minggu saya kena pendarahan. Mula-mula sedikit lama-lama semakin banyak. Akhirnya gugur. Saya bersyukur walau berkali-kali gugur namun sudah memiliki dua anak penyeri rumahtangga saya.
PERANAN SUAMI ISTERI
Nasihat saya kepada suami isteri yang masih lagi belum dikurniakan zuriat atau mempunyai masalah kehamilan seperti saya supaya bersabar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita suami isteri. Sabar, sabar dan terus bersabar. Setiap manusia ujiannya berbeza. Ada orang diuji dengan wang ringgit, ada orang diuji dengan iman dan kita Allah pilih untuk diuji dengan kehadiran cahaya mata. Reda!
Suami perlu jadi penguat semangat isteri. Sentiasa ada dengan isteri, sama-sama muhasabah diri dan reda dengan segala ketentuan. Elakkan membiarkan isteri keseorangan kerana ditakuti ada gangguan emosi. Bagi saya sendiri, saya yakin dengan rezeki Allah. Cepat atau lambat, kita kena sentiasa pupuk diri dan hati supaya bersabar. Ini bahagian kami, orang lain punya bahagian masing-masing. Kena sentiasa berbaik sangka pada Allah. Abaikan kata-kata negatif orang sekeliling.
Membesarkan dua anak tanpa tanpa suami dan gigih memperjuangkan hak anak-anak selepas perpisahan memperlihatkan kekuatan dalaman pelakon bernama Rita Rudaini ini. Pada VK anak-anaklah yang menjadikan Rita sekuat ini.
Pun begitu yang terlihat tabah dan kuat itu ada masanya hati akan tersentuh juga bila mengingat kepayahan demi kepayahan yang dilalui. Demikian juga buat Rita yang juga ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.
Rita semalam berkongsi episod duka yang dilalui oleh anak-anaknya satu ketika dulu. Bila mana pada usia yang masih kecil tidak mengerti apa-apa dua anaknya terpisah kasih sayang dari bapa mereka.
Tiba-tiba hari mereka sunyi
Di waktu dan sekecil ini mereka di pisahkan dr kasih syg seorang bapa.. Di tgh bahagia bergelak bermain dgn susuk seorg bapa… Di kala menunggu di jemput… tiada angin tiada ribut… Bayang itu tidak muncul… Tiba2 hari mereka sunyi tanpa kelibat dan suara…. Hanya tertanya di dalam… Nak bersuara belum sempurna…
Aku… Sebagai org dewasa..lg tidak mengerti.. Sinetron apakah yg di cipta lagi? Babak apakakah kali ini? Aku…hela nafas panjang..sedikit mengerti… Dan…aku diam… selagi bole tidak mahu meragut gembira mereka… zaman kanak2 yg penuh warna warni… Aku…diam…lagi.. Dlm hati ‘kejam nya mereka’ ‘Bole berbahagia di atas penderitaan anak2 syurga ini?….apa salah kami? Saat bahagia ketika menimang putera kedua di ragut begini? Tiada perbalahan,tiada bermasam muka? Tuhan hantar dia pd aku,bukan ku pinta..dan kenapa…..’ ‘Oh! Manusia apakah mereka? Planet mana yg mereka huni? Besarkah kuasa mereka dr Yg Maha Pencipta?..’ Saat itu …ku bisik ke telinga anak2 kecil ku… ‘Tidak mengapa anak..kita kena redha…. Biar Tuhan yg balas segalanya…Tuhan ada bersama2 kita…jgn takut anakku…satu hari nanti… kamu akan lihat pelangi selepas ribut pergi…’ #keranaakuseorangperempuan .
Catatan Rita ini yang juga sebahagian daripada luahan dalam biografinya Kerana Aku Seorang Perempuan ini turut mendapat respon dari netizen. Mereka mendoakan agar pelakon ini terus kuat malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.
@norimajamal_Saya baca ? nilah yang terjadi pada saya sekarang. Anak 4 orang. InshaaAllah saya seorang mummy yang ?? yakin ? untuk kami. Allah maha mengetahui segalanya. Gembira atas penderitaan kami. Karma pasti.
@fairuzkhatim75@aziealiaz_ Solat hajat sis. Jgn putus doa. Insyallah one fine day Allah akan temukan you dgn anak prp you. Dia ambil sbb dia tau anak prp akan berwalikan bapanya. Allah maha tau dan percaturan dia lebih baik. Yakinla…
@ctsweetcraft_Sedih.. Moga rita tabah. Moga suatu hari nt ada keinsafan dihati mereka. Mungkin jua mereka akn merasa apa yg rita rasa.. Kalau bkn ank mereka mungkin cucu mereka.. Allahhu akbar.
Sama-sama kita doakan ada cahaya kebahagiaan buat pelakon ini. Langit takkan selalunya mendung, pastinya akan cerah jua. Sabar dan percayalah…
Isteri bersalin secara pembedahan atau caeserean ketika ini sudah jadi perkara biasa. Ada banyak keadaan yang menyebabkan bakal ibu terpaksa melalui kaedah pembedahan untuk melahirkan.
Tapi kebiasaannya seorang ibu yang bersalin secara pembedahan akan melalui setakat tiga kelahiran saja kerana bimbang risiko yang bakal diterima.
Atas sebab inilah perkongsian pengacara Faizal Ismail atau panggilannya FBI di laman sosial kelmarin jadi tular terutama kalangan wanita apabila beliau berkongsi mengenai isterinya Norazlina Ahmad Din, 41, yang kali kelima melahirkan anak secara pembedahan.
Pun begitu akui Faizal, lima kelahiran melalui kaedah pembedahan bukanlah sesuatu yang mudah buat isterinya dan dipantau oleh pakar sakit puan terkenal Dato Dr. Nor Ashikin.
Perkongsian ini sekali gus membetulkan anggapan sesetengah pihak yang memberitahu seorang wanita yang melahirkan anak secara pembedahan hanya boleh melaluinya sebanyak tiga kali sahaja.
Sebelum itu Faizal turut memuat naik gambar di sebalik cermin yang tertera maklumat bayi barunya sambil meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak kelimanya.
Turut meluahkan tentang kisah pemergian anak keduanya, namun dia bagaimana pun telah dikurniakan tiga orang anak sebagai ganti yang dianggap sebagai hadiah terindah.
“Kami pernah diuji Allah ambil balik anak yang kedua, diambilnya satu digantinya tiga. Jangan risau dan gundah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Mengasihani. Bersabarlah atas apa yang berlaku, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia, sedikit atau banyak,”tulis Faizal yang juga bapa kepada Nur Khairina Iman, 15, Muhammad Khalish Iman, 6, dan Khayla Nur Iman, 4.
Setiap ibu bapa sentiasa mahu anak makan makanan yang berkhasiat. Namun ada kala kita sukar untuk elakkan anak-anak daripada makan makanan ringan atau jajan. Dalam ketegasan mendidik, pasti ada masa kita akan kalah juga dengan kehendak anak.
Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga melalui keadaan yang sama. Dalam satu perkongsiannya di instagram anak keduanya, Tasha kantoi sedang beli jajan. Namun menariknya adalah cara bapa kepada empat anak ini menangani situasi tersebut.
Video – Tasha buying junk food I caught Tasha buying junk food from this man without my permission … Tasha has always been the mischievous one . She would do many “ not allowed “ things behind our back . And sometimes right infront of my face too knowing I disapprove them . I guess I just have to be more strict on her from now onwards … Good Evening Everyone . PS – We never allow junk food to our kids except during weekends . Sometimes but not always.
Seorang tegas, seorang lembut. Tapi keputusan sama
Tak percaya sindrom anak kedua
Ramai beranggapan Tasha berani melakukan sesuatu yang dilarang oleh ibu dan bapanya sebab memang sikap anak kedua yang lebih nakal berbanding anak pertama. Atau lebih dikenali sebagai sindrom anak kedua. Namun, ini jawapan Dr Sheikh Muszaphar mengenai hal tersebut.
Aiskrim boleh ke untuk ganti jajan?
Ada yang bertanya jika tidak benarkan jajan, boleh ke gantikan dengan aiskrim. Ini jawapan Angkasawan Negara.
Macam mana nak tegah tanpa tinggikan suara?
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar selalu jegilkan mata dan tunjukkan jari telunjuk sebagai cara menghalang, namun kali ini, beliau tidak sampai hati untuk bertegas pada Tasha. Ini dinamakan give and take. Kasih sayang dan ketegasan kena ada keseimbangan.