Jangan tanya kenapa baju kotor, pasal apa lewat ibu atau bapa sepatutnya tanya soalan lima ini pada anak yang baru balik dari sekolah.
Sudahlah anak penat, kita pula marah-marah. Tentunya situasi ini tak baik untuk emosi dan perhubungan dengan anak itu sendiri. Pesanan ini dititip daripada seorang guru sendiri.
1. Makan apa di sekolah?
Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab seperti bekal makanan tumpah, duit hilang.
Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
2. Beli apa di sekolah?
Ibu bapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam atau meminta duit kawan.
Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibu bapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibu bapa di rumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanyalah!
4. Ada kerja rumah atau tidak?
Soalan ini biasanya hampir semua ibu bapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu. Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
#MFS
* Ibubapa, tanyalah anak!
Sumber Facebook Mohd Fadli Salleh
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum ini memang ramai yang mengata anak perempuan pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida.
Mak putih tapi anak gelap, itulah yang biasa diperkatakan. Tambah pula dengan gayanya yang selalu berbaju T. Tapi kelmarin Cik B, anak jutawan kosmetik ini memaparkan sisi comel dirinya.
Dalam satu posting terbaru di instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video Cik B siap bermekap hingga membuatkan netizen teruja menatapnya. Lengkap berbaju kurung berbaju kurung pulak tu, lain betul penampilan dia.
“Tengok Cik B make up? Omei tak?” tulis Datuk Seri Vida yang mendapat respon ramai netizen. Baru dimuat naik malam semalam video ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Bila dah siap mekap, cantik Cik B sebenarnya, itu antara kebanyakan komen daripada netizen. Tak terkecuali memberi respon adalah artis tanah air, seperti Achey dan Zarina Zainuddin yang turut memuji kecomelan Cik B.
Sumber: instagram datoserivida
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai ibu yang punya anak kecil terutamanya berhasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci menunaikan umrah.
Namun satu kerisauan mereka adalah bagaimana hendak mengendalikan anak kecil ini ketika beribadah yang kita tahu pasti ada cabarannya terutama dalam keadaan jemaah yang ramai.
Tapi berbeza dengan pengalaman Datin Nur Shahida, isteri pengasas produk De Herbs yang sejak seminggu lalu berada di Makkah menunaikan umrah bersama dengan bayinya yang baru berusia lima bulan.
Beliau kelihatan cukup selesa dan tiada masalah mengendalikan bayinya Yusuf Al Qadrawi sepanjang berada di tanah suci. Malah katanya Yusuf juga langsung tak menangis sepanjang dia menunaikan solat di masjid selama di sana.
Disebabkan itu ramai ibu yang nak tahu tip yang dipraktikkan untuk memastikan bayinya itu langsung tidak meragam.
Selalu bawa Yusuf ke masjid
Dalam satu perkongsian di instagram ujar Datun Nur Shahida dia telah membiasakan membawa Yusuf bersolat di masjid sebulan sebelum menunaikan umrah.
Ramai tanya mcm mana bawa baby @yusoffalqardawi waktu umrah….waktu solat mcm mana dia tak nangis ke?
1-2 bulan sebelum umrah saya biasakan Yusoff ikut saya solat di masjid waktu subuh supaya dia terbiasa.
Mula-mula dia nangis juga waktu mula-mula ajar tu sebab orang tak ambik dia. Tapi dari sehari ke sehari dia dah boleh faham time solat dia akan baring kat situ sampai habis solat. Kadang-kadang dia pula yg sengih kat kita time kita tengah solat tu.
Alhamdulillah kat sini belum lagi sekalipun yusoff meragam time solat. Yg penting sebelum solat bagi dia cukup tidur cukup susu. Insya Allah selamat kita.
Ha macam tu caranya, kena letakkan baby kat sebelah bila bersolat. Biasakan dia bahawa ibu takkan ambil atau dukung waktu itu.
Untuk mak-mak yang nak menunaikan umrah bersama anak kecil boleh praktikkan tip ini ya.
Sumber: IG shahidadherbs
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri bersalin secara pembedahan atau caeserean ketika ini sudah jadi perkara biasa. Ada banyak keadaan yang menyebabkan bakal ibu terpaksa melalui kaedah pembedahan untuk melahirkan.
Tapi kebiasaannya seorang ibu yang bersalin secara pembedahan akan melalui setakat tiga kelahiran saja kerana bimbang risiko yang bakal diterima.
Atas sebab inilah perkongsian pengacara Faizal Ismail atau panggilannya FBI di laman sosial kelmarin jadi tular terutama kalangan wanita apabila beliau berkongsi mengenai isterinya Norazlina Ahmad Din, 41, yang kali kelima melahirkan anak secara pembedahan.
Pun begitu akui Faizal, lima kelahiran melalui kaedah pembedahan bukanlah sesuatu yang mudah buat isterinya dan dipantau oleh pakar sakit puan terkenal Dato Dr. Nor Ashikin.
Perkongsian ini sekali gus membetulkan anggapan sesetengah pihak yang memberitahu seorang wanita yang melahirkan anak secara pembedahan hanya boleh melaluinya sebanyak tiga kali sahaja.
Sebelum itu Faizal turut memuat naik gambar di sebalik cermin yang tertera maklumat bayi barunya sambil meluahkan rasa syukur terhadap kelahiran anak kelimanya.
Turut meluahkan tentang kisah pemergian anak keduanya, namun dia bagaimana pun telah dikurniakan tiga orang anak sebagai ganti yang dianggap sebagai hadiah terindah.
“Kami pernah diuji Allah ambil balik anak yang kedua, diambilnya satu digantinya tiga. Jangan risau dan gundah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Mengasihani. Bersabarlah atas apa yang berlaku, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia, sedikit atau banyak,”tulis Faizal yang juga bapa kepada Nur Khairina Iman, 15, Muhammad Khalish Iman, 6, dan Khayla Nur Iman, 4.
Sumber: Instagram Faizal Ismail
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI