Orang selalu sebut rumahku, syurgaku. Di sinilah kita membina kehidupan bersama pasangan dan anak-anak. Anak-anak perlukan kediaman yang membolehkan mereka bebas bermain dan meneroka.
Pengguna facebook yang menggunakan nama Eni Izliana berkongsi empat tip reka bentuk rumah mesra anak-anak (kids friendly home).
Tak perlu kos tinggi pun
Selalu kita dengar ibu-ibu muda yang mengeluh sebab tak dapat nak hias rumah. Alasan terhebat, kalau buat deko pun nanti serabut disepahkan semula. Jangan lah macam tu mama sekalian. Kita kena betulkan mindset kita bab mendeko rumah ni. Sebab kalau kita fikir dan renung kembali, di sinilah teratak cinta kita. tempat kita mulakan kehidupan sebagai sebuah keluarga kecil. Ada ibu, ayah,abanglong, kak ngah dan adik-adik.
Kecil atau besar suatu rumah bukan menjadi persoalan. tapi sejauh mana kita menjadikan tempat tinggal kita sebagai sebuah kenangan indah buat keluarga kita. Betul? Bayang kan lah bila kita dapat mendeko rumah kita bersama yang tersayang? Best sangat kan? Mesti terpahat ingatan si anak sudut yang di deko bersama ibu.
Sebenarnya tak susah pun nak deko rumah mesra anak-anak ni. Tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Yang penting kita tau ruang yang anak-anak selalu guna. Ini apa yang Keknie buat lah.
Tip Pertama: Pilihan Lokasi
Lokasi utama untuk aktiviti harian anak-anak boleh jadi di ruang tamu atau ruang keluarga. Majoriti kita akan tempat kan anak-anak kita bermain di depan televisyen. Dah macam mana anak tak kuasai remote tv kan? Kita yang ajar dia kontrol tv tu?
Apa kata kita cuba buat sudut kecil untuk anak bermain. Sediakan rak kecik atau bakul untuk tempatkan pelbagai mainan anak-anak di sudut tersebut. Sediakan juga alas atau tikar lembut untuk khususkan atau remark sudut tersebut adalah milik anak kita.
Tip Kedua: Ruang Makan Mesra Tumpah
Ha! ini bukan masalah parent malas tau.
Ads
Ini adalah tip paling bijak. Ruang makan yang mesra kanak-kanak tak perlulah ada permaidani diva-diva. Cukup dialaskan dengan tikar vinyl yang mudah disapu atau mudah dicuci. Susah-susah sangat kita tak perlu alas pun bawah meja makan tu.
Bayangkan anak-anak makan, lepas tu tertumpah air milo lah, kuah spageti lah. Mau mama bertukar jadi serigala jadian. So, dekorasi yang mudah boleh ditumpukan pada ruang dinding sahaja. Amat digalakkan supaya ruang dinding yang dijadikan sudut tumpuan. Mat saleh cakap ‘feature wall’ .
Anda boleh gabungkan susunan bingkai keluarga ataupun bingkai kata-kata indah. Paling mesra kanak-kanak , kita gantung sahaja bingkai doa makan, zikrullah ( Bismillah, Alhamdulillah) Selain cantik di mata, menyejuk ruang.
Sejuk hati bila dengar anak-anak baca kalimah yang kita gantung. Anak sapa lah tu kan?
Tip Ketiga: Masterpiece Wall
Ada parent yang ditemui mengatakan masalah utama malas nak deko rumah sebab spoil oleh lukisan grafiti anak-anak seluruh rumah. Parents kena faham , anak-anak yang suka menconteng adalah anak-anak yang bijak. Cuma cara ekspresi kreatif dan kebijaksanaan mereka tidak dikawal dari awal.
Ads
Apa kata sediakan ruang menconteng yang agak luas . Sediakan satu sudut dinding khas untuk menconteng. Betul. Ini bukan tip gila. Tapi gila-gila. Cara-caranya mudah sahaja.
Cara pertama boleh gunakan wall stiker hitam atau gelap untuk dijadikan big black board. Anggaran luas dinding yang perlu ditampal lebih kurang 1.5m (tinggi) dan 2-3m lebar. Cukup luas dan boleh main cikgu-cikgu lagi tau.
Selain itu, boleh juga catkan ruang tersebut dengan warna gelap supaya menjadi ruang khusus untuk melakar imaginasi bersama anak-anak. Cadangan warna cat adalah seperti warna hitam,hijau gelap atau biru gelap. Terpulang pada kesesuaian tema deko rumah anda.
Tengok diorang buat macam kat gambar tu? Macam best kan? Mama pun rasa nak menconteng. Bahahah
Tip Keempat: Pemilihan Perabot
Ads
Tanpa kita sedari, perabot juga main peranan untuk keselamatan ruang pada kanak-kanak. Jenis perabot yang sesuai biasanya yang senang dicuci. Pilihan perabot plastik akan paling senang dibersihkan bila tertumpah makanan atau air.
Kita perlu perhatikan juga perabot yang mempunyai bucu-bucu tajam. Bucu tajam bukan sahaja bahaya untuk anak kecil. Tetapi juga mudah menjadi ancaman kepada anak-anak yang berumur 4 ke 8 tahun. Sebab umur macam ni memang tengah fasa bergusti tak kira tempat.
Kalau tak dapat dielakkan, bucu-bucu tersebut boleh ditutup dengan aksesori perabot yang terdapat di pasaran. Jangan bagi alasan nak buang perabot lama tu ok uolls.
So, sempena cuti sekolah menjelma ni, boleh lah kita make something NEW and FRESH untuk sambut 2019 kan?
Semoga kita dapat BANTI JANNATI menggembirakan suami dan anak-anak tersayang.
Enam tahun lalu ayah Aizat iaitu Datuk Amdan Mat Din telah menulis sebuah puisi yang didedikasikan untuk Tun Dr Mahathir Mohamad. Puisi bertajuk Harapan jadi Nyata pernah didendangkan oleh Aizat bersama ayahnya pada hari jadi Dr Mahathir.
Ketika itu keadaan kesihatan ayahnya masih baik. Namun kini agak berbeza. Kesihatan ayahnya yang agak terjejas akibat serangan strok menyedihkan Aizat.
Apatah lagi kini bapanya tidak mampu bercakap atau berjalan, sekali gus tidak dapat menyaksikan detik bersejarah Dr Mahathir yang juga idolanya itu menjadi Perdana Menteri Malaysia sekali lagi.
Menurut Aizat, ayahnya mungkin tidak memahami situasi politik yang berlaku sekarang. Namun dia tetap gembira apabila ayah masih boleh beri reaksi apabila ditunjukkan gambar Dr Mahathir.
“Agak sedih sebab keadaan kesihatan membuatkan ayah tidak memahami apa yang berlaku sekarang. Tapi kadang-kadang kalau kita nyanyi atau tunjuk gambar Tun, dia akan menunjukkan reaksi.
Lancarkan semula
Perlantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terkini pada pilihan raya umum yang lalu membuatkan Aizat teringat kembali lagu tersebut. Dia memutuskan untuk melancarkan lagu itu semula semalam. Menurut Aizat, dia berharap lagu ini dapat menyempurnakan impian ayahnya.
Tidur dengan bayi sambil menyusu badan memang lebih mudah untuk ibu malah sudah jadi kebiasaan para ibu. Tapi kena hati-hati kerana kebiasaan ini sebenarnya boleh jadi punca bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Risiko ini dinyatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam catatan beliau dalam Facebook.
Bahaya tidur dengan bayi
Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Faktor penyebab SIDS
1. Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
2. Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Ibu bapa terlalu letih tidak digalakkan tidur dengan bayi
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut dengan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD kini sudah menjadi wabak. Malah sudah ada kanak-kanak yang meninggal dunia disebabkan penyakit ini.
Ibu bapa jadi bimbang untuk meninggalkan anak di rumah pengasuh ataupun taska kerana penyakit ini terlalu mudah berjangkit iaitu hanya dengan bersentuhan.
Bagi mengelakkan dijangkiti kita disaran menjaga kebersihan selain menggunakan disinfektan atau cecair pembasmi kuman. Ramai yang sedar dan mempraktikkannya.
Namun menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad penggunaan cecair ini tidak akan berkesan membunuh virus E71 yang dikaitkan dengan wabak HMFD ini jika kita memilih kandungan ethanol yang tidak mencukupi.
Jelas beliau dalam posting di laman sosialnya, kandungan ethanol yang dipilih untuk produk disinfektan mestilah 95 % untuk membunuh kuman EV71.
“Untuk mencegah HFMD, kebersihan rumah, taska dan tempat awam harus diberikan perhatian. EV71 adalah lali kepada banyak jenis disinfektan (cecair pembunuh kuman) .
Kajian menunjukkan cecair yang mengandungi 95% ethanol diperlukan untuk membunuh 99.99% virus EV71.
Bahan pencuci tangan yang mengandungi 75% ethanol, begitu juga cecair pencuci tangan yang mengandungi 0.5% chlorhexidine gluconate in 70% isopropanol TIDAK berkesan membunuh virus EV71.”