Saat kehilangan insan tersayang kebanyakan kita akan menangis meratapi pemergian. Malah ada yang kemurungan.

Tapi berbeza pula buat pasangan ini Amizudin Bin Ahmat dan isterinya Aminur Fathi. Foto pasangan ini tular apabila tersenyum sambil menggendong jenazah anak perempuannya Auliya Amani yang meninggal dunia secara mengejut akibat sakit jantung.

Foto pasangan ini menjadi bahan bualan netizen kerana tidak menampakkan kesedihan atas pemergian anaknya.  Namun hakikatnya hanya empunya diri saja yang mengetahui.

 

Anak Syurga Kembali Ke Rahmatullah… Suami Isteri Iringi Jenazah Anak Dengan Senyuman Kerana Mahu Mendidik
Amizudin dan Aminur ketika di bilik forensik Hospital Ipoh.

 

Anak Syurga Kembali Ke Rahmatullah… Suami Isteri Iringi Jenazah Anak Dengan Senyuman Kerana Mahu Mendidik

 

Tahu tentang situasi itu Amizudin baru-baru ini menerangkan situasi yang sebenarnya mengapa saat memangku jenazah anak dia masih mampu tersenyum.  Ujarnya apa yang dilakukan sebenarnya untuk mendidik masyarakat agar tidak meratapi kematian.

Auliya Amani anak syurga

Anak Syurga Kembali Ke Rahmatullah… Suami Isteri Iringi Jenazah Anak Dengan Senyuman Kerana Mahu Mendidik

IKLAN

Kematian haram diratap

 

Anak Syurga Kembali Ke Rahmatullah… Suami Isteri Iringi Jenazah Anak Dengan Senyuman Kerana Mahu Mendidik

21 hari sebelum pemergian adik sudah beri petanda

Dalam pada itu cerita isterinya Aminur Fathi sebelum pemergian anak syurganya, Auliya sebenarnya sudah menunjukkan tanda cuma tidak dapat dibaca oleh dirinya dan suami.

21 hari sebelum pemergiannya, Auliya melakukan sesuatu yang di luar kebiasaannya. Allahuakhbar anakku…Mama baru sedar….

21 hari sebelum adik tinggalkan mama, adik dh bg hint yg adik akan pergi tinggalkan mama selamanya. Hari tu adik meragam taknak tidur. Macam2 mama buat adik taknak tidur. Mama ingat adik rindu ayah. Mama try bedung adik dgn kain pelikat ayah kut2 adik rindu ayah tapi adik taknak.

Tapi, bila mama bedung adik dgn selimut busuk kesayangan mama yg ada dekat rumah nenek ni, adik diam dan adik elok tidur lena.  Ada mama wasap ayah pasal adik nak tidur mcm ni.

IKLAN

Selama adik hidup, adik mana suka selimut. Dan adik tak pernah mahu tidur kalau mama selimutkan adik even adik tidur dlm aircond sejuk macam nak beku. Adik mesti keluarkan adik dari selimut.

Anak Syurga Kembali Ke Rahmatullah… Suami Isteri Iringi Jenazah Anak Dengan Senyuman Kerana Mahu Mendidik

Nak tidur dibedung

Tapi hari tu, adik nak tidur dibedung dgn selimut busuk mama. Rupanya adik bagi hint adik bakal tidur dlm kain kafan yg tebal macam selimut busuk mama tu.
Ya Allah adik….mama kehabisan kata-kata. Satu persatu sebenarnya tanda adik nak tinggalkan mama Allah dh tunjuk tapi mama tak sedar.

Dalam sebulan terakhir ni adik tak nak tengok kamera bila mama nak snap gambar. Semua gambar adik, adik berpaling muka. Dua minggu sebelum adik pergi, adik taknak kiss mama. Adik nak kiss ayah saja sampai mama jeles. Hihi…dan dlm masa yg sama mama dah perasan adik tidur dlm keadaan tangan tgh qiam. Allahuakhbar….tp masa tu mama tak fikir apa pn.

Dua hari sebelum adik pergi…adik asik nak kiss2 mama siap main lidah…adik mcm seronok sgt masa tu. Adik suka tarik muka mama kalau adik nak kiss mama. Muka nampak ceria. Selain adik suka curi2 tarik tangan mama pastu gigit jari mama pastu adik senyum.
Sakit tau adik gigit tu sebab gigi adik dah ada 11 batang…

Adik..byknya memori sweet adik tinggalkan buat mama dan ayah. Mama dan ayah sentiasa merindui adik setiap masa. Tak pernah tak rindu.

IKLAN

Salam rindu dr mama dan ayah Amizudin Bin Ahmat

Moga pasangan ini tabah berdepan dugaan dan semoga Auliya ditempatkan di kalangan penghuni syurga.

Selain itu:  Video Tular Adam 'Mengamuk' Sedarkan Kita Betapa Tabahnya Ibu Bapa Jaga Anak Autisme

 

Sumber: Amizudin Bin Ahmat & Aminur Fathi

 

 

 

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI