Pada hari ini, memang ramai orang berdepan dengan tekanan hidup. Maklumlah sana sini ada sahaja tekanan yang datang. Tak kiralah di jalan raya ke, di rumah ke, malah di tempat kerja pun ada tekanan yang perlu dihadapi.
Justeru, tidak hairanlah kalau ramai yang stres. Hidup pula dirasakan tak bahagia walaupun seseorang itu ada pasangan yang mencintainya, ada anak dan sebagainya.
Ads
Dalam instagram, Prof Dr Muhaya melalui video telah memberikan formula berkesan untuk seseorang individu itu berasa bahagia.
Bersiap-siaplah untuk solat berjemaah. Apa yang kita lakukan, semua Allah yang membantu kita.
Apa kata, jadikan aktiviti setiap hari sebenarnya menunggu solat. Aktiviti utama ialah solat. Apa yang kita lakukan selepas solat ialah untuk menunggu waktu solat yang seterusnya. Jadikan kehambaan kepada Allah, nak menghadap Allah, percayalah jika kita buat hal ini, pasti akan berlaku keajaiban.
Masalah kesihatan, ketenangan, kebahagiaan, kekayaan rezeki. tolong jaga solat. Insya-Allah semuanya akan berlaku dengan baik. Itu sahajalah formula kehidupan bahagia.
Berdasarkan video ini, Dr Muhaya menegaskan bahawa solat adalah satu-satunya cara untuk hidup bahagia. Orang yang ada masalah kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan rezeki digalakkan supaya menukar gaya hidup dengan cara mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah melalui solat, maka keajaiban akan berlaku iaitu jika dulu tak bahagia, maka kebahagiaan itu akan datang kepada empunya diri.
Dalam situasi ekonomi tak menentu dan keadaan pekerjaan kita yang tidak tahu bertahan lama atau tidak, sebolehnya kita mahu melunaskan hutang yang ada secepat mungkin.
Bimbang dengan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Manalah tahu jika diberhentikan kerja hutang masih banyak berbaki. Memang susah hati dibuatnya.
Bagi yang mahu melakukan misi melunaskan hutang secepat mungkin baik hutang kad kredit, hutang belajar, hutang kereta dan sebagainya boleh ikut apa dipraktikan oleh Eyfa Emir ini.
Dia nekad melangsaikan hutang RM20,000 yang mengganggu hidupnya dalam masa dua bulan saja. Untuk misi tersebut, ini yang beliau lakukan.
Disclaimer: Ini adalah pengalaman saya sendiri. Mungkin result nya berbeza dengan anda.
Sebenarnya saya dah mula plan untuk setelkan hutang sejak 7 tahun lepas. Tapi proses tu lambat sebab tak tahu Debt Buster Method.
Rupanya bila dah belajar restructure semula kewangan peribadi, baru nampak nak buat macam mana. So memang all out la 2 bulan ni.
Jangan risau kalau gaji kecil.
Jangan risau takde bisnes besar.
Jangan risau kalau takde support anda.
Sebab ada jalannya. Cuma step dia agak panjang. Tapi saya kongsikan 3 tips mudah ni kat anda semua:
1. Tuliskan semua hutang
2. Kurangkan belanja
3. Tambah pendapatan
Alhamdulillah saya dah buat dan berjaya setelkan hutang RM20K yang mengganggu hidup saya. Lebih sakit hati kalau hutang disebabkan orang lain.
Bila hutang selesai, memang tidur lena la. Dan duit lebihan yang patut bayar hutang saya boleh guna untuk benda yang lebih bermanfaat. Best kannn.
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan pada hari ini ada beberapa amalan sunnah yang disarankan untuk kita lakukan. Antaranya adalah 7 perkara berikut:
Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku.” Para sahabat berkata : “Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?” Nabi S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)
“Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”(Shahih HR. Bukhori dan Muslim). Mengikut Abu Sa’id Al-Khudri, hukum mandi Jumaat adalah wajib bagi lelaki-lelaki yang baligh. Tidak wajib bagi kanak-kanak, wanita, orang sakit dan musafir. Digalakkan untuk mandi Jumaat sebelum pergi menunaikan solat Jumaat.
Nabi S.A.W. bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)
Bagi lelaki, jika mendengar azan pertama yang berkumandang di masjid, itu tandanya panggilan untukdatang ke masjid. Sekiranya sedang bekerja atau berniaga, anda perlu meninggalkan pekerjaan anda sebentar dan ke masjid untuk solat Jumaat dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam masjid.
Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat.” (Shahih HR. Bukhari).
Dan anda digalakkan untuk tidur selepas solat Jumaat kerana itu adalah Sunnah baginda.
Kita digalakkan merapikan diri pada hari Jumaat dan ini termasuklah memotong kuku. Ia dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.
Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.
Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.
Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)
Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.
Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Nampaknya isu body shaming masing lagi belum reda. Namun kali ini, yang terkena body shaming ni kuat semangat walaupun menangis selepas diherdik dan direndah-rendahkan kerana tidak memiliki pakej menarik.
Pemilik akaun facebook, Ama Angelik atau nama sebenar Amalina Alias kelmarin menceritakan pengalaman kena reject dalam temuduga sebagai DJ radio. Punca kena reject ialah sebab penampilan diri yang tidak menarik termasuklah gemuk, hitam dan tak cantik.
Teringat beberapa tahun lalu, saya pernah cuba interview menjadi dj di beberapa buah stesen radio ..Malah ada yang stesen sama, saya cuba lebih empat,lima kali!. Saya akui saya tidak minat menjadi dj cuma minat bercakap. bercakap plak taknak berhenti ???.. namun paling saya ingat, ada satu bos di satu stesen ini bukan saja me’reject’ saya sereject-rejectnya malah teringat lagi kata-kata beliau
“Saya nak pakej!Muka macam awak tak layak masuk TV! Tengoklah diri awak..gemuk, hitam,tak cantik. Balik ‘tepek’ (pakai) bedak dulu! Kata beliau. Nak jadi dj biar boleh baca berita sekali. Tambah beliau dengan extra jelingan atas ke bawah ke arah saya.
Saya akui masa tu saya memang down gila dan tipu kalau saya balik audition tu saya tak nangis,saya nangis sepuasnya. Hina ke jadi gemuk?hina ke tak cantik? Hina ke xminat bermekap? Ramai je saya tengok senior2 yg betul2 berbakat dan passion dalam bidang media yg standing with their own style.
Tapi rezeki Allah siapa yang menduga, atas beberapa peristiwa suami (ketika itu boipren) buat keputusan nak buat bisnes kecik2 sewa pa sistem dan dipendekkan cerita saya try-try jadi dj…
Bermula dj kawin di kampung-kampung,majlis korporat,event datuk datin smpailah acara rasmi sebagai emcees alhamdulillah dah masuk tahun ke 4 dah.kalau berdj dh beratus jugak majlis saya acarakan. Alhamdulillah.pelanggan berpuas hati.
Lebih tak sangka,rezeki kita kalau Allah nak bagi.. manusia bagi halangan macamana pun akan tetap sampai pada kita, begitulah jadi pada saya bila tiba-tiba dapat call TV3 untuk buat live pada PRU14 lalu yang tontonan langsung seluruh Malaysia waktu itu. Yang sehingga kini saya tak tahu siapa yang suggest nama saya pada production. Saya sangat berterima kasih pada penerbit dan team.
Sekali lagi saya juga menangis kerana saya dh buktikan pada bos stesen tv berkenaan bahawa saya layak masuk TV! Benar kritikan selamanya takkan mati dalam kepala otak kita. Tapi saya belajar sesuatu, selepas saya di reject saya belajar tentang butang2 dan kendali amp,byk belajar pasal pa sistem dr suami, byk belajar nak handle majlis dr ramai orang2 berpengalaman dan banyak lagi yg saya belajar dan upgrade diri saya termasuk dari segi penampilan (walaupun sekarang masih buruk at least tak pakai dh jeans,selipar jepun dan tshirt hahaha).
Dan kalau nak tahu bos stesen TV itu yang dulunya menghina saya dengan teruk sudah puji saya dua kali ketika bertembung di satu majlis malah dia ada menawarkan kepada saya untuk bekerja bersama yang sudah pasti saya tolak kerana hati saya terlalu terluka dengan kata-kata beliau (panjang sangat nak cite) .
Jadi moral of the story, saya share kisah ini supaya sesiapa pun yang sedang berusaha mencapai impian anda, teruskan!Mungkin Allah tak bagi jalan yang terus lurus untuk kita capai impian kita, tapi percayalah kita usaha,kita yakin,kita tawakkal, rezeki itu tetap milik kita, impian itu indah untuk dimiliki walaupun sukar mendapatkannya.
Lagi satu ‘jangan dengar cakap orang,jangan lemah dengan kritikan,apapun orang bercakap itu hak mereka dan hak kita buktikan kita mampu capai apa kita nak dengan usaha yang berterusan!”
Jadilah seperti Marily Monroe,Pengasas KFC, Colonel Sanders dan Thomas Edison pencipta mentol lampu yang cuba beratus-ratus kali sebelum menemui kejayaan masing-masing. Kerana bagi mereka berapa kali pun tak apa kerana setiap percubaan ada pengalaman yang mengajar benda baru yang akan memberi peluang untuk mencapai kejayaan itu.
Dan saya, akan tetap kejar impian saya walaupun pahit macamana sekalipun …walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran dan menjaga banyak hati, ill do whatever i wanna do and i dont care if people dont trust me as long as i trust myself. Keep fighting people!This is our life, we conquer our life not others!.
Dah terinspirasi? Apa lagi tekan like satu kali kat page ama. Tanda support! ? adios!
Credit pic: ama, syera mustafa , luqman kosmo! And friends (tq yang snap pic and anta ke ama, sgt bermakna msg2 dan doa kalian) ?
Justeru, kepada anda yang mempunyai kelemahan daripada segi penampilan, bentuk fizikal atau paras rupa, janganlah anggap itu sebagai sesuatu yang negatif. Jadikan semuanya sebagai satu semangat untuk capai kejayaan. Tak cantik tak semestinya kita gagal. Dunia sekarang tidak memandang rupa paras semata-mata. Sebaliknya kemahiran dan semangat jadi penentu kejayaan seseorang.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...