Home Hobi & Minat Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat...

Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi

 

 

Nampaknya isu body shaming masing lagi belum reda. Namun kali ini, yang terkena body shaming ni kuat semangat walaupun menangis selepas diherdik dan direndah-rendahkan kerana tidak memiliki pakej menarik.

Pemilik akaun facebook, Ama Angelik atau nama sebenar Amalina Alias kelmarin menceritakan pengalaman kena reject dalam temuduga sebagai DJ radio. Punca kena reject ialah sebab penampilan diri yang tidak menarik termasuklah gemuk, hitam dan tak cantik.

Muka tak layak masuk TV

Teringat beberapa tahun lalu, saya pernah cuba interview menjadi dj di beberapa buah stesen radio ..Malah ada yang stesen sama, saya cuba lebih empat,lima kali!. Saya akui saya tidak minat menjadi dj cuma minat bercakap. bercakap plak taknak berhenti Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi?Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi?Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi?.. namun paling saya ingat, ada satu bos di satu stesen ini bukan saja me’reject’ saya sereject-rejectnya malah teringat lagi kata-kata beliau

“Saya nak pakej!Muka macam awak tak layak masuk TV! Tengoklah diri awak..gemuk, hitam,tak cantik. Balik ‘tepek’ (pakai) bedak dulu! Kata beliau. Nak jadi dj biar boleh baca berita sekali. Tambah beliau dengan extra jelingan atas ke bawah ke arah saya.

Saya akui masa tu saya memang down gila dan tipu kalau saya balik audition tu saya tak nangis,saya nangis sepuasnya. Hina ke jadi gemuk?hina ke tak cantik? Hina ke xminat bermekap? Ramai je saya tengok senior2 yg betul2 berbakat dan passion dalam bidang media yg standing with their own style.

 

Jadi DJ kampung

Tapi rezeki Allah siapa yang menduga, atas beberapa peristiwa suami (ketika itu boipren) buat keputusan nak buat bisnes kecik2 sewa pa sistem dan dipendekkan cerita saya try-try jadi dj…

Bermula dj kawin di kampung-kampung,majlis korporat,event datuk datin smpailah acara rasmi sebagai emcees alhamdulillah dah masuk tahun ke 4 dah.kalau berdj dh beratus jugak majlis saya acarakan. Alhamdulillah.pelanggan berpuas hati.

 

Selain itu:  Nasi Wajib Makan Tapi 7 Rahsia Ini Punca Wanita Jepun Tak Gemuk

TV3 call untuk buat live

Lebih tak sangka,rezeki kita kalau Allah nak bagi.. manusia bagi halangan macamana pun akan tetap sampai pada kita, begitulah jadi pada saya bila tiba-tiba dapat call TV3 untuk buat live pada PRU14 lalu yang tontonan langsung seluruh Malaysia waktu itu. Yang sehingga kini saya tak tahu siapa yang suggest nama saya pada production. Saya sangat berterima kasih pada penerbit dan team.

Sekali lagi saya juga menangis kerana saya dh buktikan pada bos stesen tv berkenaan bahawa saya layak masuk TV! Benar kritikan selamanya takkan mati dalam kepala otak kita. Tapi saya belajar sesuatu, selepas saya di reject saya belajar tentang butang2 dan kendali amp,byk belajar pasal pa sistem dr suami, byk belajar nak handle majlis dr ramai orang2 berpengalaman dan banyak lagi yg saya belajar dan upgrade diri saya termasuk dari segi penampilan (walaupun sekarang masih buruk at least tak pakai dh jeans,selipar jepun dan tshirt hahaha).

 

Orang yang reject dulu tawarkan kerja

Dan kalau nak tahu bos stesen TV itu yang dulunya menghina saya dengan teruk sudah puji saya dua kali ketika bertembung di satu majlis malah dia ada menawarkan kepada saya untuk bekerja bersama yang sudah pasti saya tolak kerana hati saya terlalu terluka dengan kata-kata beliau (panjang sangat nak cite) .

Jadi moral of the story, saya share kisah ini supaya sesiapa pun yang sedang berusaha mencapai impian anda, teruskan!Mungkin Allah tak bagi jalan yang terus lurus untuk kita capai impian kita, tapi percayalah kita usaha,kita yakin,kita tawakkal, rezeki itu tetap milik kita, impian itu indah untuk dimiliki walaupun sukar mendapatkannya.

 

Selain itu:  Ubah Suai Ruang Terbiar Atas Tangga Jadi Loteng, Boleh Buat Ruang Solat

Buktikan mampu capai kejayaan

Lagi satu ‘jangan dengar cakap orang,jangan lemah dengan kritikan,apapun orang bercakap itu hak mereka dan hak kita buktikan kita mampu capai apa kita nak dengan usaha yang berterusan!”

Jadilah seperti Marily Monroe,Pengasas KFC, Colonel Sanders dan Thomas Edison pencipta mentol lampu yang cuba beratus-ratus kali sebelum menemui kejayaan masing-masing. Kerana bagi mereka berapa kali pun tak apa kerana setiap percubaan ada pengalaman yang mengajar benda baru yang akan memberi peluang untuk mencapai kejayaan itu.

Dan saya, akan tetap kejar impian saya walaupun pahit macamana sekalipun …walaupun terpaksa menghadapi banyak cabaran dan menjaga banyak hati, ill do whatever i wanna do and i dont care if people dont trust me as long as i trust myself. Keep fighting people!This is our life, we conquer our life not others!.

Dah terinspirasi? Apa lagi tekan like satu kali kat page ama. Tanda support! Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi? adios!

https://www.facebook.com/Kimi-Pa-Sistem-Dj-Karaoke-Kota-Bh…/

Credit pic: ama, syera mustafa , luqman kosmo! And friends (tq yang snap pic and anta ke ama, sgt bermakna msg2 dan doa kalian) Kena Reject Jadi DJ Radio, Dia Kini Usahawan PA Sistem, Siap Buat Live Untuk TV3 Lagi?

 

Justeru, kepada anda yang mempunyai kelemahan daripada segi penampilan, bentuk fizikal atau paras rupa, janganlah anggap itu sebagai sesuatu yang negatif. Jadikan semuanya sebagai satu semangat untuk capai kejayaan. Tak cantik tak semestinya kita gagal. Dunia sekarang tidak memandang rupa paras semata-mata. Sebaliknya kemahiran dan semangat jadi penentu kejayaan seseorang.

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI