Apa Istimewanya Resipi Biji Delima Ini, Sampai Dapat 25K Share di Facebook. Viral Sungguh!

Share

 

 

Kalau follow page Masak Apa Hari Ni… posting tentang resipi biji delima ni memang asyik lalu saja di timeline dua tiga hari ni.

Tapi paling banyak dikongsi adalah resipi daripada Qema Fazri ini.  Resepi ini saja mendapat lebih 25 ribu perkongsian.

Fuh viral sungguh! Dia berkongsi langkah demi langkah membuat hidangan yang sesuai untuk minum petang ni.  Siapa yang nak cuba tu bolehlah ikut step ni.

Terjebak jugak akhirnya

Terjebak jugak dgn biji delima ni…merah takde hijau pun masih menawan kalbu…Letak susu cair dgn air gula merah dan ais nyaman masuk tekak. Kalau tak faham resepi boleh rujuk pic last sekali ya. Saya pun first time buat ni. Guna resepi dari ahli dlm group ni jugak, halal ya sis.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung ubi kayu
½ cawan air suam ( agak-agak sendiri)
5 helai tisu dapur
Sesudu tepung jagung

Cara membuat:

Masukkan air dalam tepung ubi. Bancuh adunan jangan keras dan jangan cair. Sedang-sedang saja.

 

Alas pinggan dengan tisu dapur dan tabur tepung jagung di atas tisu. Kemudian tuang adunan atas tisu dan biarkan adunan tadi mengeras dlm 5 minit. Kemudian sapu permukaan adunan yang keras tadi dengan warna kegemaran masing-masing.

 

Bila dah keras, bolehlah dipotong.

 

Lepas potong, cabut tisunya dan patah-patahkan jadi bentuk dadu.

 

Kemudian terus masukan dalam air yg mendidih. Tunggu sampai timbul baru angkat dan masukkan dalam air ais.

 

Inilah rupanya biji delima yang telah siap.

 

Sedia untuk dimakan dengan susu cair dan air gula. Boleh masukkan juga dua atau tiga ketul ais agar terasa sejuk. Rasanya kenyal-kenyal macam black pearl dalam air Chatime tu.

 

Sumber: Qema Fazri

 

 

IKLAN