Apa Perlu Buat Jika Kenderaan Kita Naiki Terbabas & Terhumban Dalam Air
Kejadian enam sekeluarga yang meninggal dunia dalam kereta di dasar Sg Korok, Jitra Kedah semalam sememangnya menyayat hati.
Dalam masa yang sama seharusnya memberi pengajaran kerana situasi yang sama juga boleh berlaku kepada kita.
Sebenarnya dalam situasi cemas, kenderaan terbabas dan terhumban dalam air apa yang perlu kita lakukan. Perkongsian berikut boleh jadi panduan untuk kita.
Jika kereta terbabas dan terhumban ke dalam sungai atau tenggelam dalam air, Tindakan untuk keluar dari kereta secepat mungkin adalah sangat penting. 30 hingga 60 saat pertama adalah masa paling kritikal. Ini yang perlu kita lakukan
Tanggalkan seat belt dulu, kemudian bantu penumpang lain (jika ada).
Gunakan button tingkap automatik segera. (Ia biasanya masih berfungsi selama beberapa saat sebelum kereta tenggelam sepenuhnya).
Jika tidak boleh buka tingkap automatik:
– Gunakan alat pemecah tingkap (window breaker/emergency hammer).
– Sasarkan sudut tingkap, bukan tengah – lebih mudah pecah.Jgn cuba pecahkan cermin depan atau belakang.Hampir mustahil untuk pecah segera jika tiada alat khas.
– Jika tiada alat, guna kepala penyandar tempat duduk, kasut tumit keras, atau benda tajam.
Jangan cuba buka pintu kerana tekanan air akan buatkannya terlalu berat untuk ditolak.
Selepas tingkap dibuka atau pecah:
-Keluar satu per satu, paling hampir dengan tingkap dulu.
-Tolak tubuh ke arah atas permukaan air (jangan berenang ke bawah).
Tunggu kereta tenggelam sepenuhnya dan tekanan air seimbang antara dalam dan luar.
Barulah anda boleh cuba buka pintu (ianya masih sukar, tetapi mungkin boleh dibuka ketika itu).
Kena ada dalam kereta
– Kepala logam keras (tungsten/steel) untuk pecahkan tingkap.
– Pemotong/gunting tali pinggang.
Nota: Pastikan jangan simpan alat dalam glove box – sukar capai waktu kecemasan.
Selepas keluar, jangan panik dan jangan cuba berenang terus.
Ambil nafas dalam, dan biarkan badan terapung secara semula jadi (air sungai dan tasik boleh bantu badan terapung, lebih-lebih lagi jika masih berpakaian penuh).
Posisi terbaik: Telentang, kepala ke atas, kaki dan tangan buka perlahan.
Jangan hentak kuat, gunakan gerakan tangan perlahan-lahan ke belakang (seperti kayuh), dan kaki kayuh perlahan ke arah darat atau objek terapung.
Fokus pada kekalkan muka di atas air, bukan kelajuan.
Kalau ada penutup tayar, kusyen kerusi, beg udara, papan, botol kosong, plastik besar – peluk kuat.Terap sambil pegang, jangan lepaskan.
Jika orang ada di tepi sungai atau lalu lintas, lambaikan dua tangan atau jerit minta tolong.
JANGAN LAKUKAN
-Jangan cuba selamatkan beg tangan, telefon atau barangan.
-Jangan pegang kawan/anak dengan kuat kalau panik — ini boleh menyebabkan sama-sama lemas. Pegang longgar dan bimbing, bukan tarik.
Sumber: Jeff
Baca Lagi: