Masalah lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.
Nak guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini memang tak sesuai, nanti habis semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia ini.
Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.
Atasi Masalah Lipas Dalam Kabinet
Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
Ads
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Ads
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
Ads
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Kita mesti pernah mengalami keadaan kelopak mata asyik bergerak-gerak atau mata mengerdip, kadang-kadang sampai berhari-hari.
Biasa bila kena macam ni ramai yang risau sebabnya orang-orang tua kata ia petanda yang tidak elok.
Antara kepercayaan yang diturunkan kepada kita bila kelopak mata bergerak ini adalah ‘kalau sebelah kiri, ada keluarga dekat yang meninggal, ‘kalau mata kanan yang bergerak, nak tengok orang atau nak jumpa orang jauh”.
Ada juga yang kata ‘nak dapat berita baik’. Kalau kelopak mata kiri yang bergerak, katanya kita akan menangis”.
Tapi itu semua kepercayaan, sebagai orang Islam perkara tersebut tidak boleh dipercayai kerana semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Bagaimana pun di sebalik kejadian kelopak mata bergerak-gerak atau mata mengerdip yang kita alami ini ada penjelasan saintifik dan kebanyakannya berkait dengan keadaan kesihatan diri kita sendiri.
Nama saintifik untuk penyakit kelopak mata bergerak ini ialah myokymia. Menurut pakar masalah ini adalah akibat pergerakan otot di bahagian kelopak mata atas dan kadang-kadang di bahagian kelopak mata bawah bawah.
Bila mengalami keadaan myokymia ini kita mungkin perlu melihat kembali rutin seperti berikut kerana ia antara puncanya.
1. Stres – ia adalah penyebab utama kelopak mata tiba-tiba mengerdip. Jadi carilah cara untuk mengurangkannya sama ada dengan beriadah, bersenam atau bercuti seketika.
2. Kepenatan – kurang tidur sama ada disebabkan oleh stres atau kerja juga boleh menyebabkan masalah ini.
3. Mata penat – ia mungkin disebabkan oleh terlalu banyak mengadap komputer, tablet atau pun telefon. Oleh itu kita disarankan mengikut aturan 20-20-20 setiap kali menggunakan gajet.
Caranya selepas 20 minit mengadap komputer, rehatkan mata dengan melihat 20 lebih kurang 20 kali selama 20 saat atau lebih. Ia akan mengurangkan tekanan pada mata yang menyebabkan masalah kelopak mata mengerdip.
4. Kafien – terlalu banyak pengambilan kafien atau alkohol boleh menyebabkan keadaan tubuh kering lalu menjadikan otot kekejangan dan menguit termasuklah bahagian mata.
5. Mata kering- ramai warga emas mengalami masalah ini begitu juga mereka yang selalu menggunakan komputer. Boleh gunakan ubat titis mata untuk meredakan masalah ini.
6. Alahan – mereka yang mengalami alahan mata boleh berasa gatal, bengkak, mata berair. Bila digosok ia akan membebaskan histamine ke dalam kelopak mata dan juga air mata yang mana menyebabkan mata mengerdip. Sekiranya mengalami keadaan ini sebaiknya berjumpa doktor.
Walaupun jarang berlaku tapi masalah kelopak mata bergerak sendiri boleh juga dikaitkan dengan masalah saraf atau otak seperti Parkinson, Sindrom Tourette, Bell’s Palsy, Dystonia.
Sekiranya mengalami masalah kelopak mata ini bergerak kita boleh mengurangkannya dengan melakukan langkah urutan berikut.
Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan.
Sebab biasanya dapur di rumah jarang bersih begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Supaya dapur di rumah kita pun bersih begini, ini tip yang dikongsi oleh Dapur Pak San.
Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur.
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Bersungguh pergi pasar untuk cari makanan aut yang segar tapi bila nak masak seminggu kemudian dah lembik dan kehitaman. Frust sungguh!
Ini situasi biasa bila kita simpan lauk pauk makanan di dalam freezer. Tapi jika mahu memastikan makanan laut ini segar seperti baru dibeli boleh gunakan petua yang dikongsi oleh penjual ikan.
Menurut Shazura Bahari beliau selalu membeli makanan laut terus dari nelayan dan petua ini diperoleh dari mereka. Makanan laut yang disimpan cara ini akan kekal manis walaupun dah lama disimpan dalam freezer.
INFO: Petua ini menjadi jika makanan laut yang dibeli memang segar. Ia bukan untuk menyegarkan makanan laut yang sudah tak segar.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...