Tengah belok waktu memandu tiba-tiba dengar bunyi ketuk-ketuk atau klik-klik. Atau rasa kereta bergegar masa tekan minyak.
Kalau perasan perkara ini berlaku Waktu memandu, jangan abaikan. Ini petanda ada komponen penting kereta dah mula ‘mintak tukar’.
Punca utama bunyi tersebut selalunya datang daripada CV joint rosak. Kalau dibiarkan, bukan saja bunyi makin kuat, tapi boleh jejaskan kestabilan kereta.
Nak elak masalah lebih serius kena baiki tapi sebelum itu, jom fahami apa itu CV joint dan cara penjagaannya
CV joint (Constant Velocity joint) adalah bahagian penting sambungkan kuasa dari enjin ke tayar depan. Tak kira masa korang tengah belok tajam atau lalu jalan tak rata, CV joint pastikan kuasa sampai ke tayar dengan lancar dan stabil.
Dua Jenis CV Joint
Komponen Penting Dalam CV Joint
-Bola-bola
-Cage (bahagian penahan)
-Inner dan Outer Race
-Boot berisi grease
Boot wajib dijaga sebab dia lindung bahagian dalam CV joint daripada pasir, air dan habuk. Kalau koyak, grease keluar, kotoran masuk, CV joint cepat haus dan rosak.
INFO : Kos untuk baiki atau tukar CV bergantung pada jenis kereta dan jenama alat ganti.
Tip Penjagaan CV Joint Supaya Tahan Lama
-Selalu periksa boot CV joint, pastikan tak koyak atau bocor
-Elak bawa kereta langgar lubang besar atau jalan tak rata laju-laju
Semoga bermanfaat.
Sumber: Muiz Bidin II