Ayam masak kicap bersantan atau ayam semur ini antara hidangan orang Jawa. Kuah kicapnya yang sedap pekat memang jadi sasaran yang akan licin dikaup.
Menurut Syalfarina yang berkongsi resepi, bila masak hidangan ini ia memang tak pernah tak habis. Biasanya siap saja masak, anak dah mintak untuk makan dengan nasi.
Kalau dah jemu dengan lauk kicap biasa, boleh cuba masak stail Jawa pula. Memang tak menyesal.
Setengah ekor ayam / 15 ketul drumnet– dilumur kunyit & garam
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji buah keras – ditumbuk bersama bawang
1 inci halia – dihiris atau diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
Air asam jawa (setengah sudu asam campur sedikit air)
Kicap manis (disyorkan guna cap Kipas Udang)
5 sudu bear santan
Gula dan garam secukup rasa
1. Goreng ayam separuh masak saja. Jangan sampai garing untuk kekalkan tekstur lembut.
2. Kisar bawang merah dan putih, tumbuk sekali dengan buah keras untuk rasa lemak padu.
3. minyak gorengan ayam yang sama, tumis bahan 4 sekawan, halia dan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
4. air asam jawa untuk bagi rasa masam-masam sikit dan jadikan kuah lebih berperisa.
5. Masukkan ayam, kacau dan biar reneh perlahan supaya ayam serap semua rasa tumisan.
6. kicap manis secukupnya – warna dan rasa ikut citarasa, tapi jangan kedekut kalau nak nampak ‘glossy’.
7. Tambah santan dan biar kuah mendidih perlahan sehingga pekat dan likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat, kicap pun dah ada manis dan masin.
– Buah keras penting dalam resipi untuk rasa berlemak pekat yang unik. Kalau tiada, boleh ganti dengan sedikit badam kisar atau susu cair, tapi rasa takkan sama.
– Untuk aroma lebih wangi, boleh tambah sedikit daun limau purut di akhir masakan.
– Kalau nak kuah lebih, tambahkan sedikit air selepas masukkan santan — sesuai untuk yang suka cicah dengan roti atau ban.
– Rasa akan lebih mantap bila dipanaskan semula keesokan harinya – kuah jadi lebih pekat dan berempah.
Sumber: Syalfarina Razali
Baca Lagi: Ayam Masak Kicap Versi Pekat Pedas, Tanpa Kuah Tapi Sedap