Ayam masak kicap bersantan atau ayam semur ini antara hidangan orang Jawa. Kuah kicapnya yang sedap pekat memang jadi sasaran yang akan licin dikaup.
Menurut Syalfarina yang berkongsi resepi, bila masak hidangan ini ia memang tak pernah tak habis. Biasanya siap saja masak, anak dah mintak untuk makan dengan nasi.
Kalau dah jemu dengan lauk kicap biasa, boleh cuba masak stail Jawa pula. Memang tak menyesal.
Cara Buat Ayam Masak Kicap Bersantan Ala Jawa
Bahan-bahan
Setengah ekor ayam / 15 ketul drumnet– dilumur kunyit & garam
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji buah keras – ditumbuk bersama bawang
1 inci halia – dihiris atau diketuk
4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih)
Air asam jawa (setengah sudu asam campur sedikit air)
Kicap manis (disyorkan guna cap Kipas Udang)
5 sudu bear santan
Gula dan garam secukup rasa
Cara Memasak
1. Goreng ayam separuh masak saja. Jangan sampai garing untuk kekalkan tekstur lembut.
Ads
2. Kisar bawang merah dan putih, tumbuk sekali dengan buah keras untuk rasa lemak padu.
3. minyak gorengan ayam yang sama, tumis bahan 4 sekawan, halia dan bahan kisar. Tumis sampai wangi.
4. air asam jawa untuk bagi rasa masam-masam sikit dan jadikan kuah lebih berperisa.
5. Masukkan ayam, kacau dan biar reneh perlahan supaya ayam serap semua rasa tumisan.
Ads
6. kicap manis secukupnya – warna dan rasa ikut citarasa, tapi jangan kedekut kalau nak nampak ‘glossy’.
7. Tambah santan dan biar kuah mendidih perlahan sehingga pekat dan likat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ingat, kicap pun dah ada manis dan masin.
TIP
– Buah keras penting dalam resipi untuk rasa berlemak pekat yang unik. Kalau tiada, boleh ganti dengan sedikit badam kisar atau susu cair, tapi rasa takkan sama.
Ads
– Untuk aroma lebih wangi, boleh tambah sedikit daun limau purut di akhir masakan.
– Kalau nak kuah lebih, tambahkan sedikit air selepas masukkan santan — sesuai untuk yang suka cicah dengan roti atau ban.
– Rasa akan lebih mantap bila dipanaskan semula keesokan harinya – kuah jadi lebih pekat dan berempah.
Pintu pagar kediaman terutama rumah teres boleh kata standard, satu taman sama kesemuanya. Ada yang kena cita rasa dan ada juga yang tak berkenan dengan pintu pagar semua ada.
Mungkin ada yang teringin nak tukar tapi bajet pula belum mengizinkan tambah pula sekarang material besi mahal, jadi modal untuk tukar pintu pagar baru dah tentu besar.
Tapi ada saja alternatif untuk ubah suai pintu pagar ini tanpa bajet yang besar. Antaranya menerusi idea perkongsian Mohd Izwan Mohamad Noor.
Untuk lebih jimat tanpa perlu tukar baru beliau mengubah suai pintu pagar sedia ada dengan memasang aluminium panel saja.
DIY ubah pintu pagar sedia ada guna aluminium panel
Ambil idea dari group Tukang Apa Hari Ini, ubah pagar rumah standard pemaju dengan pasang aluminum panel. Nampak mewah dan jimat juga daripada tempah pagar baru sebab besi mahal sekarang. Paling penting hati wife berbunga sebab pagar rumah dah cantik.
Sebelum
1. Material menggunakan aluminium panel gate. Boleh di Shopee beli shopee. Harganya 5 kaki RM23. Boleh request seller potong ikut panjang kita nak.
2. Untuk lekatkan panel pakai skru untuk besi dan bracket untk lekatkan panel.
3. Kemudian boleh cat untuk tahan karat.
4. Design ada susun atur panel boleh ikut kreativiti. Ramai juga yang guna shera plank cuma agar berat.
Bila memandu jauh kita memang akan rasa mengantuk. Kadang-kadang tak dapat ditahan-tahan mengantuknya.
Bimbang mengalami microsleep ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan kita berhenti dan tidur seketika. Tapi tidur dalam kereta ini pun berisiko. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut seperti yang berlaku dalam kes 3 sekawan meninggal di Pulau Pinang kelmarin.
Ada yang kata, kalau nak tidur juga dalam kereta kena buka tingkap sikit tapi ini tetap tak mengurangkan risiko kematian akibat keracunan karbon monoksida.
Jadi bagi korang yang selalu tidur dalam kereta sebaiknya hentikan tabiat ini kerana membahayakan nyawa.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:
1. Masalah kebocoran ekzos
Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur dan ini akan meningkatkan risiko mati lemas.
2. Peningkatan karbon monoksida
Pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan kebocoran ekzos akan menurunkan paras oksigen dalam kereta.
3. Penurunan paras oksigen dalam darah
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Bahayanya kita tidak akan sedar kerana karbon dioksida tidak dapat dilihat atau mempunyai bau.
4. Buka tingkap pun bahaya
Walaupun dengan tingkap dibuka sedikit seperti yang selalu kita buat karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?
Ini kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
6. Jika mengantuk sangat
Sekiranya sudah tidak dapat meneruskan pemanduan kerana terlalu mengantuk, tutup enjin dan buka tingkap sekiranya mahu melelapkan mata dalam kereta.
Namun cara ini juga tidak selamat kerana anda terdedah kepada penjenayah yang mungkin mengambil kesempatan ketika anda tidur. Oleh itu cara yang terbaik adalah pastikan anda mendapat cukup tidur sebelum memulakan perjalanan.
Pokok bunga matahari ini kalau tanam di laman rumah memang berseri. Orang lalu lalang pun rasa geram melihatnya bila sudah berbunga.
Ramai yang teringin nak tanam bunga ini tapi tak tahu caranya. Jika nak cuba tanam boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Ardi Tani.
Cara semai biji benih bunga matahari
1. Sediakan biji benih. Biji ini dibeli menjual makanan haiwan (boleh juga cari di nurseri atau beli atas talian tapi jangan guna kuaci yang selalu kita makan kerana ia telah dimasak).
2. Letak 2 lapisan tisu, lembapkan.
3. Susun biji benih yang sudah dikupas.
4. Letak selapis lagi tisu di atas benih dan spray supaya basah lencun.
5. Tutup bekas simpan di tempat tak terkena cahaya.
6. Lepas dua hari boleh periksa biji benih.
7. Jika dah keluar ekor atau tanduk macam dalam gambar di bawah biasanya dah boleh letak dalam polibeg kecil atau pasu kecil semaian untuk pembesaran seterusnya.
Selepas 2 bulan disemai anak benih pokok bunga matahari biasanya akan berbunga. Pastikan cukup air dan baja.
Pokok bunga matahari mampu hidup 5-6 bulan dan mampu menghasilkan 20-30 kuntum bunga. Ketinggian pokok matahari mampu lebih 2 meter.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...