Ayam rebus ini tak macam biasa, tak Nampak macam direbus pun hasilnya. Tengok pun dah tahu sedap. Hidangan ini sesuai sangat buat yang berdiet, dalam tempoh berpantang, atau cuma nak masak lauk ringkas yang tak renyah.
Tak menggunakan minyak, bahannya cuma bawang putih, halia dan sedikit rempah tapi hasilnya wangi dan menyelerakan. Tambah pula dengan sayur rebus atau sambal kicap, memang cukup sebagai lauk lengkap untuk satu hidangan.
¼ ekor ayam bahagian peha
Seulas bawang putih – tumbuk
Sedikit halia – tumbuk
Sedikit garam
Chili flakes (ikut kepedasan)
Sedikit rosemary (jika suka)
Serbuk perasa atau chicken stock
Daun ketumbar (optional)
Sedikit sos tiram
1. Gaul ayam dengan bahan perap dan biarkan selama 30 minit supaya rasa lebih meresap.
2. Masukkan ayam dalam periuk dan tuang air paras ayam.
3. Rebus sehingga air hampir kering dan kuah menjadi sedikit pekat.
4. Taburkan chili flakes, rosemary, daun ketumbar atau apa sahaja hiasan pilihan. Siap untuk dihidang.
-Jika mahu ayam lebih berjus, gunakan api sederhana dan jangan terlalu lama merebus selepas air hampir kering.
-Untuk aroma tambahan, masukkan sedikit hirisan halia segar atau serai ketika merebus.
-Boleh juga tambah sayuran seperti brokoli, lobak merah atau kentang sekali dalam rebusan untuk hidangan lebih lengkap.
Sumber: Tuan Adriana Arissa
Baca: Ayam Bakar Mayones Paling Senang Nak Buat, Perap 30 Minit Pun Dah Sedap