Ayam rebus ini tak macam biasa, tak Nampak macam direbus pun hasilnya. Tengok pun dah tahu sedap. Hidangan ini sesuai sangat buat yang berdiet, dalam tempoh berpantang, atau cuma nak masak lauk ringkas yang tak renyah.
Tak menggunakan minyak, bahannya cuma bawang putih, halia dan sedikit rempah tapi hasilnya wangi dan menyelerakan. Tambah pula dengan sayur rebus atau sambal kicap, memang cukup sebagai lauk lengkap untuk satu hidangan.
Cara Buat Ayam Rebus Sihat & Sedap
Bahan Perap
¼ ekor ayam bahagian peha
Seulas bawang putih – tumbuk
Sedikit halia – tumbuk
Sedikit garam
Bahan Sampingan
Chili flakes (ikut kepedasan)
Sedikit rosemary (jika suka)
Serbuk perasa atau chicken stock
Daun ketumbar (optional)
Sedikit sos tiram
Ads
Cara Penyediaan
1. Gaul ayam dengan bahan perap dan biarkan selama 30 minit supaya rasa lebih meresap.
2. Masukkan ayam dalam periuk dan tuang air paras ayam.
3. Rebus sehingga air hampir kering dan kuah menjadi sedikit pekat.
Ads
4. Taburkan chili flakes, rosemary, daun ketumbar atau apa sahaja hiasan pilihan. Siap untuk dihidang.
Tip masak ayam rebus
-Jika mahu ayam lebih berjus, gunakan api sederhana dan jangan terlalu lama merebus selepas air hampir kering.
Ads
-Untuk aroma tambahan, masukkan sedikit hirisan halia segar atau serai ketika merebus.
-Boleh juga tambah sayuran seperti brokoli, lobak merah atau kentang sekali dalam rebusan untuk hidangan lebih lengkap.
Ramai yang suka makan hidangan mi, baik mi goreng, mi kari, mi sup dan sebagainya. Tapi satu perkara yang selalu buat spoil, iaitu bila mi kuning ini ada rasa kapur. Terus potong selera untuk makan bila terkena mi yang begini.
Supaya tak hidang atau makan mi begini sebaiknya kita buat langkah ini untuk hilangkan terus rasa kapur pada mi kuning. Caranya pun cukup mudah cuma guna gula saja. Dikongsi oleh Aliabangs berikut adalah caranya.
1. Leraikan mi dalam satu bekas yang besar.
2. Masukkan air sama ada air paip atau air bertapis tapi mesti suhu bilik.
3. Masukkan gula perang/ gula putih. Ini kuantiti gula untuk mi makan 20 orang. Jangan bimbang mi takkan kembang.
4. Rendam selama 15-20 minit.
6. Kemudian buang air, tos dan bilas lagi sekali.
7. Seterusnya boleh hidang atau masak, mi dah langsung tiada rasa kapur.
Ini pula air rendaman mi dengan gula tadi, kuning ya.
Boleh juga tonton video langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Alia.
Amalan gaya hidup kita yang kurang sihat pada hari ini dengan pemakanan tak dijaga, tinggi lemak dan kolesterol serta kurang bersenam meningkatkan risiko serangan jantung.
Jika dulu ia berlaku pada warga berusia, namun kebelakangan ini ia sudah mula dialami ramai golongan muda. Lebih menakutkan bila ia menyebabkan kematian mengejut. Antaranya selebriti Asyraf Sinclair.
Tak kira tua atau muda seharusnya kita mengetahui akan tanda-tanda serangan jantung ini yang sebenarnya sudah boleh dirasai sebulan sebelum ia terjadi.
Apabila arteri menyempit, jantung kita akan kekurangan banyak darah. Ia menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras daripada biasa hingga mengakibatkan tubuh penat dan mengantuk hampir sepanjang waktu.
Ketika tubuh kekurangan darah, paru-paru tidak mendapatkan bekalan oksigen seperti biasa. Kedua sistem ini bergantung antara satu sama lain. Jika selalu mengalami kesukaran bernafas, sebaiknya dapatkan rawatan doktor kerana kedua simpton ini menjurus kepada serangan jantung.
Apabila tubuh lemah, ia bermakna arteri semakin menyempit akibat perjalanan darah tidak lancar. Apabila otot-otot tidak mendapatkan apa yang diperlukan tubuh akan berasa letih.
Semuanya berkait apabila arteri semakin sempit, ia juga menyebabkan aliran darah ke otak terhalang mengakibatkan pening kepala. Sebab itu jangan ambil mudah rasa . Maka itu, jangan sepelekan rasa sakit kepala dan peluh dingin.
Ia mungkin berlaku dalam masa satu hingga dua minit. Anda mungkin juga turut berasa pening dan keletihan pada masa yang sama.
Gejala awal serangan jantung adalah ketidakselesaan pada bahagian dada. Sama ada berasa sakit atau dada rasa sempit.
Sekiranya anda atau pasangan anda mengadu melalui simptom-simptom di atas sebaiknya dapatkan nasihat doktor.
Bagi mereka yang nak turunkan berat badan, oat selalu jadi makanan pilihan walaupun tak sedap rasanya. Sebabnya ia adalah makanan yang mengenyangkan tapi pada masa yang sama dikatakan tidak akan menaikkan berat.
Tapi masalahnya sekarang ada pelbagai jenis oat yang dijual di pasaran salah pilih usaha diet dengan oat boleh jadi sia-sia. Lebih serius, kadar gula dalam darah pulak yang nak mencanak seperti info perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman.
Bagi anda yang mengamalkan oat, sila ikut panduan daripada doktor ini.
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Ada beberapa jenis yang popular, Instant, Quick dan flavoured. Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat tentang perkara ini. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan jenama oats popular, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%. Tiada beza langsung. Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini? Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.
Instant oats merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit. Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang Terengganu . Beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek, lepas tu masak atas dapur.
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis “steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah “KADAR PENYERAPANNYA.” Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah. Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air Coke dan Fanta berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendi, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan, selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk, walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts, kalau sanggup boleh makan oat groat itu boleh jadi lebih baik. Mungkin tidak hehe… Saya akan ceritakan lagi mengenai oats sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan.
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak!
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...