Surah al-Fatihah ialah surah pada permulaan al-Quran. Malah surah ini sangat penting untuk dihafal dan dibaca dengan tajwid betul kerana surah ini dibaca ketika solat.
Betapa indahnya pernikahan antara penyanyi Tasha Manshahar dengan pengalun zikir, Raqib Majid. Ketika itu Raqib telah mengalunkan bacaan al-Fatihah kerana ianya salah satu daripada mahar untuk Tasha sebagai pengantin perempuan.
Antara maharku buatmu @tashamanshahar. Sudah lama ku simpan hasrat untuk menghadiahkan bacaan surah Agung ini utk isteriku. tapi bacaanku td biasa2 saja. tiada yg istimewa. Perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru. Aku membaca tanda syukurku pada DIA menyatukan kita.
Cintai al-Quran sampai syurga
Kalimat2 inilah yang membesarkan aku & keluarga. Semoga kita terus mencintai Al-Quran sampai syurga . #raqibxtasha#alfatehah
Kakak mana yang tak bangga kan bila lihat keputusan macam ni kan. Malah netizen juga memuji pencapaian adik-adik Anzalna ini.
Tahniah @nazirahnasir97, tiada apa yang menggembirakan saya selain melihat kecemerlangan kamu dalam pelajaran. Ibu bapa kami selalu berpesan bahawa kecantikan takkan dapat membawa kita pergi jauh melainkan pendidikan.
Mereka juga mengajar kami supaya berada rendah diri tak kira berapa tinggi un kejayaan yang dikecapi.
Inilah Nazirah Nasir, adik Anzalna.
Ketika zaman universiti @afifahnasir, dia juga buat saya sebagai kakak berasa bangga dengan keputusan yang cemerlang sehinggalah dia menamatkan pengajian dengan sgulung ijazah.
Saya masih ingat dia belajar dari pagi hingga ke malam, sampai makan pun tolak tepi demi semata mata untuk belajar dan sekarang Maggie pun melalui fasa yang sama.
Ini pulak Afifah Nasir.
Saya memang bangga dengan adik-adik saya dan tak dinafikan itu semua diwarisi daripada ayah. Saya memang pandang tinggi pada ayah. Segala penjacapaiannya dalam hidup memang membanggakan saya. Memang betul apa yang orang kata tentang dirinya. Bijak tapi merendah diri. Tahniah ayah atas buku terbaru tulisan ayah.
Beauty with brain, antara kata netizen. Menurut pelakon ini, pencapaian ini sebenarnya turut diwarisi daripada latar belakang bapanya Prof. Dr Mohd Nasir yang juga seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Terima bil elektrik yang tinggi setiap bulan memeningkan. Apatah lagi kalau mencecah lebih RM200, kos ini dah tentu menjejaskan perbelanjaan lain.
Untuk mengurangkan bil elektrik ini mahu tak mahu memang kita kena ubah apa yang kita lakukan sekarang. Dan perubahan ini pun sebenarnya bukanlah yang susah untuk dilakukan.
Seperti yang dikongsi oleh Mehmed Aezhad, hanya sedikit tindakan dan perubahan, iaitu tutup suis barang elektrik yang tak digunakan, bil api kediamannya berjaya dikurangkan. Pengurangannya pula lebih daripada separuh, dari RM208.90 kepada RM36.60. Ini yang beliau lakukan.
1. Aircond
Hanya buka 30 minit sebelum tidur dan tutup bila bilik dah sejuk.
Siang memang tak buka aircond.
2. Wifi
On Wifi bila nak guna sahaja. Nak tidur tutup.
3. Lampu
Sebelum tidur tutup semua lampu rumah biar gelap. Lagi gelap lagi senang nak tidur.
4. TV
Aku bukan kaki tengok TV. Tengok Netflix pun dekat laptop itupun jarang (kat sini dah jimat elektrik juga).
5.Plug
Disebabkan pakai MBP (Macbook Pro), sekali caj bateri tahan 12-18 jam.
So, caj 2 jam-3 jam dan tutup suis plug.
6. Tidur rumah orang lain
Weekend balik rumah family or tidur rumah kawan (sesuai untuk yang bujang je ya)
Hasil penjimatan tengoklah bil ni
Tip Ekstra
Tutup kipas, lampu, tv di ruang yang tiada orang
Cabut plug barangan elektrik selepas digunakan
Beli barang elektrik yang ada label 5 bintang, produk ini direka untuk menjimatkan penggunaan elektrik
Dalam kita membuat persediaan menyambut hari raya Aidiladha lusa harapnya kita tidak terlupa bahawa esok 9 Zulhijjah juga merupakan Hari Wukuf atau Hari Arafah buat yang mengerjakan jemaah haji.
Pada hari ini semua jemaah haji yang berada di Makkah akan berkumpul di Arafah yang menjadi kemuncak ibadah haji. Terdapat banyak ganjaran yang termaktub dalam al-Quran tentang hari Arafah ini.
Keistimewaan
1. Diluputkan dosa setahun dan dosa pada tahun akan datang
Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat kerana ganjaran yang cukup besar. Diriwayatkan dalam sebuah hadith:
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
“Berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
2. Doa paling mustajab
Pada hari ini juga ambil kesempatan menadah tangan memohon doa kerana hari wukuf adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.
Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)
Kelebihan lain
Dalam pada itu adalah lagi 5 kelebihan pada hari Arafah yang perlu kita rebut dan juga pada masa yang sama hayati peristiwa di sebaliknya.
3. Hari Arafah adalah rukun daripada haji
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]
4. Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna
Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]
5. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
6. Hari Arafah adalah Hari Penyaksian
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]
7. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...