Sebaik berita Puteri Sultan Johor ini akan bernikah dengan jejaka dari Belanda Dennis Muhammad Abdullah diumumkan ramai yang membayangkan bahawa majlis perkahwinan diraja ini akan berlangsung penuh gilang gemilang.
Paling ditunggu sudah tentu penampilan Tunku Tun Aminah Iskandariah. Dengan status puteri raja dan beliau sendiri dilihat sebagai fashionista rata-rata membayangkan busana yang disarung pada hari bahagianya itu mewah dan gah sekali.
Namun 14 Ogos lalu pada hari pernikahan dan persandingannya Tunku Tun Aminah membuat kejutan yang cukup manis sekali bila tampil dengan persalinan pengantin yang begitu sederhana, jauh dari jangkaan kita semua.
Mengenakan busana tradisi Johor baju kurung Teluk Belanga, penampilan Tunku Tun Aminah yang ringkas itu nyata jadi bualan netizen hingga ke hari ini.
Ternyata pemilihan busana tersebut itu juga ada ceritanya yang tersendiri.
“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.
Ads
“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya.
“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah dalam satu wawancara bersama The Royal Johor Press.
Busana tersebut jadi pilihan puteri ini untuk istiadat pernikahan, persandingan malah bersiram.
Ads
Lengan baju kurung dilipat
Selain penampilan sederhana, ada satu lagi perkara menarik tentang baju kurung Teluk Belanga yang dikenakan oleh puteri tunggal Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah ini.
Ads
Bahagian lengan baju kurungnya dilipat hingga kelihatan agak senteng. Ramai wanita perasan akan perkara ini malah tertanya-tanya kenapa.
Kalau diperhatikan ciri yang sama juga ada pada busana perkahwinan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan Enche’ Besar Kalsom Abdullah (foto lama).
Bukan sesuatu yang baru, pemakaian baju kurung lengan lipat itu sebenarnya merupakan satu gaya dan elemen pada busana Johor asli. Malah lengan lipat ini juga turut diaplikasikan oleh lelaki Johor ketika mengenakan baju melayu Teluk Belanga.
Ada yang berasa janggal melihatnya, namun gaya tersebut cukup indah dikenakan oleh seorang puteri malah ramai yang memuji keputusan Tunku Tun Aminah memilih busana tradisi Johor ini pada hari perkahwinannya yang sekali gus mengangkat budaya negeri itu.
VK juga jangkakan stail baju kurung Teluk Belanga lengan lipat yang dikenakan Tunku Tun Aminah ini menjadi ikutan wanita bukan setakat di negeri Johor saja selepas ini.
Kredit foto : Facebook The Royal Johor & Johor Southern Tigers
Sejak menjadi juri Gema Gegar Vaganza musim lalu, Oki Setiana Dewi semakin dikenali di negara ini.
Kemudian tersebar juga video menusuk kalbu bertajuk Suamiku Tidak Mencintaiku yang diceritakan Oki turut jadi viral sekali gus menambahkan bilangan peminatnya di sini.
Malah dengan penampilan Muslimah sejati, pelakon yang memegang watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih ini pantas mendapat tempat di hati kita.
Sesuai dengan imejnya juga pereka fesyen untuk fesyen berhijab penampilan Oki, 29 tahun ini sebenarnya boleh menjadi ikutan Muslimah di Malaysia.
Bertudung litup, namun ibu kepada dua anak ini cukup stailo. Tak hairanlah kalau di instagram pengikutnya mencecah 4.8 juta orang.
Jom kita tengok gaya-gaya Oki yang sentiasa sopan sejuk mata memandang.
Umum sudah mengetahui, pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam telah selamat melahirkan anak ke-5 secara caesarean pada18 Julai 2018, jam 8.20 pagi.
Jika dilihat pada gambar-gambar melalui instagram, memang nampak badannya berisi. Maklumlah tengah mengandung. Namun, selepas melalui tempoh berpantang, Rebecca kembali ke bentuk tubuh asalnya.
Walaupun semua anaknya lahir secara caesarean, namun Rebecca membuktikan bahawa berat badan boleh kembali kepada asal.
Dari 74 kg kepada 58 kg
Assalammualaikum Followers ❤️Hari Ini,Hari Ke 43 Mummy Becca Dalam Confiment day/hari Berpantang…ini curi2 kuar sekejap Sebab ada Meeting kat office jap?x dpt diElakkan? hehehe Esok Hari ter Akhir tau Mummy Becca Akan Berpantang yeayyy??Wohooo Lepas tu “MERDEKA”?…
btw,Alhamdulillah daripada 74kg Dalam masa 30 hari Mummy becca dah berbalik pada Berat Asal 58kg ?Mummy Becca Nak Share dgn semua Followers TerSayang #RahsiaBeccaKurus #BeccaSecret Nak tahu tak???
Mummy becca skrg rasa sgt Sihat bertenaga tau “Alhamdulillah”..Walaupun Semua Anak Mummy becca berSalin Melalui proses Pembedahan tau?Dan Mummy becca Rasa Sgt2 Lah FRESH…perut pun semakin kempis,Pinggang semakin wowww? Lemak Di Peha Pun Dah Tak Ada?Dan Yg Paling Penting Mood Sentiasa Positive ? .
Sempat posing dulu sebelum pergi kerja
Assalammualaikum Everyone ❤️Happy working on Thursday,Today #30082018 Mummy becca last day Hari Berpantang?✌️dan Esok Merdeka day “Mummy Becca Pun Merdeka” yeayyy?But apa kan daya kerja memerlukan Saya hari ini??So pagi tadi Sebelum Keluar Mummy becca sempat posing dulu?Maklumlah Nak bagi semangat Dekat Semua “WANITA” diLuar Sana yg rasa Diri kurang berkeyakinan diSebabKan Masalah KeGemukan Atau sebagainya… mana tahu Ramai yg Ingin Kurus mcm Mummy becca❤️Yg penting Kurus dan SIHAT ok?Don’t Worry Mummy becca kan ada?✌️ .
Lemak dalam badan buat kita letih
Lemak Dalam Badan Yg Buat Kan Kita Rasa Letih,Tak Sihat,Malas Dan Secara Tak Langsung Kalau Badan kita Gemok Dan Banyak Lemak…Mood kita jadi Negative,Muka kita Jadi cepat nampak tua,Dan Tidak glowing,Di Sebabkan Lemak Dalam Badan Dah BerTepu?♀️
5 anak, semua beranak caesarean
Tengok ni Badan Mummy Becca,Anak Mummy Becca Dah 5,Semua Anak Beranak Ceaser Plak Tu?Tapi #mummybeccadahtutupkilanganaktau .
Ini Badan Mummy Becca selepas 44 hari beranak From 75kg dan now Mummy Becca dah balik ke Berat yg Asal 58kg ❤️Alhamdulillah.
Seronok tengok gambar pelakon Zizie Izette bercuti di Santorini, Greece. Turut membawa anak kembarnya Aadam Zac dan Aaleph Zeke ke sana, isteri kepada Datuk Bung Mokhtar ini juga berkongsi foto-foto percutiannya yang khabarnya selama sebulan di instagram.
Selain baby kembar yang comel apa yang turut menarik perhatian adalah penampilan Zizie selama di sana. Dengan bentuk badan yang semakin langsing dia nampak cukup cantik sekali.
Tapi sebenarnya tak hairan jika Zizie tampil goergeous sebab katanya baju-baju yang dipakai ketika bercuti kali ni kebanyakannya ditaja designer lagi. #jeles ok!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...