Baki Limau Jangan Biar Kecut Di Rak Peti Sejuk. Simpan Begini Supaya Tahan Lama, 3 Minggu Pun Elok Lagi

Share

 

Biasa dalam peti sejuk di rumah mesti ada terselit di bahagian rak baki limau nipis atau limau purut yang kecut dan kering. Guna sehiris kemudian baki tak tahu nak simpan macam mana jadi kita letak begitu saja dekat rak peti sampai kecut.

Foto Facebook Ezmee Azuan

Lepas ini boleh guna cara yang dikongsi oleh Yatie Eimra

untuk simpan baki limau yang tak habis digunakan. Harga limau pun mahal, rugi kalau dibiarkan kering macam tu saja.

Cara simpan limau nipis supaya tak kecut dan membazir

Limau nipis ni kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga. Apa kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran.

Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer begini sebab tahan lama & tak membazir. Caranya;

  • Lepas potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali juga. Lagi mudah kalau buang biji terus.
  • Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejuk beku).
  • Bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna & biarkan kejap pada suhu bilik. Kalau nak cepat, rendam kejap dalam air panas sebelum guna. Setel.

Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu, saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.

Semoga bermanfaat

Sumber: Yatie Eimra

IKLAN