Sudah jadi rutin kebiasaan kaum ibu sejak dari dulu lagi tabur bedak pada bayi selepas mandi.
Kalau tak buat macam tak lengkap pula dan ada juga yang membuat tanggapan ibu yang tak ‘membedakkan’ bayi adalah ‘ibu pemalas’.
Tapi sebenarnya ramai ibu tak tahu penggunaan bedak pada bayi tidaklah digalakkan sebab ia boleh menimbulkan kemudaratan terutama buat bayi yang mempunyai masalah berat badan kurang.
Malah sebelum ini juga ada syarikat pengeluar jenama barangan bayi yang disaman akibat bedak yang digunakan dikatakan menjadi punca seorang wanita mengalami kanser ovari.
Namun untuk anak kecil, kesannya berbeza. Baca perkongsian daripada Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang risiko penggunaan bedak pada bayi.
Ads
Elok ke guna bedak pada bayi?
Ramai para ibu yang menggunakan bedak pada bayi mereka selepas dimandikan. Tujuannya agar bayi menjadi lebih wangi, lebih segar dan bagi mengelakkan ruam pada kulit.
Namun begitu saya mencadangkan agar menggunakan bedak bayi dengan cara yang betul. Jika tidak bedak bayi boleh mendatangkan kemudaratan.
American Academy of Pediatrics tidak menggalakkan penggunakan bedak bayi kerana ia boleh mendatangkan masalah berkaitan dengan pernafasan.
Ramai para ibu yang tidak menyedari hal ini. Mereka tidak menyedari jika digunakan dengan banyak boleh menyebabkan bayi terhidu bedak ini.
Bahaya terhidu berterusan
Bedak merupakan partikel yang kecil dan halus seperti debu. Jika terhidu (walaupun sedikit) secara berterusan setiap hari, ia boleh menyebabkan batuk, selesema malah menyebabkan paru-paru mudah berlendir.
Ads
Terutama jika bayi mengalami masalah seperti berat badan yang kurang ketika dilahirkan, lahir pramatang, mengalami masalah pernafasan akibat masalah jantung dan paru-paru sejak lahir.
Malah ada kalanya bedak bayi boleh menyebabkan alahan pada kulit bayi kerana bedak itu memerangkap peluh pada kulit. Jika tidak dibersihkan segera ia akan menyebabkan bayi mengalami ruam dan rasa gatal.
Walaupun bedak bayi digunakan bertujuan untuk mengurangkan ruam dan alahan, ia harus digunakan dengan betul. Pilih bedak bayi yang sesuai.
Cara guna bedak yang betul
Pilih bedak bayi yang tidak memiliki bau yang terlalu kuat.
Jangan menepuk-nepuk bedak bayi menggunakan kapas atau puff powder, kerana dapat membuat partikel bedak berterbangan dan boleh menyebabkan senang masuk ke dalam rongga pernafasan.
Bila bedak bayi menyebabkan kemerahan dan rasa gatal pada bayi, atau menyebabkan bayi mengalami selsema dan batuk, hentikan penggunaannya.
Banyak lagi cara mengurangkan ruam pada bayi seperti menggunakan pakaian yang longgar dan lembut, dan perbaiki pengudaraan dalam bilik menggunakan kipas.
Kulit bayi sememangnya sangat lembut dan wangi. Mengapa perlu diletakkan bedak lagi?
Selain nugget, sosej juga adalah makanan kegemaran anak. Tapi yang ada di pasaran kita tahu tak berapa sihat kerana kandungan pengawet, perasa tambahan, selain lemak yang tinggi.
Ramai ibu bapa yang melarang makanan untuk anak-anak tapi kesian juga kalau anak teringin nak makan. Jadi cara terbaik adalah buat sendiri. Homemade sosej versi sihat tanpa pengawet, perasa tambahan malah boleh letak sayur dan bahan lain yang kita suka.
Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yang penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. #markitchen
Bahan-bahan:
500 gram isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (jika suka)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut cita rasa (lobak merah, daun sup, mushroom)
Cream cheese (jika suka, gantikan dengan cheese lain pun boleh)
Tepung ubi (agak-agak)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).
2. Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).
3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.
4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.
5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.
6. Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.
Harga barang dapur sekarang makin lama makin naik. Kalau ada yang boleh kita DIY sendiri eloklah buat sendiri untuk jimatkan belanja dapur.
Antara stok bahan makanan yang kita selalu guna dan boleh kita buat sendiri adalah sos cili. Kalau buat sendiri memang boleh jimat banyak. Dengan modal lebih kurang RM5 kita boleh dapat 3 botol sos cili. Kalau beli sebotol saja lebih kurang RM3.50.
Buat sendiri sos cili Thai homemade, modal RM5 dapat 3 botol
Dengan modal RM5 dapat 3 botol (kecil) sos cili thai homemade. Botol sos cili saya recycle,basuh bersih, buang label, simpan sos cili Thai homemade. jimat
Di sini saya sertakan resepi, mana tau kaum isteri nak jimat kos ,boleh buat stok sendiri
Bahan kisar
*5 biji cili besar merah buang biji
*4 biji cili padi merah tak yah buang biji
*5 ulas bawang putih
*1/3 cawan air
Kisar bahan tapi tak perlu hancur sangat
Bahan lain
Sedikit cuka makan
1 hingga 1 1/2 cawan gula (ikut tahap kemanisan sendiri pada sos tu)
Secubit garam
3 sudu makan tepung jagung + sedikit air (bancuh)
2 cawan air
Cara membuat:
1. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tambahkan 2 cawan air. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan cuka, gula, garam. Kacau sebati sampai gula hancur.
3. Selepas gulan hancur masukkan bancuhan tepung jagung. Biar mendidih sampai sos berkilat.
4. Dah siap. Sejukkan dulu kemudian barulah simpan dalam botol dalam masuk peti ais.
Masalah jeragat dan whitehead hampir semua orang mengalaminya. Kalau buat rawatan nak hilangkan masalah ini di spa sekarang memang agak mahal juga.
Tapi orang tua kita dulu memang ada saja petua yang murah dan berkesan untuk menyelesaikan masalah termasuklah untuk jeragat dan whitehead ini.
Dikongsi oleh Marina Saringat cara orang dulu-dulu mengurangkan jeragat dan whitehead ini hanyalah menggunakan limau dan juga tepung. Malah beliau sendiri mengamalkan petua ini dan hasilnya memang berkesan, flawless jadinya.
Petua pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead
Actually ini petua orang dulu-dulu. Tapi saja flashback untuk korang sejak belajar and dapat petua ini dari ibu ibu.
Tip ini sangat mudah dan senang saja nak cari bahan-bahannya. Tapi apa pun petuanya, mestilah kena KONSISTEN gais. Caranya;
1.Sediakan bahan berikut;
– Sebiji buah limau kasturi.
– Satu sudu kecil tepung gandum
2. Perahkan jus limau dan campurkan ke atas tepung. Gaul sebati dua bahan ini .
3. Kemudian tepek lembut lembut pada muka tapi pastikan sebelum itu bersihkan muka terlebih dahulu. Basuh selepas 15 minit.
3. Amalkan 3 kali seminggu dan konsistenkan pemakaian. Hasilnya nanti whitehead berkurangan, jeragat memudar plus lama-kelamaan kulit jadi bersih.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...