Pasti menjadi satu kebangaan dan kepuasan bagi mereka yang hobi berkebun apabila tanaman yang ditanam membuahkan hasil.
Salah satu sayuran mudah ditanam adalah bendi dan anda sebenarnya hanya boleh menanam guna polybag sahaja.
Namun begitu ada SOP tertentu yang perlu diikuti jika mahu mendapat hasil tanaman. Perkongsian ini boleh dijadikan panduan terutama bagi mereka yang baru mula bercucuk tanam.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.

3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.

5. Letak di tempat redup tetapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6 in 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.

Info Tambahan:
Kalau mahu berbuah rendah dan berbuah, pangkas pucuknya. Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.

Semoga bermanfaat.
Sumber: Lebai Kudin
Artikel berkait:
Mudahnya Tanam Bendi, Senang Jaga & Makan Tak Habis
Cara Mudah Tanam Asparagus Makan Sampai 30 Tahun