Di rumah kita mesti ada banyak bekas-bekas plastik yang kita dapat bila beli atau bungkus makanan. Sampai banyak sangat tak tahu nak buat apa. Sudahnya kita buang.

Bagi yang suka bercucuk tanam, bekas bekas makanan ‘tipuware’ ini sebenarnya berguna untuk tanaman hidroponik. Untuk yang baru berjinak-jinak belajar tanam sayur pun elok juga. Tak perlu keluar modal sangat beli pasu, polibeg dan sebagainya.

Caranya dikongsi oleh pengguna Facebook D’ Pro A’Nas

Guna semula bekas makanan ‘tipuware’ untuk tanam sayur

Bahan- bahan yang diperlukan:

  • Bekas makanan (guna botol air mineral pun boleh)
  • Kain mikrofiber atau apa-apa kain yang boleh menyedut air.
  • Cocopeat (hampas sabut kelapa) boleh beli di nurseri
  • Soldering Ion – untuk membuat lubang
  • Alumium Foil atau cat
  • Anak Pokok

Cara membuat

1. Ambil bekas makanan, boleh guna pelbagai saiz. Ikut nak besar mana.

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

2. Buat lubang menggunakan soldering iron di bahagian bawah untuk masukkan mikrofiber bagi menyerap air. Buat juga lubang pada sekeliling bekas makanan seperti gambar di bawah. 

IKLAN

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah
Soldering iron

3. Kemudian masukkan cocopeat dan juga anak benih sayur. Boleh juga terus semai benih atas cocopeat. Dah tanam anak benih kemudian siram.

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

IKLAN

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

3. Cari satu lagi bekas untuk isi air dan letak bekas makanan berisi anak benih yang dah berdaun empat di atasnya. Pastikan kain masuk dalam air.

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah4. Balut bekas makanan yang transparent supaya tak berlumut bila kena cahaya matahari. Boleh juga dicat.

IKLAN

Bekas Makanan ‘Tipuware’ Pun Boleh Buat Tanam Sayur.  Guna Cocopeat & Sumbu, Tak Perlu Siram Dah

Sistem semaian hidroponik guna cocopeat sistem sumbu/wick ini juga memudahkan kita kerana tak perlu disiram setiap hari.

Sumber: D Pro A’Nas

 

Selain itu:  Cara Tanam Pokok Selom Dalam Kotak Polisterin, Sebulan Saja Dah Merimbun Hasilnya
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI