Tanyalah mana-mana pemandu wanita, antara perkara yang ditakuti bila sedang memandu adalah lampu E menyala sedangkan belum sampai ke destinasi.

Boleh berpeluh dalam ‘aircon’ dibuatnya kerana memikirkan minyak dalam tangki sudah pun hampir kosong.

Sebenarnya kalau anda tahu jarak sebenar jumlah minyak dalam tangki boleh bertahan bila lampu E berkelip anda takkan kalut lagi.

Jawapan yang dicari ada pada buku manual kereta anda.

Berapa Jauh Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala? Jangan Panik Maksud E Bukan ‘Empty’

Ads

Apa berlaku bila lampu E menyala

  • Amaran baki minyak kurang

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter.

  • Berkelip makin laju kalau

Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.

  • Bila melepasi ‘E’

Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin.

Ads

Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

  • E bukan bermaksud Empty

Ia bermaksud Enough. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km. Tambahan lagi 10 km jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa.

Ads

Sekarang anda boleh bertenang bila lampu E menyala ok!

Sumber:   Pero Dua Sandakan Sabah & Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib

Baca: Kereta Kuat ‘Makan’ Minyak, Puncanya Mungkin Dari Sensor Ini

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI