Kereta kuat makan minyak, memang buat kos kita meningkat. Kalau dulu isi RM50 boleh tahan 4 hari, sekarang dua hari dah hampir ke E.
Bila rasa perubahan kereta begini sebaiknya pergi ke bengkel untuk pemeriksaan. Menurut ZAM Auto Accessories masalah ini mungkin berpunca daripada sensor kerana yang tidak berfungsi dengan baik. Boleh baca penjelasan beliau tentang perkara ini.
Punca kereta kuat makan minyak, check sensor ini
Kereta kuat telan minyak? Mungkin puncanya datang dari sensor-sensor yang dah mula buat hal. Sensor ini kecil saja tapi impaknya besar!
Berikut adalah lima sensor penting yang sebenarnya main peranan besar dalam penjimatan minyak kereta:
Ads
1. Oxygen Sensor (Sensor Oksigen)
Sensor ini mengira baki oksigen dalam asap ekzos. Kalau rosak, campuran minyak-angin lari. Terus enjin guna minyak lebih dari biasa. Bila campuran tak betul, kereta pun jalan ‘semput’.
2. Mass Airflow Sensor (MAF)
Alat ini pula ukur berapa banyak udara masuk ke dalam enjin. Kalau bacaannya salah, ECU pun akan jadi keliru nak campur minyak banyak mana. Hasilnya, minyak banyak terbazir sebab pembakaran tak sempurna.
Ads
3. Throttle Position Sensor (TPS)
Sensor ini memantau bukaan pedal minyak. Bila tekan minyak, sensor ini beri signal. Kalau rosak, ECU akan menyangka pedal minyak ditekan kuat padahal tidak. Jadi minyak pun ikut terbakar lebih.
4. Fuel Pressure Sensor
Sensor ini menjaga tekanan minyak dalam sistem. Kalau tekanan ‘lari’, minyak masuk tak ikut sukatan betul. Enjin pun mula telan minyak berlebihan.
5. Temperature Sensor (Sensor Suhu Enjin)
Alat sensor ini mengukur suhu air dalam enjin. Bila rosak, sistem fikir enjin belum panas, padahal dah lama hidup. Ini menyebabkan minyak dibazir untuk “panaskan enjin” yang sudah pun panas.
Ads
Kesimpulannya sensor-sensor ini walaupun nampak remeh, namun ia berfungsi untuk jaga penggunaan minyak. Kalau semua dalam keadaan tip top, minyak pun akan jimat!
Toreh Batang Ubi Kayu Sebelum Tanam Barulah Hasil Ibu Banyak
Bagi yang suka bercucuk tanam di rumah, ubi kayu antara yang selalu ditanam kerana mudah. Cucuk saja batang ubi ke tanah Insya-Allah tumbuh.
Ada juga yang tanam mengiring. Cara ini memang betul cuma hasil ubinya sikit.
Tapi kalau nak dapat ubi yang banyak sampai bertingkat-tingkat, kita ikut cara yang katanya dipraktikkan oleh petani dari Thai. Cuma toreh sikit batangnya.
Toreh batang ubi kayu sebelum tanam
Potong batang ubi kayu kepada beberapa bahagian. Sebelum toreh pastikan tunas ubi menghala atas.
2. Kemudian toreh sedikit batang ubi kayu, buang kulitnya. Boleh kikis juga supaya kulit ubi kayu tak tumbuh.
3. Buat 4 hingga 5 torehan ada satu batang benih ubi untuk isi yang lebih banyak. Bahagian yang ditoreh inilah akan mencambahkan akar dan seterusnya menghasilkan ubi.
4. Kemudian boleh tekan atau tanam batang ubi yang sudah ditoreh ke dalam tanah. Pastikan bahagian ditoreh tenggelam dalam tanah.
5. Jarakkan 2 kaki antara setiap benih ubi yang ditanam. Inilah rupanya akar atau ubi yang terbentuk dari tempat yang ditoreh.
6. Sebaiknya sebelum tanam ubi buat batas supaya senang digembur, ini juga antara faktor membantu ubi banyak isi. Selain itu senang digali untuk ambil hasil.
7. Ubi kayu boleh dituai atau gali selepas 6-8 bulan.
Harga rumah macam mana layak beli kalau gaji cuma RM3000 sebulan? Ada ke rumah yang mampu dibeli? Macam mana nak kira?
Sememangnya untuk membeli rumah kena lihat kepada kemampuan diri. Agar dapat merancang pembelian kediaman yang sesuai buat anda yang berpendapatan RM3000 sebulan boleh gunakan cara ini untuk melihat harga rumah yang sesuai.
Cara kira harga rumah yang layak dibeli dengan gaji RM3000
1) Kira ansuran bulanan yang mampu daripada gaji kasar
Contoh: Gaji kasar RM3K x 30/100 = RM900
Pastikan ansuran bulanan tak lebih 1/3 daripada gaji kasar
2) Kira anggaran harga rumah yang layak dengan Rule of 200
Contoh: ansuran rumah untuk gaji RM3K tadi RM900.
RM900 x 200 = RM180K (harga rumah yg sesuai)
Nota: Pengiraan ini kiraan secara kasar. Untuk jumlah yang lebih tepat ejen hartanah atau pihak bank akan kirakan.
Bila dah tahu harga rumah yang layak. Pastikan tahu juga credit report kita macam mana.
Selalunya bank akan kira nilai DSR pemohon. Setiap bank ada had DSR sendiri. Contoh kalau gaji RM3K DSR tak boleh lebih 60%.
Kedua, check CCRIS.
Sebab bank akan tengok semua di bawah ini sebelum meluluskan pinjaman:
– Semua pinjaman/kredit tertunggak
– Akaun perhatian khusus (SAA)
– Permohonan kredit yang dah lulus atau diproses dalam tempoh 12 bulan
Pokok pudina antara yang selalu ditanam di rumah. Tapi nak tanam pokok ini tak mudah kerana selalu tak stabil bila ditanam menggunakan batang. Mudah beralih bila disiram kerana batangnya yang lembut dan kecil.
Salah satu tip yang dikongsi untuk memastikan keratan dari pokok pudina lebih kukuh adalah dengan menggunakan teknik lingkaran seperti yang dikongsi oleh Rina Kefele.
Buat lingkaran sebelum tanam
1. Kerat batang pokok pudina, ambil yg hujung-hujung yang dah berjurai.
2. Sediakan bekas dan tanah hitam.
3. Buang daun dan bentuk jadi melingkar macam ni.
4. Buat beberapa batang.
5. Masukkan bahagian yang dilingkar dalam tanah dan timbus.
6. Kemudian letak di tempat redup. Teknik buat pokok jadi kukuh. Kalau disiram tak lari.
7. Ini usia seminggu. Langsung tak layu.
Ini pokok pudina yang dah 2 bulan tanam guna kaedah lingkar. Boleh juga gunakan teknik yang sama untuk tanam pokok sirih.