Bilik Air Bau Busuk & Ada Lipas, Letak 2 Bahan Ini. Confirm Wangi, Lipas Pun Lari

Share

Masalah bau busuk dan kehadiran lipas dalam bilik air memang biasa. Tapi keduanya memang boleh buat kita segan terutama kalau ada tetamu berkunjung di rumah.

Kalau dah sembur pewangi dan semburan untuk serangga tapi tetap ada bau dan lipas menjalar apa kata kita buat sendiri penyelesaiannya.

Dikongsi oleh Azlin Alias di TikTok beliau berkongsi cara untuk mewangikan bilik air di samping menghalau lipas.

DIY pewangi bilik air & penghalau lipas

Tips jimat namanya. Insya-Allah bilik air sentiasa wangi dan ubat gegat untuk halau lipas pun tak cepat kecut.

Bahan-bahan:

1. Pelembut pakaian

2. Ubat gegat (klik SINI

kalau nak beli online)

3. Bekas lilin atau bekas kosong yang bersesuaian

Caranya

1. Letak ubat gegat dalam bekas dan tuang pelembut pakaian

2. Kemudian boleh terus letak di penjuru bilik air. Bilik air akan berbau wangi dan masalah lipas setel.

Nota: Jika ada ahli keluarga yang alah pada bau ubat gegak, tak digalakkan.

@ciklynalias Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut. Sharing is caring ✌️ #tipspewangibilikair #bilikairkekalwangi #ciklynalias ♬ original sound – Azlin Alias 💕

 

IKLAN