
Masalah bau busuk dan kehadiran lipas dalam bilik air memang biasa. Tapi keduanya memang boleh buat kita segan terutama kalau ada tetamu berkunjung di rumah.
Kalau dah sembur pewangi dan semburan untuk serangga tapi tetap ada bau dan lipas menjalar apa kata kita buat sendiri penyelesaiannya.
Dikongsi oleh Azlin Alias di TikTok beliau berkongsi cara untuk mewangikan bilik air di samping menghalau lipas.
DIY pewangi bilik air & penghalau lipas
Tips jimat namanya. Insya-Allah bilik air sentiasa wangi dan ubat gegat untuk halau lipas pun tak cepat kecut.
Bahan-bahan:
1. Pelembut pakaian
2. Ubat gegat (klik SINI kalau nak beli online)
3. Bekas lilin atau bekas kosong yang bersesuaian
Caranya
1. Letak ubat gegat dalam bekas dan tuang pelembut pakaian
2. Kemudian boleh terus letak di penjuru bilik air. Bilik air akan berbau wangi dan masalah lipas setel.
Nota: Jika ada ahli keluarga yang alah pada bau ubat gegak, tak digalakkan.
@ciklynalias Tips jimat namanya. Insyaallah bilik air sentiasa wangi Dan ubat gegat tu Tak cepat kecut. Sharing is caring ✌️ #tipspewangibilikair #bilikairkekalwangi #ciklynalias ♬ original sound – Azlin Alias 💕
Bomba Pesan Elak Buat 3 Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah

Bila terbaca kejadian ular masuk rumah, bersembunyi bawah katil, celah tandas atau dapur memang menakutkan kita. Tapi pada masa yang sama ia memberi kesedaran supaya kita lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa ini.
Supaya haiwan ini tidak masuk di rumah atau berlindung di kawasan kediaman kita ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan;
1. Bersihkan longgokan sampah
Elak kawasan rumah sama ada dalam atau luar rumah ada longgokan sampah, barang-barang terbuang, daun kering dan sebagainya. Lokasi ini berpotensi jadi tempat perlindungan ular. Tempat sejuk dan kering begini memang jadi kesukaan haiwan ini.
2. Pangkas tanaman yang merimbun
Tanaman merimbun seperti pandan berpotensi menjadi tempat persembunyian ular tanpa kita sedari. Jika ada tanaman begini, kemaskan jangan biar merimbun. Tebas juga semak samun yang ada sekitar rumah.
3. Tutup lubang yang ada di rumah
Lubang saliran, bumbung juga berpotensi menjadi laluan masuk ular ke dalam kediaman. Perasan tak, nenek-nenek kita dahulu tutup lubang bawah pintu dengan kain atau lidi penyapu, tujuannya untuk menghalang ular dari masuk rumah. Begitu juga pada bahagian bumbung. Ia antara tempat atau lalun masuk ular juga.
4. Pastikan rumah sentiasa harum
Sifat ular tak suka akan bau-bau yang menyegat kerana ia akan mengancam deria baunya. Bila deria bau ular tercemar, ia akan sukar untuk mengesan keadaan persekitarannya .
5. Bersih dari tikus dan katak
Ular bukanlah binatang yang bersarang. Ia akan beralih mencari tempat yang ada sumber makanannya, jadi pastikan kediaman anda tiada ada stok makanan ular seperti tikus dan katak. Lagi banyak tikus dan katak di kediaman, lebih lama ulara akan berada di situ. Bila sumber makanan dah habis, baru ular berpindah ke tempat lain.
6. Pelihara kucing
Ular akan menghindari haiwan-haiwan yang suka mencakar seperti ayam, kucing dan sebagainya. Kerap kali kita lihat kucing berlawan dengan ularkan? Selalunya kucing yang menang. Namun ia bergantung kepada saiz ular yang menyerang. Tapi paling tidak, kucing kita boleh beri amaran kalau dia tak berupaya untuk lawan ular tersebut.
7. Gertak ular
Ular akan terasa terancam apabila ia diganggu. Bila terlalu kerap ancaman, ia akan tidak berasa selesa dan akan segera kaluar dari kawasan rumah. Gunakan alat seperti mesin rumput, blower dan sebagainya di kawasan yang anda rasa berpotensi menjadi kawasan perlindunggan dan sarang ular. Itu antara kaedah untuk gertak ular yang mudah untuk anda cuba.
8. Tabur sulfur/ belerang
Ada orang kata petua ini hanya mitos namun ada juga yang kata berkesan. Tabur saja keliling kediaman dengan serbuk belerang ini. Ia boleh dibeli di kedai hardware tapi ketika menabur pakai sarung tangan sebab sifat sulfur yang panas boleh merosakkan kulit yang tersentuhnya.
Kalau ular masuk rumah JANGAN buat perkara ini
Tapi sekiranya tetap berlaku kejadian rumah dimasuki ular, sebaiknya kita ikut saranan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.
Jika ular masuk kediaman JANGAN :
- Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.
- Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.
- Cuba menghalau menggunakan peralatan.
Apa yang anda perlu lakukan?
1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .
2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.
3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.
4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.
5. Kurangkan bergerak di hadapan ular.
6. Kenal pasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.
7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.
Sumber: Jabatan Bomba & Penyelamat
Pengalaman Guna EV Lepas 2 Bulan, Perbandingan Kos Minyak, Bil Letrik & Kos Servis

Isi Kandungan
TogglePengalaman guna EV atau kereta elektrik ini mungkin boleh jadi panduan buat yang sedang berkira-kira membeli kenderaan jenis ini.
Kereta elektrik (EV) semakin jadi pilihan Ketika ini. Dengan kos petrol yang naik turun, dan kesedaran tentang gaya hidup lebih mesra alam, makin ramai pengguna mula berminat dengan kereta ini.
Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita adalah, adakah EV ini betul-betul berbaloi untuk kegunaan harian?
Seorang pengguna EV Hasrul Azuan Hussin berkongsi pengalamannya tentang kereta ini selepas dua bulan setengah menggunakan EV sepenuhnya.
Daripada urusan mengecas, bil elektrik, kos servis, sampailah ke perjalanan jauh — semuanya dikongsi. Bagi yang sedang berkira-kira untuk membeli kereta ini boleh ambil kira perkongsian beliau.
Pengalaman guna EV selepas 2 bulan
Setelah 2 bulan setengah pakai kereta EV, sekarang saya nak kongsi pengalaman dan kelebihan jika korang beli kereta EV sekarang.
Sebelum beli kereta EV, korang kena pastikan korang duduk rumah landed dan bil TNB bawah RM200 sebulan barulah berbaloi.
Saya beli Proton Emas Premium, harga RM123,000 siap dapat cash rebate RM4,000. Beli kereta EV dengan proton dapat percuma wallbox charger. Hanya perlu bayar upah pasang dalam RM1,100.
Kos caj EV VS minyak kereta
Setiap bulan kereta saya jalan hampir 3900km (boleh tengok gambar mileage kereta saya sebagai bukti) dan saya memang hanya gunakan wallbox charger di rumah untuk caj kereta.
Biasanya saya akan caj 2 hari sekali pada waktu malam. Bateri akan penuh dalam masa 5-6 jam, bangun pagi baru saya cabut wall charger. Rumah saya memang dah pasang solar, jadi purata bil sebelum ini dalam RM70-RM100 sebulan.
Bulan lepas saya hanya caj kereta guna wallbox charger, jadi bil TNB meningkat menjadi Rm416. Jadi kalau tolak bil sebelum guna EV, kos caj adalah lebih kurang RM316 sebulan.
Sebelum ini saya pakai honda HRV dan saya spend hampir RM850 sebulan untuk petrol. Sekarang kos caj hanya RM316 sebulan.
RM850 – RM316 = RM534.
Jumlah saya jimat hampir RM534, tak termasuk jimat pada servis minyak hitam lagi.
Servis EV
Dulu saya kena servis kereta hampir 3 kali setahun, kos mencecah RM1200. Tapi bila pakai EV, servis hanya setahun sekali dan kos hanya RM250.
Alhamdulillah, mengikut kiraan formula ‘rapizi’, saya dapat jimat hampir RM7,350 dalam setahun. Mungkin nilai penjimatan ini nampak kecil, tapi pada sesetengah orang mungkin banyak.
Saya pernah bawa kereta EV ke Johor Bahru, perlu stop di Pagoh dalam setengah jam untuk topup bateri untuk sampai tanpa ada perasaan anxiety.
Sesuai untuk kegunaan bandar
Jadi saya syorkan kereta EV ini memang sesuai untuk kegunaan dalam bandar atau dekat rumah saja. Sebab setiap dua hari boleh caj dekat rumah.
Pasal kos bateri EV mahal, berdasarkan data ia boleh tahan hampir 1 juta km atau 50 tahun. Sesiapa bil TNB yang lebih RM400 keatas, saya syorkan pasang solar panel dulu.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Hasrul Azuan Hussin
Baca Lagi: Pakar Kongsi 5 Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia
Jenis Emas Kena Tahu Sebelum Beli, Kandungan Emas Tulen Berbeza. Ada Yang Tak Sesuai Untuk Simpan

Isi Kandungan
ToggleJenis emas untuk perhiasan diri dan simpanan sebenarnya berbeza, mungkin ada yang belum tahu tentang perkara ini.
Emas juga bukan hanya ada jenis 999 atau 916 saja, ada lagi beberapa yang lain dan setiap satu berbeza kandungan emas tulennya.
Jadi sebelum beli sangatlah penting untuk kita tahu akan info ini.
Sebelum beli kena tahu jenis emas
Bagi yang suka beli emas sepatutnya tahu akan perbezaan antara EMAS 999, 916, 835, 750 dan 375?

Berikut adalah perbezaannya secara ringkas berdasarkan kandungan emas tulen dalam setiap jenis:
EMAS 999
-99.9% emas tulen
-Dikenali sebagai emas 24 karat
-Lembut & mudah lentur
-Sesuai untuk simpanan, bukan perhiasan
EMAS 916
-91.6% emas tulen + 8.4% logam lain (biasanya tembaga/perak)
-Juga dipanggil emas 22 karat
-Keras sedikit, popular untuk barang kemas
EMAS 835
-83.5% emas tulen
-Dikenali sebagai emas 20 karat
-Kurang popular, tapi masih digunakan dalam beberapa rantai atau gelang
EMAS 750
-75% emas tulen + 25% logam lain
-Dikenali sebagai emas 18 karat
-Lebih tahan lasak, biasa dalam perhiasan branded
EMAS 375
-37.5% emas tulen
-Juga dikenali sebagai emas 9 karat
-Murah, tapi kandungan emas rendah
-Sesuai untuk fesyen, bukan simpanan
Tip ringkas
-Nak simpanan jangka panjang, cari emas 999 atau 916.
-Nak gaya & tahan lasak, emas 750 ok sangat.
Jangan beli ikut trend saja, fahamkan campurannya dulu
Sumber: Sukan Sentral
Baca Lagi: Gelang Emas Guna Cangkuk ‘S’, Cara Betul Buka & Tutup. Jangan Tindih!