Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap

Share

 

Namanya jer biskut tapi yang ini tak payah uli pun atau terap dengan acuan. Mengikut perkongsian Noor Sa’dah Mohd Saidun inilah biskut yang paling senang nak buat tapi laku keras.

Cuma perlu bakar, itu pun tak lama. Memang sesuai untuk yang baru-baru cuba buat biskut raya. Kalau nak buat boleh ikut resipi ini ya.

Tak payah uli pun

Bahan-bahan:

500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu (pumpkin seeds)
200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds)
50 gram bijan hitam (Black sesame seeds)
20 gram bijan putih (sesame seeds)

Muffin cup


Cara membuat:

1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar.

2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .

4. Masukkan sesudu adunan ke dalam muffin cup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.

5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c.

6. Keluarkan biskut daripada muffin cup dan biarkan sejuk sebentar.

7. Simpan dalam bekas kedap udara.

INFO

Tepung florentine ialah tepung berkaramel, Oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan menutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.

Sumber: Noor Sa’adah Mohd Saidun

IKLAN