top

 

Namanya jer biskut tapi yang ini tak payah uli pun atau terap dengan acuan. Mengikut perkongsian Noor Sa’dah Mohd Saidun inilah biskut yang paling senang nak buat tapi laku keras.

Cuma perlu bakar, itu pun tak lama. Memang sesuai untuk yang baru-baru cuba buat biskut raya. Kalau nak buat boleh ikut resipi ini ya.

IKLAN

Tak payah uli pun

Bahan-bahan:

500 gram tepung florentine
500 gram almond flakes
200 gram biji labu (pumpkin seeds)
200 gram biji bunga matahari (sunflower seeds)
50 gram bijan hitam (Black sesame seeds)
20 gram bijan putih (sesame seeds)

Muffin cup

IKLAN

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap
Cara membuat:

1. Bakar semua kekacang sebentar dalam masa 5 minit suhu 160°c. Sejukkan sebentar.

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap2. Masukkan semua kekacang dan gaul sebati.

3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati .

4. Masukkan sesudu adunan ke dalam muffin cup, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar.

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap5. Bakar selama 10-15 minit dgn suhu 170°c.

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap6. Keluarkan biskut daripada muffin cup dan biarkan sejuk sebentar.

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau Terap7. Simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau TerapBiskut Florentine Kuih Raya Paling Senang Nak Buat. Tak Payah Uli Atau TerapINFO

IKLAN

Tepung florentine ialah tepung berkaramel, Oleh itu, tepung ini akan mudah keras jika terkena angin. Pastikan menutup campuran kekacang dan tepung florentine supaya tepung tidak mengeras. Tepung yang sudah mengeras akan menyukarkan kita memasukkannya ke dalam muffin cup.

Sumber: Noor Sa’adah Mohd Saidun

Selain itu:  DIY Pasu Hiasan Plastik Jadi Menarik, Hanya Guna Barang Kedai RM2 Saja. Begini Cara Buatnya!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI