Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Ads
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Ads
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Ads
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Jika kreatif, dengan bajet seadanya pun mampu dapat kesan yang diimpikan. Tak percaya lihat apa yang dilakukan oleh Mcyah Joanjett.
Hanya bermodal lebih kurang RM200 dia mengubah suai dapur rumah yang sebelum ini kurang tersusun jadi kemas, praktikal dan sedap mata memandang.
Menariknya semua barang yang dibeli mampu milik dan dilakukan sendiri oleh cik suami. Korang yang teringin nak transform dapur kecil boleh ikut caranya.
Bajet RM200 termasuk wall paper ya!
Actually rumah aku ni takde dapur (biasalah rumah orang have-have mana masak). Jadi aku ubahsuai bilik kosong jadi dapur. Semua barangan yang digunakan adalah dari kedai Eco RM2 dan Mr.Diy sahaja. Bajet keseluruhan lebih kurang RM200 termasuk wallpaper.
Takdelah wow sangat, janji nampak luas, bersih dan tak bersepah. Yang penting banyak benda suami DIY sendiri saja.
Setiap harga dan detail barangan ada pada setiap gambar. Wall paper beli kedai Eco RM2.
Sebelum ubah suai
Ini tempat masakSingki, disokong oleh bingkai kayu buatan suami.
Tempat buat air
Selepas, cantik kan!
Dah kemas ya. Bawang singki ditutup guna langsir plastik bilik mandi yang dipotong pendek. Diy penyangkut langsir untuk sangkut. Langsir Rm8 (mr.diy)
Tempat masak dah nampak tersusun
Tempat buat air. Lain betul kan. Langsir plastik ni lebihan dari yang bahagian singki. Separuh letak sinki sparuh letak sini.
Frame RM8, bunga RM20, para plastik RM17, semua beli dari Mr. DIY
Rak bawang, RM25 & frame RM 15 dari Mr. DIY jugak
Cara buat langsir tutup bawah singki
Langsir atau bidai bilik air yang macam ni dipotong dua.
Suami ikat pada straw untuk aku tali.
Jahit ikut cita rasa
Korang yang teringin nak ubah dapur tapi bajet terhad boleh ikut cara ni ya.
Sejak menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan sampai sekarang nama Lan Pet Pet masih disebut oleh kita biar pelawak baru silih berganti. Paling diingati sudah tentu bunyi trompet yang menjadi trademark dirinya.
Telah banyak menghiburkan kita terutama ketika bersama dengan Kumpulan Senario sebenarnya ada sisi lain yang ramai tak tahu tentang pelawak yang pekat dengan loghat Utara ini.
Perkara ini dirungkai oleh Imam Muda Asyaraf dalam satu entrinya di instagram bila dia mendedahkan sebab mengapa setiap kali berjumpa dengan Lan Pet-Pet dia akan meminta pelawak ini mendoakan dirinya.
Ia ada kena mengena dengan sikap Lan Pet Pet sendiri yang banyak mengutamakan ibu dalam hidupnya.
Kisah Lan Pet Pet berkorban demi ibunya
Jika jumpa dengan Abg Lan Pet Pet saya pasti minta doa dari beliau. Ya. Biar apa orang kata. Setiap kali jumpa saya mesti suruh Abg Lan Pet Pet doakan saya. . . Ada org pernah tanya kenapa?. . . Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik. . . Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya. . . Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat. . Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita. Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.
Cerita yang menginspirasikan
Pada itu entri Imam Muda Asyraf itu juga mendapat respon dari ramai peminat yang terkesan dengan kisah Lan Pet Pet
@eyzvaramly_Allahuakhbar..! Baru sy tahu banyak keberkatan yang Allah SWT berikan kepada anak lelaki yang sanggup berkorban demi ibunya..! @imammudaasyraf & @lanpetpet ini satu peringatan dan didikan untuk saya, Alhamdulillah sy punya isteri yang sudi menjadi menantu dan sahabat kepada ibu saya…semoga Allah SWT makbulkan harapan saya untuk menjaga ibu bersama isteri hingga akhir hayat nya..! Insya-Allah..! Aamiin..!
@mrsoulleh_Alhamdulillah thanks Ustaz @imammudaasyraf for the reminder ?? Semoga dapat mencontohi budi pekerti Nabi, Para sahabatnya, abg @lanpetpet dan yang lain menyantuni ibu bapa selagi mereka masih hidup mahupun yang sudah tiada..Aamiiinnn
@ummul.mursyida_Such inspiring true story. Thank you for sharing ustaz. Semoga keduanya dlm lindungan Allah
@themiqamaritz_Sebak saya baca caption ustaz @imammudaasyraf dan @lanpetpet .. tlg doakan utk makbapak sy jugak ustaz.. sy nak mak sy sihat..ceria..dan bahagian dunia akhirat. Semoga bapak sy bersama2 org yg beriman dan beramal soleh..?
Semoga kita beroleh manfaat dari kisah Lan Pet Pet ini.
Kalau orang lain berhabis duit untuk program kurus tapi lain pula dengan ibu anak tiga ini. Sambil diet, dia amalkan makan pisang. Mudahkan… tapi hasilnya tengoklah tu!
Dari berat 90KG Sophia Safian berjaya turunkan 48KG dalam tempoh 8 bulan. Dengan berat badan 42KG ketika ini, bukan saja bentuk badan berubah tapi wajah pun makin cantik.
Percaya atau tidak menurut Sophia, dalam tempoh 12 hari amalkan diet pisang ini dia turun sebanyak 5KG. Jadi korang yang tekad nak kurus boleh ikut cara Sophia ini.
Siapa sini yang badan jenis rangka besar & tinggi (163cm) lebih kurang macam saya ce ngaku. Tak pe babe, jangan susah hati kalau dah beranak lebih dari 3 orang kalau berat badan cecah 90 kilo ke atas pun.
“Kalau niat & semangat nak kurus buat sungguh-sungguh! Tak nak jangan buat terus.”
Dalam tempoh lapan bulan ni hakak dah berjaya loose dari waist 36 to 27 inch, dari 90 kilo to 48 kilogram, TOTAL WEIGHT LOSS 42 KILOGRAM DALAM 8 BULAN, 27 KILO DALAM 3 BULAN PERTAMA.
Wajib ada geng nak kurus
Meh saya share sikit tips macam mane korang boleh start diet bulan Ogos sampai dekat nak raya haji nanti.
1st step, WAJIB ADA “GENG KURUS” (Cara mudah ajak BFF kurus bersama).
2nd step, (sila baca penerangan di bawah)
DIET PISANG 12 HARI PERTAMA (2:2:1) atau (2:1:2)
Jenis pisang: Cavendish
Percaya tak dalam tempoh 12 hari jer hakak boleh reduce 5 kilo secara mendadak bila amalkan diet pisang ni? Percaya jer laaa memang menjadi pun. Syaratnya:
BANGUN PAGI
1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidak lah mengejut buah pinggang awak tiba2 nak kena proses air manis dulu)
2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rase macam kembang je dalam perut tu sbb pisang kaya dengan fiber)
3. Sarapan pagi boleh apply diet atkins jika perlu. Hakak pulak selang seli kan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo.
TENGAH HARI
1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari)
2. Boleh apply diet atkins jika perlu. (Tapi hakak ni anak dah 3 ada anak kecik lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi hakak boleh
menggigil. Jadi hakak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar)
MAKAN MALAM SEBELUM 6PM
1. Boleh apply diet atkins jika perlu (hakak pulak petang2 macam ni hakak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang hakak stop makan biskut. Ataupun petang2 hakak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh2nya elakkan).
2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.
Macam tu lah yang hakak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my god! Menjadi babe, reduce 5 kilo sape nak kasi!”
Tip kempis perut
Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni hakak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein.
TIPS PERUT KEMPIS: Rajin-rajinlah amalkan minum air lemon suam waktu pagi dan bila-bila masa saja (tidak campur gula). In shaa Allah perut korang akan kembali flat walaupun sebelum ni lepas beranak perut menggeleber jer.
Nak lagi bagus campurkan dengan halia boleh buang angin dalam badan, sebab bila kita tengah diet ni tak mustahil angin mudah masuk badan sebab kita kurang makan.
Alang-alang nak kurus & cantik tu, tak rugi kalau amalkan penjagaan kesihatan dalaman & luaran. Baru lah lengkap. Seminggu sekali boleh amalkan juga minum air manjakani (tips mengikat hati suami ?).
Satu lagi kulit pisang jangan dibuang, bahagian dalam tu boleh sental dekat muka. Tu rahsia kulit muka makin cerah.. Agak2 rajin tu sapu skali sampai leher semua.
Selamat mencuba! ?
Thanks to my lovely BFF dunia akhirat AAnas Ashikin yang menjadi PUNCA UTAMA kenapa hakak boleh diet sampai sekarang. Kalau tak de geng kurus bersama pun tak jalan jugak, betul tak geng? So nak kurus mesti kena ada kawan, baru semangat nak kurus menjadi-jadi.
Ok gais, senang jer kan nak kurus. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Lets!!!
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...