Boleh Rupanya Tanam Sawi Guna Keratan Tunggul. Cuma Rendam & Terus Tanam!

Share

Selalu tanam sawi melalui biji benih tapi tak sangka boleh juga tanam melalui keratan pangkal atau tunggul pokok.

Jadi kalau beli sawi, dah potong daun, tunggulnya kita boleh simpan dan tanam seperti yang dilakukan oleh Puan Oggy Bungsu.

  1. Ambil keratan sawi bahagian tunggul, kemudian rendam dalam 30 minit. Tak perlu yang ada akar pun.

2. Sediakan bekas, tebuk bahagian bawahnya untuk pengaliran air. Isi dengan tanah.

3. Kemudian ambil keratan sawi tadi dan cucuk dalam tanam, biar dalam sedikit. Selepas tanam siram, pastikan tanah lembap (siram 3 kali sehari).

4. Bila dah keluar 3-4 helai daun boleh alih ke polibeg.

5. Ini hasilnya, harap membesar dengan subur.

Lepas ini kalau beli sawi, jangan buang bahagian pangkal/tunggul. Boleh tanam semula.

Selamat mencuba

Sumber: Puan Oggy Bungsu

IKLAN