Siapa saja yang tak suka kek coklat. Anak-anak lagilah. Berbaloi buat di rumah. Tak perlu beli bahan mahal kita boleh ikut kek coklat Azlina Ina Fans.
Bahannya cukup mudah dan murah. Sekali beli boleh buat 2-3 kali kek ini.
Tak perlu ada mixer, cuma kacau pakai senduk jer, tapi hasilnya kek tetap gebu.
3 biji telur 1 cawan gula (suka manis tambah) 1 cawan minyak 1 cawan 1/2 tepung self rising + 1 sk soda bikarbonat atau kalau takde boleh pakai tepung gandum campur 1 sudu kedil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder(ayak) 1/2 cawan serbuk koko (kalau takde Milo pun boleh 1/4 cawan air panas
Perasan tak, ada kala kita buat biskut tak sama tebal. Ada yang tebal, ada yang nipis. Padahal dah gelekkan kayu pencanai tu bukan main sama rata lagi.
Seorang baker terkenal di facebook, Mawar Wilsa memberikan tip mudah untuk anda memastikan biskut yang dibuat sama tebal. Barulah cantik dan tak malu kalau nak jual. Kan?
Saya nak kongsikan tip doh biskut sama tebal. Cara murah dan mudah saya terap biskut bagi sama tebal. Guna penutup bekas plastik je….❤
1) Letakkan doh biskut diatas permukaan penutup bekas plastik.
2) Gunakan kayu pencanai dan canai doh. Pastikan kedudukan kayu pencanai berada di atas sisi penutup bekas plastik.
3) Kita dah dapat doh biskut yang sama ketebalannya.
Selain mi sup, hidangan mi kari juga antara yang disukai ramai. Boleh jadi menu pagi, tengah hari, petang dan malam. Tapi jarang jumpa jumpa kedai yang hidangkan mi kari sedap.
Nak tak nak kena buat sendiri kalau teringin. Jika bercadang nak makan mi kari boleh guna cara yang dikongsi Afy Al Habibi untuk buat kuahnya. Hasilnya sedap ‘meletup’. Confirm hirup kuah sampai licin. Tengok gambar pun dah terliur.
Jom kita mulakan masak Kuah Mi Kari Netupp (untuk saiz hidangan 4-5 orang makan).
1. Sediakan bahan kisar lain;
– 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
– 1 ulas bawang putih
– 1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
– sehiris nipis halia
– dua hiris bulat nipis serai
– 7 ekor udang kering (tiada dalam gambar)
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
2. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi. (Cikgu tak tumis 4 sekawan pun semalam. Nak masukkan juga terpulang ya). Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
3. Untuk penyediaan campuran rempah;
– 3 sudu besar rempah kari
– 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
– Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
Masukkan rempah campuran ini ke dalam periuk
4. Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. (Cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu). Guna api paling perlahan sahaja.
Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
5. Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa.
6. Masukkan perasa peringkat pertama;
– 1 keping bulat nisse@gula melaka
– 1/3 sudu besar garam
– secubit dua serbuk perisa
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
7. Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang).
8.Tutup semula periuk.
9. Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak.
10. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air.
(Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini).
11.Perasakan kuah peringkat kedua; Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri.
12.Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
13.Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan;
– tauhu pok (dibelah 4)
– fishcake
– fishball goreng
14.Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Ini bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
– telur rebus
– fishball putih (dicelur seketika)
– fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
– tauhu (digoreng)
– kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
– limau kasturi
– cili merah
– daun sup
– bawang goreng
Siap hidang. Tengok pun dah terliur.
Mi kari ini confirm tak rasa muak kalau makan.
Dah ada step by step macam ni lebih mudah, ikut saja gerenti jadi. Insya-Allah.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...