Kalau kita buat air sirap, biasanya cuma letak sirap merah, gula dan daun pandan. Itu pun dah rasa sedap.
Tapi orang dulu buat air sirap memang lain macam, siap ada rempah lagi. Siapa yang pernah rasa air sirap atau sirap serbat ini memang takkan lupa. Air sirapnya terpaling sedap dan lain dari yang lain. Boleh buat stok, senang nak minum bila-bila.
Buat air sirap cara orang dulu-dulu
Siapa pernah minum sirap serbat, sirap orang dulu dulu? Mesti tau kesedapannya. Ini resipi sirapnya.
Bahan-bahan
1L air
1kg gula
1 sudu buah pelaga
1 sudu jintan manis
Daun pandan
3 sudu sirap merah
Ads
Cara membuat:
1. Satukan semua bahan, masak sampai gula hancur dan mendidih.
2. Biarkan renih selama 2-3 minit kemudian tutup api.
Ads
3. Sejukkan dan tapis dalam bekas yang sesuai untuk disimpan.
Ads
4. Bila nak guna ambil sejumlah sirap serbat yang sesuai tambah air dan ais batu. Siap!
Bulan Syawal ini ramai yang buat rumah terbuka atau atau ajak sahabat handai datang ke rumah. Untuk acara begini ada yang pilih untuk masak sendiri hidangan.
Tapi untuk masak sendiri dalam kuantiti banyak bukan semua tahu. Jika salah satu menu adalah mee goreng boleh gunakan resipi perkongsian Nur Ismail. Resipi ini dah ada sukatan untuk 60 orang makan. Jadi boleh ikut saja.
Bahan-bahan:
12 bungkus mi kuning
60 ekor udang sederhana besar
4 bungkus fishcake -potong nipis
2 kilo sawi Cameron -potong kecil
1 kilo kobis -potong kecil
20 keping tauhu -digoreng dan potong kecil
400 gram minyak masak
1/2 kg bawang besar -kisar halus
2 labu bawang putih -kisar halus
400 gm cili giling
400 gm sos tomato
300 gm sos cili
400 gm kicap manis
6 SB kicap pekat
6 SB gula
4 SB garam
12 SB stok ayam
800 gram air
Bahan hiasan
12 biji telur -goreng dadar dan potong halus
RM5 daun sup dan daun bawang -potong halus
1 paket sederhana bawang goreng
Cili merah -dihiris
Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan cili giling, kacau hingga naik minyak
4. Masukkan air 200gm
5. Masukkan batang sawi, kacau hingga layu
6. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis, kicap pekat, gula, garam, stok ayam, air kacau rata.
7. Masukkan udang dan fishcake, kacau rata
8. Masukkan sawi, kobis, mi dan tauhu
10. Kacau lagi dan kaup balik hingga sebati dan masak
Semalam akhbar tempatan melaporkan seorang penunggang motosikal yang cedera akibat kemalangan ketika melalui jalan berlubang, di Pasir Gudang, tiga tahun lalu, berjaya memperoleh ganti rugi RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan.
Ia selepas Mahkamah Sesyen pada 28 Februari lalu, memerintahkan syarikat yang dilantik kerajaan negeri itu, membayar kos berkenaan kepada lelaki berusia 49 tahun itu mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Tak dinafikan masalah jalan berlubang atau rosak memang boleh menjadi punca kemalangan yang bukan merosakkan kenderaan malah ada yang kehilangan nyawa.
Memandangkan jalan rosak ini mungkin kita lalui setiap hari ada baiknya kita tahu cara untuk membuat tuntutan sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan akibat jalan berlubang dan sebagainya.
Berikut adalah panduan membuat tuntutan jika berlaku kemalangan akibat jalan berlubang.
1. Ambil gambar dan video kenderaan anda dan jalan lubang untuk dijadikan bukti. Ambil juga gambar persekitaran kawasan tersebut.
2. Seterusnya, ambil juga gambar bahagian tubuh sekiranya ada sebarang kecederaan.
3. Kumpulkan semua resit yang berkaitan seperti resit towing, klinik, hospital, bengkel dan lain-lain untuk tujuan klaim.
4. Buat laporan polis. Nyatakan nama jalan, kilometer jalan, tarikh dan masa kejadian.
5. Semak dengan polis untuk ketahui siapa pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut.
6. Pergi ke pejabat pihak berkuasa yang bertanggungjawab pada jalan tersebut dan buat tuntutan kerosakan.
Info tambahan
-Jalan negeri atau jalan persekutuan – Kebiasaanya di bawah tanggungjawab pihak Jabatan Kerja Raya (KJR)
-Jalan di lebuh raya – Perlu dirujuk kepada syarikat konsesi tol yang berkaitan.
-Jalan laluan di perumahan – Biasanya dibawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Bermula esok harga minyak masak dijangka akan naik memandangkan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Nak tak nak kita kenalah belajar berjimat guna minyak memandangkan ia digunakan setiap hari untuk memasak. Tak bolehlah tuang sesuka hati.
Tapi selain kurangkan kuantiti minyak sewaktu memasak menggunakan minyak sebenarnya ada banyak lagi cara lain sebagai langkah penjimatan.
Dikongsi oleh Dr Kamarul Ariffin Saadan, berikut adalah 10 perkara yang boleh kita praktikkan di rumah.
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Tanda minyak masak tak boleh digunakan lagi
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...