Petang-petang makan bubur kacang memang syok. Gabung pulak dengan roti atau biskut lagilah layan.
Cuma satu yang tak syok bila nak buat bubur kacang, bab nak lembutkan kacang hijau. Kena rendam dan rebus, ini yang makan masa lama.
Tapi bagi yang belum tahu ada saja cara cepat dan mudah untuk kita lembutkan kacang hijau ini. Tak perlu rendam atau rebus lama. Boleh ikut cara yang dikongsi oleh Seri Ramlan.
Tak perlu rendam berjam-jam, rebus lama
Saya kongsi tip lembutkan kacang hijau dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam, tak perlu rebus lama-lama. Confirm cepat masak dan jimat gas.
Ads
Boleh buat cara ini bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang. Tip ini tak perlu ada pressure cooker pun. Caranya;
1. Basuh bersih kacang hijau, kemudian bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu
Ads
2. Kemudian frozenkan, bila-bila nak masak, tak perlu nyah beku terus masuk dalam periuk dan tambah air. Terus rebus.
Ads
3. Tak sampai 20 minit kacang dah kembang, senang dan jimat masa. Boleh terus buat bubur.
Pokok herba yang banyak digunakan dalam masakan ini sebenarnya tidak susah untuk menanamnya. Nama saja western tapi boleh hidup dalam cuaca di negara kita.
Tanam sepokok pun dah mencukupi kerana pokok ini senang membiak jika betul penjagaannya. Cara tanam dan penjagaan pokok rosemary ini dikongsi oleh Dr Syahr Musafir
Tip tanam pokok rosemary supaya hidup subur & membiak
1. Pokok rosemary ini awalnya dibeli nurseri, beli anak pokok saja. Bila dah membesar bolehlah biakkan.
2.Caranya potong beberapa keratan batang pendek dan kecil, kemudian terus cucuk pada tanah. Daripada situ akan tumbuh anak pokok baru.
3. Elak letak anak pokok di tempat teduh (garaj) dan dalam rumah. Ini kerana pokok akan jadi tidak segar dan daun pun kekuningan. Sebaiknya letakkan di tempat panas dan pokok akan jadi sihat segar bugar.
4. Untuk siraman pula, sekurang-kurangnya lakukan satu kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biarkan hingga tanah jadi basah.
5. Letak baja 1 kali sebulan dengan 1 sudu teh baja saja. Hanya menggunakan baja subur dibeli dari Kedai Eco.
Daun rosemary selain untuk masakan, perapan boleh juga masukkan dalam air teh o.
Banyak kes berlaku bila suami meninggal dunia berlaku perebutan harta antara isteri dan keluarga mentua. Kala isteri masih berduka dan kesusahan ditambah pula dengan derita apabila ada yang mahu mengambil hak mereka.
Supaya perkara begini tidak berlaku maka, para suami sebaiknya buat persediaan berikut agar jika ditakdirkan anda pergi dulu kebajikan isteri dan anak yang ditinggalkan terjamin. Berikut apa yang perlu para suami buat sementara hayat masih ada.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL PERGI?
1. Sediakan satu dana hibah buat isteri sebelum apa apa terjadi.
2. Didik isteri urus kewangan dan belanja keluarga. Ceritakan bagaimana kita urus belanja bayar semua.
3. Maklumkan isteri semua hutang yang ada. Hutang kereta berapa, Hutang rumah, hutang budi dan pembiayaan peribadi.
4. Ceritakan pada isteri simpanan yang ada juga. Tabung ASB ada berapa dan hibahkan pada siapa? KWSP kita letak siapa penama. Begitu juga Tabung Haji ada berapa, saham apa kita ada.
5. Sediakan Dana Kecemasan 6 bulan gaji kita. Dan pastikan jika apa apa berlaku, isteri boleh guna dana kecemasan ini.
6. Ambillah Takaful Perlindungan Pendapatan. Saya bukan agen takaful tetapi saya galakkan semua suami kacak dan seksi ada perlindungan ini. Bayaran serendah RM50-RM150 sahaja sebulan.
7. Tulis senarai daftar, apa yang harus dilakukan “Jika Saya Meninggal?”. Bagaimana urus dana pencen, lapor pada siapa, dana KWSP perlukan salinan apa, siapa penama dan sebagainya.
Ada isteri hilang punca bila tiba tiba suami dijemput pergi. “Saya tak tahu nak buat apa apa”.
8. Sediakan Dana Pendidikan Anak dan Pelaburan. Ceritakan tabung mana kita simpan dan dana apa kita ada dalam pelaburan.
9. Hitung dan senaraikan Aset yang ada. Setahun sekali tulis beli saham apa, tanah dimana, rumah sewa dan berapa kereta yang ada.
10. Ajar Isteri sejak sekarang guna perbankan online untuk semua urusan. Jika semua urusan kewangan kita uruskan. Apa salahnya maklumkan pin bank, kata dah sayang.
Jangan harapkan sesiapa akan bantu dan urus keluarga kita. Yang namanya duit ini berhantu, sanggup telan dan hina saudara demi duit sahaja. Tinggalkan keluarga kita dalam keadaan berharta. Bila miskin dan ada hutang, keluarga pun sanggup buang.
Demi keselamatan terutama bila duduk di rumah teres, jadi kebiasaan kita untuk kunci pintu pagar dengan padlock setiap hari.
Disebabkan padlock ini sentiasa berhujan dan panas kerana pintu pagar di luar rumah maka ia cepat berkarat. Tambah lagi kalau beli yang murah!
Bila dah begini nak buka pun makan masa dan ada juga langsung tak boleh dikunci. Bahaya juga!
Kalau dah banyak padlock diganti kerana berkarat eloklah praktikkan tip atau idea dikongsi oleh Soberry Msy ini. Caranya mudah dan murah cuma buat pelindung padlock ini dari bahan terbuang iaitu botol air mineral.
DIY pelindung padlock dari botol mineral supaya tak berkarat
1. Ambil botol air mineral, potong ambil bahagian bawah saja. Kemudian potong memanjang satu bahagian. Pastikan ukurannya muat-muat dengan saiz penyangkut pad lock supaya tak mudah tercabut.
2. Sarungkan botol mineral yang siap dipotong ada pada pad lock sebagai pelindung dari terkena hujan dan panas.
3. Untuk lebih berkesan boleh sembur dulu denga WD40 kemudian sarungkan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...