Hidangan garlic bread dengan sup cendawan memang enak. Tapi nak makan ini kena lah ada garlic spread.

Lagi elok kalau dibuat sendiri sebab cara menyediakannya senang sangat. Cuma perlu bawang bawang putih, mix herb dan marjerin atau pun mentega.

Bila dah buat boleh makan garlic bread bila-bila masa dan sapuan ini juga tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Cara membuatnya boleh ikut perkongsian Afy Al Habibi.

Cara buat garlic spread 

Bahan-bahan:
– 2 labu bawang putih dicincang halus
– 2 sudu besar mixed herbs
– Marjerin atau butter (saya guna Naturel)
– Garam bagi yang nak rasa sedikit masin ( yang ini tak masin)

IKLAN

Cara membuat:

1. Panaskan 1 sudu besar marjerin, guna api perlahan sahaja. Kemudian, tuang bawang putih yang telah dicincang tadi.

2. Setelah bawang mula naik bau dan sedikit garing, masukkan 2 sudu besar mixed herbs.

IKLAN

3. Kacau rata. Tunggu herbs tadi naik bau seketika sebelum ditutup api. Waktu ini bau wangi bergabung menusuk jiwa. Biarkan bawang putih ini betul sejuk dulu.

4. Dalam mangkuk, masukkan 9 sudu besar marjerin Naturel. Tambahkan bawang putih dan mixed herbs yang telah sejuk tadi. Gaul rata.

5. Masukkan dalam bekas kedap udara. Sapuan ini tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk. Jadi kalau buat banyak tiada masalah.

IKLAN

Cara guna:
-Sapu tipis pada roti wheat bran sebelum sedia untuk dibakar.
-Bakar atas pan non stick. Biar roti garing lagi sedap.
-Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Sumber: