Kalau tanam pokok melalui keratan sebaiknya guna hormon penggalak akar ini. Barulah akar cepat tumbuh dan benih cepat naik.
Hormon penggalak akar ini selain boleh dibeli di nurseri kita juga boleh buat sendiri. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan bawang merah saja.
DIY hormon penggalak akar organik guna bawang merah
Bahan-bahan:
Bawang merah
Air
Cara-cara:
Kupas bawang merah. Kisar bawang merah mengunakan blender bersama 10ml air. Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam besen bersama 1 liter air. Kacau sebati.
2. Tapis bahan kisar tadi menngunakan tapisan untuk mendapatkan ekstak jus bawang. Air disimpan dan hampas bawang bolehlah dibuang.
Ads
3. Simpan ke dalam bekas atau botol mineral. Sedia untuk digunakan bila-bila masa.
Cara penggunaan
Cantas atau potong batang pokok yang mahu ditanam contohnya pokok bunga kertas.
2. Campurkan 200ml hormon penggalak akar dari jus ekstrak bawang merah dengan 1 liter dalam satu bekas. Kacau sebati.
Ads
3. Rendamkan batang yang ingin di tanam selama 3 jam.
4. Seterusnya tanam batang ke dalam pasu atau polibeg sehingga berakar.
Ads
Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu ditanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.
Asyik makan nasi goreng, bihun, nasi lemak saja waktu pagi bosan juga. Nah buat pankek ini, gebu ala McD. Kalau ke fast food ini, pankek ini memang jadi kesukaan anak-anak.
Lembut, makan pula dengan sirap maple dan mentega, memang tak cukup dua keping. Kalau beli satu set pun dah RM10. Memang lebih jimat buat sendiri.
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
2 sudu besar gula
3 sudu butter dicairkan
Cara membuat
1. Mula-mula campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati. Kacau pakai sudu dengan tangan pun boleh sudah. Kalau kau rajin masukkan semua tu dalam blender dan blend. Siap.
2. Panaskan kuali leper non-stick, api perlahan, Sendukkan adunan atau batter tadi dan tuang di tengah kuali perlahan-lahan.
3. Tunggu sampai penkek tu nampak berlubang keseluruhannya dan balikkan lalu biar sampai kuning keemasan.
Siap dan hidangkan dengan butter dan maple syrup ke, madu ke, aiskrim ke, susu ke atau apa saja yang disukai.
Cara buat ayam masak merah ini adalah mengikut resipi seorang pengusaha katering terkenal di daerah Perlis satu ketika dulu.
Oleh kerana keenakannya, ia masih diingati sehingga kini meskipun orangnya udahpun tiada. Sempat dipelajari oleh anaknya Yoi, beliau berkongsi cara membuatnya agar dapat dinikmati oleh orang ramai.
2 ekor ayam -dipotong dan dibersihkan
2 senduk Cili Boh/Giling
1/2 tin Susu Cair
2 Sudu Makan Serbuk Cili Babas
1/2 Tin Panjang Tomato Puri
2 helai Daun Pandan
2 biji Bunga Lawang
1 batang Kulit Kayu Manis
5 biji Buah Pelaga
6 Sudu Besar Gula
1 Sudu Garam
2 Sudu Besar serbuk Cukup Rasa/Kiub Pati Ayam
1/2 cawan Cili Sos
2 batang Serai
3 inci Halia
1 Labu Bawang Holland
7 ulas Bawang Putih
1. Ayam digaul dengan kunyit dan garam serta digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.
3. Kemudian masukkan separuh bahan kisar dulu.Tumis hingga garing kemudian masukkan cili Serbuk dan cili boh. Masak hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan lebihan bahan kisar dan biar mendidih. Masukkan Gula, Tomato Puri dan Susu Cair. Tambah juga 2 gelas. Biar mendidih dan pecah minyak.
5. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng. Gaul rata dan biar mendidih hingga pecah minyak.
6. Masukkan cili sos dan garam. Seimbangkan rasa manis dan masin.
7. Akhir sekali boleh tabur bawang besar yang dipotong dan kacang peas jika suka. Siap.
INFO: Warna masakan ini bergantung kepada warna merah cili dan tomato puri. Hidangkan Bersama nasi tomato, acar jelatah dan dalca.
Selalunya bila buat sendiri pasta carbonara atau makan di restoren hidangan ini akan ada kuah kadang-kadang banjir.
Tapi rupanya hidangan pasta carbonara yang asli hanya sedikit basah bukannya sampai berkuah. Info ini dikongsi oleh Wan Luqman dan beliau juga menunjukkan cara untuk menghidangkan pasta carbonara sebenar ala kafe mewah 5 bintang.
Ikut resipi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye. Ok, resipi ni buat sos from scratch, tak guna instant sauce dan tidak menggunakan tepung jagung! I ‘kenot’ brain betul dengan i buat carbonara guna tepung jagung.
Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah (butter dan tepung gandum). Elemen penting dalam membuat carbonara ini adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit. Apa hasilnya? Sedap gile!
60gm spaghetti (saya guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
1. Kadang-kadang susah nak bajet untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ini. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan. Tapi dalam resepi ni saya guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
2. Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ada bau yang kuat. Kurang enak nanti. Saya guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab ada lemak. Ini untuk menggantikan bacon. Sepaket beef lean ni harganya RM10, rasanya dan boleh beli di pasar raya.
3. Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu saya guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih akan keluar di celah jari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuningnya mudah pecah.
4. Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna sebiji telur boleh cuma kena lebihkan keju. Dan risiko kalau guna sebiji telur, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu. Lebih baik jangan.
5. Pukul sampai pekat macam mayonis. Kena guna whisker, tak jadi kalau guna garpu. Lambat, nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan alat tu.
6.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
7. Tumis bawang putih, cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nak letak brokoli, hotdog pun boleh. Kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris.
8.Kemudian masukkan spageti yang sedang direbus. Pastikan spageti hampir nak masak tau. Jangan dah betul betul masak sebab nanti spageti lembik serta mudah putus. Ceduk air rebusan spaghetti ikut pada kuah banyak mana nak.
9.Bila air rebusan spageti dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spageti inilah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab itu tak perlu susu dah. Kalau nak buat untuk anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
10. Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Saya ambik 4-5 sudu besar macam tu. Bancuhan telur akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
11. Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur masak berketul-ketul pulak. Jadi scrambled egg nanti.
Kalau nak kuah cair sikit dan tak nak pekat, masukkan sikit air rebusan spageti tu sampai rasa kena cita rasa.
Dah siap. Tak guna garam tambahan atau gula. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
13. Hancurkan dan tabur beef lean yang kita goreng sampai garing tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ya.
14. Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah di rumah.
Carbonara original ianya tidaklah berkuah banjir. Ia pekat seolah olah hampir tidak berkuah. Hidangan ini basah-basah sikit sebenarnya.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...