Buat Hormon Penggalak Akar Guna Bawang Merah. Akar Cepat Tumbuh Bila Tanam Pokok Guna Keratan

Share

Kalau tanam pokok melalui keratan sebaiknya guna hormon penggalak akar ini. Barulah akar cepat tumbuh dan benih cepat naik.

Hormon penggalak akar ini selain boleh dibeli di nurseri kita juga boleh buat sendiri. Ia boleh dihasilkan dengan menggunakan bawang merah saja.

DIY hormon penggalak akar organik guna bawang merah

Bahan-bahan:
Bawang merah
Air

Cara-cara:

  1. Kupas bawang merah. Kisar bawang merah mengunakan blender bersama 10ml air. Selepas itu masukkan bahan kisar ke dalam besen bersama 1 liter air. Kacau sebati.

2. Tapis bahan kisar tadi menngunakan tapisan untuk mendapatkan ekstak jus bawang. Air disimpan dan hampas bawang bolehlah dibuang.

3. Simpan ke dalam bekas atau botol mineral. Sedia untuk digunakan bila-bila masa.

Cara penggunaan 

  1. Cantas atau potong batang pokok yang mahu ditanam contohnya pokok bunga kertas.

2. Campurkan 200ml hormon penggalak akar dari jus ekstrak bawang merah dengan 1 liter dalam satu bekas. Kacau sebati.

3. Rendamkan batang yang ingin di tanam selama 3 jam.

4. Seterusnya tanam batang ke dalam pasu atau polibeg sehingga berakar.

Hormon penggalak akar semulajadi ini boleh digunakan untuk semua jenis pokok yang mahu ditanam melalaui kaedah cutting atau keratan batang.

Sumber : Moch Reza Pahlawan

 

IKLAN