Ikan cencaru sumbat sambal memang ramai yang suka. Cuma yang tak best bila nak goreng ikan ini.
Habis minyak jadi hitam dek sambal yang terkeluar. Dah lah sekarang minyak mahal kan. Nak kena tukar minyak bila goreng banyak.
Supaya tak berdepan masalah minyak hitam dan sambal terkeluar ini sebenarnya ada caranya. Bakar saja dalam air fryer atau oven, setel masalah. Minyak guna sikit dan sambal pun kekal dalam ikan. Caranya dikongsi oleh Munira Ali.
Ikan cencaru sumbat sambal guna air fryer lagi senang
Cencaru sumbat sambal. Asal nak goreng tapi bila malas nak kotorkan minyak dan kuali. Jadi saya bakar dalam air fryer saja, dalam oven pun boleh. Jadi tak lah kotorkan minyak kan. Rempah dalam ikan pun tak keluar. Lawan pulak dengan air asam. Yummy!
Bahan-bahan untuk sambal
1½biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili besar
4-5 tangkai cili api
Belacan sikit
Cukup rasa
Asam jawa
Gula 1 sudu Nota: Sukatan bahan untuk 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalai ikan banyak boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas tambah cili.
Ads
Cara membuat
1. Kisar kasar bawang, cili serta belacan, kalau tumbuk lagi sedap.
2. Tumis sekejap sambal tadi hingga masak, masukkan perasa, air asam dan gula.
Ads
3. Dah siap tumis, sumbat dalam ikan yang dibelah.
4. Masukkan dalam air fryer. Sembur minyak sikit supaya ikan tak kering sangat.
Tanah pusaka sering jadi isu terutama kalangan adik beradik, pada masa yang sama sering juga dilengah-lengahkan urusannya. Tambah lagi kalau tanah pusaka ada di kampung dan banyak nama yang nak dibahagi, dengan bahagian makin kecil.
Bagi yang berdepan masalah ini berikut adalah cadangan dari peguam allahyarham Salkukhairi Abd Sukor untuk menyelesaikannya. Jangan sampai berbalah sesama adik beradik kerana perihal tanah.
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milik kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA)
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut. Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Trik Buat Angin Kipas Siling Yang Terasa Panas Jadi ebih Sejuk
Penggunaan kipas di rumah memang satu keperluan apatah lagi dengan keadaan cuaca di negara kita yang panas lembap.
Ada hari panasnya lain macam, kalau tiada kipas di memang takkan senang duduk dibuatnya dek bahang, melainkan ada alat pendingin hawa.
Meskipun ia sejuk selesa begitu ramai yang sanggup kipas memandangkan pendingin hawa ini antara alat elektik yang memakan tenaga yang banyak dan boleh menyebabkan bil elektrik kita meningkat.
Biarpun begitu penggunaan kipas siling di rumah ada masa tak terasa keberkesanannya. Ada waktu walau kipas dah berpusing laju tapi anginnya terasa panas bukan sejuk.
Bagi yang merasai keadaan ini boleh praktikkan trik yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) TNB Careline untuk menghasilkan angin kipas yang lebih sejuk di bawah.
Menurut pihak TNB, sesetengah kipas siling mempunyai fungsi untuk menukar arah pusingan bilah kipas.
Fungsi ini sangat berguna kepada pengguna terutamanya ketika cuaca panas melanda.
Maklum TNB, putaran kipas angin arah lawan arah jam (anti-clockwise) semasa cuaca panas dapat menyejukkan ruang suasana.
Ini kerana, kipas yang berpusing mengikut lawan jam dapat menolak angin ke bawah dan menyejukkan ruang dengan lebih efektif berbanding kipas yang berpusing mengikut arah jam (clockwise).
Kalau baru nak belajar tanam sayur, elok mulakan dengan tanam kangkung. Memang mudah.
Beli saja sayur kangkung di pasar dan rendam batangnya beberapa hari, dah boleh tanam. Selain itu rupanya tanam kangkung ini ada dua cara, boleh cucuk pada tanah dan tanam dalam air. Kedua kaedah tanam kangkung mudah ini dikongsi oleh Fatimah Naamat.
Sayur ni kami panggil Kangkung Paya atau kangkung kampung. Kangkung ni tumbuh liar dekat paya atau mana-mana dalam hutan. Selalunya orang kat pasar tani dijual seikat RM2.
Walaupun murah, tapi dek kerana asyik beli je tiap minggu (sebab sayur favourite atuk) saya cubalah tanam. Hasilnya dapatlah jimat beberapa ringgit seminggu. Tapi kalau setahun banyak jugalah jadinya kan?
Lagipun tak payah tunggu pasar tani dah. Anytime nak makan pun boleh petik. Setakat nak goreng mihun ambil sikit dah okay sangat.
Jadi di sini saya nak kongsikan cara tanam kangkung yang mudah. Ada 2 jenis macam dalam gambar. Kedua-dua cara tanam kangkung ni pun senang.
1. Ambil pucuk dan batang kangkung
Masa beli kangkung dekat pasar tu, sila ambil daun buat goreng sayur. Tinggalkan pucuk atas sekali dan batang dia.
Kalau ada pucuk, pokok kangkung akan cepat tumbuh. Tapi kalau terpotong pucuknya pun tak apa sebab masih boleh ditanam dan ia akan hidup juga.
2. Rendam
Rendamkan kejap dalam 2/3 hari untuk bagi akarnya keluar. Kadang-kadang saya rendam sampai seminggu sebab tak sempat nak menanam.
3. Dua cara tanam kangkung
i) Tanam dalam tanah
Boleh tanam dalam campuran tanah. Tim suka campuran tanah 1:1:1. Pasir : Tanah Merah : Kompos. Atau kalau tak ada pasir pun tak apa sebab kangkung nak air banyak.
ii) Tanam dalam air bertakung
Boleh juga tanam dalam air bertakung. Saya bubuh tanah ikut nisbah macam cara di atas cuma tak tebuk lubang.
Jadi bila tak ada lubang, airnya akan bertakung dan kelebihannya ialah kita tak perlu siram selalu. Cara ini sesuai untuk yang selalu sibuk.
Tapi kena pastikan tak ada nyamuk yang bersarang dalam takungan air tu ya. Kiranya saya ada sepasu kangkung yang ada lubang dan ada sepasu lagi yang tak ada lubang.
Cuma saya rasa pasu yang ada lubang pokok dia lebih cepat gemuk berbanding pasu yang bertakung air.
4. Letak kangkung di tempat redup untuk 2 minggu.
Selepas 2 minggu pindahkan ke tempat panas. Tengok daun dia lecur ke tak bila kena panas. Kalau macam layu atau lecur, pindah balik tempat redup.
5. Lepas 4 minggu boleh tuai
Kangkung ini dah boleh tuai lepas 4 minggu. Kemudian selepas 2 minggu tuai lagi. Atau tuai bila-bila nak masak. Batang pucuk yang dipotong tu boleh ditanam semula.
Kalau nak sentiasa banyak stok, tanamlah banyak-banyak. Saya pun nak tanam lagi beberapa pasu supaya stok sentiasa banyak.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.