Selalu bila goreng ikan cencaru sumbat minyaknya akan jadi hitam. Untuk goreng ikan seterusnya kita kena tukar minyak baru pula. Jadi banyak pulak penggunaan minyak.
Supaya tak guna minyak yang banyak, boleh guna tip yang dikongsi oleh Ariza Kak Chik ini.
Tip ini katanya diperoleh daripada laman TikTok @richardiscooking dan dipraktikkan.
Jernihkan semula minyak lepas goreng ikan cencaru sumbat
Pernah jadi masalah macam ni bila goreng ikan cencaru sumbat? Kadang-kadang untuk goreng ikan seterusnya kita terpaksa tukar minyak baru kerana dah hitam.
Petua untuk jimatkan minyak dan tak payah tukar baru ialah dengan guna tepung jagung. Caranya;
Ads
1.Ambil 3-4 sudu besar tepung jagung yang ditambah dengan air.
2. Bancuh tepung tadi dan tuang air tepung jagung dalam minyak gorengan hitam yang sedang panas.
Ads
3. Biarkan seketika, nanti kita akan dapati kotoran yang ada dalam minyak akan melekat pada bancuhan tepung tadi dan minyak akan kembali jernih.
Ads
Minyak dah jernih ini bolehlah goreng ikan seterusnya. Jadi tak perlu tuang minyak baru.
Tip ini guna boleh digunakan untuk membersih dan jernihkan kembali minyak untuk gorengan lain juga.
Bukan saja ibu bapa baru, yang sudah ada tiga anak pun masih tertanya-tanya tentang kemusyilan merawat anak yang demam.
Salah satunya adalah cara untuk tuam anak, mahu guna air panas atau sejuk? Berikut adalah penjelasan doktor tentang perkara mudah tapi ramai ibu bapa yang salah praktik.
Air sejuk atau panas
Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan anak secara berkala apabila suhu badannya tinggi menggunakan tuala yang basah.
Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/ suam. Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/ suam.
Sebetulnya begini
Pandangan yang lebih rojih/ tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.
Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.
Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.
Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/ suam kuku bagi tujuan ini.
Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais.
Tidak perlu menggunakan penampal demam sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.
Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini mengumumkan bakal melaksanakan larangan pemilikan dan penjualan rokok kepada individu yang lahir selepas tahun 2005.
Ini bermakna golongan yang berusia 17 tahun hari ini tidak akan dapat membeli produk tersebut secara sah dari segi undang-undang apabila mereka mencapai umur tertentu untuk merokok tahun depan.
Ia merupakan langkah untuk mengekang atau mengurangkan jumlah perokok baru dalam kalangan generasi muda sekaligus membantu usaha mencapai misi mewujudkan negara bebas asap rokok.
Namun begitu dalam menuju matlamat tersebut, larangan atau pengharaman produk tembakau bukanlah satu-satunya cara.
Meskipun ini merupakan usaha pencegahan yang baik tapi langkah drastik seperti ini secara tak langsung mungkin juga mencetuskan masalah lain seperti penjualan rokok secara haram di samping masalah untuk penguatkuasaan akta berkenaan.
Langkah kurangkan kesan kemudaratan tembakau
Dalam mewujudkan persekitaran sihat dan bebas asap rokok, langkah mengurangkan kesan kemudaratan tembakau atau tobacco harm reduction (THR) adalah antara usaha boleh dilakukan buat 4.8 juta perokok di negara ini.
Bagaimana nak mengurangkan kesan kemudaratan tembakau ini? Caranya, dengan beralih dari pemilihan rokok tradisi kepada produk alternatif kurang berisiko dan bebas asap rokok seperti vape, produk tembakau yang dipanaskan (HTP) atau tampalan nikotin.
Langkah ini lebih realistik terutama kalangan perokok yang sukar menghentikan tabiat ini.
Mengapa produk bebas asap kurang mudarat
Perlu difahami punca penyakit berkaitan rokok adalah dari toksin dan karsinogen yang terhasil dari asap tembakau yang dipanas.
Jika tembakau tidak dibakar maka ia tidak akan menghasilkan asap yang berbahaya.
Berbanding dengan rokok tradisional yang dibakar hingga menghasilkan asap, produk seperti HTP pula hanya memanaskan tembakau pada suhu tertentu yang tidak langsung mengeluarkan asap sebaliknya hanya menghasilkan wap air.
Alternatif ini telah melalui pelbagai kajian dan penyelidikan dan terbukti mampu mengurangkan kesan kemudaratan tembakau.
Namun begitu, masih ramai kalangan perokok yang tidak mendapat informasi jelas tentang produk bebas asap ini sedangkan pilihan yang lebih baik ini sudah ada di pasaran.
Alternatif penggantian kurang mudarat boleh turut dipraktikkan di negara ini kerana kaedah yang sama telah pun dilakukan di beberapa negara di negara seperti Sweden, New Zealand, Jepun dan Norway dan ia berjaya menurunkan kadar perokok secara signifikan.