Buat Kek Sarang Semut Guna Rice Cooker Pun Boleh. Hasilnya Tetap Penuh Sarang

Share

Kek sarang semut antara kek evergreen yang selalu saja dibuat di rumah dan disukai seisi keluarga.

Bahan dan cara membuat pun mudah sangat. Tak perlu mixer atau oven untuk buat kek ini. Ada blender dan rice cooker pun cukup.

Ya boleh juga masak guna periuk nasi elektrik. Kalau tak pernah buat boleh cuba, caranya dikongsi oleh Hiyati Ismail.

Cara masak kek sarang semut guna rice cooker

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
125g mentega
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar baking soda
1 cawan air panas
Nota: Boleh juga letak esen vanilla untuk bau yang lebih harum.

Cara membuat
1. Cairkan gula sampai keperangan.
2. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga larut dengan gula.

3. Masukkan mentega dan kacau. Tutup api.
4.Masukkan telur dan susu dalam blender dan kisar sekejap. Kemudian masukkan tepung baking soda. Kisar lagi hingga sebati.

5. Masukkan air gula tadi dalam blender lalu kisar lagi hingga bahan-bahan sebati.

6. Tuang dalam periuk rice cooker. Tekan butang cook. Bila butang naik, tunggu 5 minit, kemudian tekan lagi butang cook. Ulang 4 hingga 5 kali. Saya masak kek ini dalam 45 minit guna cara ini.

Hasilnya…

Selamat mencuba.

Sumber: Hiyati Ismail.

IKLAN