
Kek sarang semut antara kek evergreen yang selalu saja dibuat di rumah dan disukai seisi keluarga.
Bahan dan cara membuat pun mudah sangat. Tak perlu mixer atau oven untuk buat kek ini. Ada blender dan rice cooker pun cukup.
Ya boleh juga masak guna periuk nasi elektrik. Kalau tak pernah buat boleh cuba, caranya dikongsi oleh Hiyati Ismail.
Cara masak kek sarang semut guna rice cooker
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
125g mentega
4 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar baking soda
1 cawan air panas
Nota: Boleh juga letak esen vanilla untuk bau yang lebih harum.
Cara membuat
1. Cairkan gula sampai keperangan.
2. Kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga larut dengan gula.
3. Masukkan mentega dan kacau. Tutup api.
4.Masukkan telur dan susu dalam blender dan kisar sekejap. Kemudian masukkan tepung baking soda. Kisar lagi hingga sebati.
5. Masukkan air gula tadi dalam blender lalu kisar lagi hingga bahan-bahan sebati.
6. Tuang dalam periuk rice cooker. Tekan butang cook. Bila butang naik, tunggu 5 minit, kemudian tekan lagi butang cook. Ulang 4 hingga 5 kali. Saya masak kek ini dalam 45 minit guna cara ini.
Hasilnya…
Selamat mencuba.
Sumber: Hiyati Ismail.
13 Tahun Amal Sup Kurus Rahsia Ibu Anak 4 Maintain Berat 45KG, Walau Umur Masuk 40!

Bagi yang sedang berusaha untuk kurangkan berat badan tapi mahu makan sedap boleh amalkan sup kurus yang dikongsi oleh Khairuzetti Zaini
Mengamalkannya hampir 13 tahun, inilah rahsia beliau kekal langsing, dengan berat badan 45KG walaupun anak sudah 4 orang, pada usia bakal masuk 40 tahun.
Macam mana nak sediakan sup kurus ini? Jom ikut perkongsian Khairuzetti!
Amalan hampir 13 tahun, kekal 45KG
Sup sayur cendawan ni antara resepi SUP KURUS yang ZT amalkan hampir 13 tahun. Lama kan? Ni je rahsianya nak slim pada umur nak cecah 40-an tahun depan.
Rahsianya sup sayur cendawan yang dibuat 3-4 kali seminggu. Boleh mix dengan sayur sawi jepun. Jom slim macam zaman dulu-dulu( berat badan maintain 45kg, anak 4 & umur 39) Selamat memasak uols…
Cara sediakan sup kurus
Bahan A
- 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah ( khasiat: bakar lemak + buang kolesterol )
- 2 biji cili api hijau tumbuk pecah ( khasiat: bakar lemak )
- 2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
- 1 sudu besar minyak jagung.
Bahan B
- 100 gm isi ayam potong halus (rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam untuk hilang lendir ayam ), seterusnya rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pada ayam).
- 1.5L air tapis
Bahan C
- Sawi
- Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
- Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
- Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
Cara membuat
- Panaskan periuk dan tambah minyak masak.
- Tumis bahan A sehingga kekuningan.
- Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak. Masukkan air, biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan cendawan tiram. Masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi. Terus tutup api. Sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.
5. Bila sudah suam masukkan gula perang & garam bukit.
INFO
- Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic )
- Sawi jepun Cameron highlands ada kat jusco juga. Harga RM1.50 sepaket.
AMALAN
- Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu. Buat selama 3 bulan, Makan ini saja, insyaAllah selim melim laju.
- Penting: Ada dua tip tambahan kat sini untuk dua individu berbeza. Pertama tak bole makan nasik sebab cepat naik berat jadi makan sup sayur ni saja, jangan tambah nasi.
- Satu lagi yang jenis makan nasi boleh tapi tak boleh lepas pkul 6 ptg. So uols sesuaikan la ye resepi ni untuk diri sendiri. Boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim.
Selamat mencuba!
Sumber:Khairuzetti Zaini Collections
Tut Pokok Cara Paling Mudah Supaya Pokok Cepat Berbuah & Lebat Hasilnya

Tut pokok adalah salah satu cara supaya pokok buah yang ditanam cepat menghasilkan buah dan lebat hasilnya. Selain itu ini juga cara untuk memastikan kita dapat pokok buah yang elok sama dengan pokok induk yang kita miliki.
Proses tut pokok buah ini juga boleh kita lakukan sendiri dengan mengikut langkah yang betul. Perkongsian dari Pyan Sempoy ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu melakukan sendiri tut pokok buah yang sedia ada di rumah.
Beliau menunjukkan cara tut untuk pokok limau purut, dan kaedah yang sama boleh dilakukan pada pokok buat lain sama ada pokok jambu air, jambu batu, mangga, rambutan, lemon, tin dan sebagainya.
Tut pokok cara mudah
Sesiapa pun boleh buat insya-Allah. Saya tunjukkan step by step cara tut pokok limau purut dan ia juga boleh dibuat untuk lain-lain jenis pokok. Lain orang mungkin lain caranya, ini cara saya sebagai perkongsian.
Apa yang perlu ada?
- Pokok yang mahu ditut
Dalam tutorial ini saya tut pokok limau purut. Pastikan kalau pokok buah kena pilih pokok yg sudah atau sedang berbuah. Insya-Allah nanti hasilnya pokok tut akan cepat berbuah. Pilih ranting yang sihat dan bercabang elok. - Media tut
Saya guna campuran cocoapeat 1 bahagian, sekam bakar + tanah hitam sawit masing-masing setengah bahagian. Boleh saja guna media yang dah sedia ada, cocoapeat saja pun boleh, sekam bakar atau tanah saja pun boleh. Ada peatmoss lagi bagus.Media perlu dilembapkan siap-siap. Boleh guna air biasa & lebih bagus kalau guna larutan penggalak akar (exotic/b1 dll) atau yg serbuk boleh gaul sekali dengan media. - Plastik & tali atau cable tie – untuk membungkus media tut (bunjut) dan juga mengikat tut di ranting.
- Pisau yang tajam & bersih (steril)
- Penggalak akar kalau ada. Tak kisah nak guna yang cair atau serbuk. Boleh juga guna barang-barang dari dapur contoh bawang merah, madu, serbuk kayu manis dan lain lain.
- Aluminium foil atau plastik hitam. Tak wajib ada pun, sekadar utk tutup tut di lapisan luar. Tujuan supaya media tut kekal lembab tak mudah kering. Kalau gelap tak kena cahaya lebih mudah berakar.
Cara tut
1. Pilih ranting yang sihat & bercabang elok.
2. Buat kelaran cincin lebih kurang 1-2 inci bergantung saiz batang. Buang kulit & kikis lendir (kambium) sampai kering.
3. Kalau ada penggalak akar, sapu pada bahagian atas kelaran, tempat yang akan dibungkus
4. Sediakan media tut, lembapkan siap-siap.
5. Bungkus media guna plastik & ikat ketat. Istilah popular ini panggil bunjut tut.
6. Belah tengah bunjut tut begini.
7. Tangkupkan ke bahagian yang disapu penggalak akar tadi & ikat ketat. Nak mudah guna cable tie.
8. Akhir sekali balut dengan aluminium foil atau plastik hitam. Siap sudah proses tut. Tunggu lebih kurang sebulan insya-Allah berakar dan sedia untuk dipotong & ditanam.
Cara tanam tut
Apabila akar sudah penuh dalam bunjut tut, boleh potong di bahagian bawah akar tersebut. Pindahkan tut ke dalam bekas bersisi tanah campuran.
Pemindahan perlu dilakukan berhati-hati. Walau pun sudah keluar banyak akar tidak bermakna akar itu kuat. Jika tidak dilakukan berhati-hati akar turut boleh tercedera dan pokok tut lambat membesar. Ini kerana pokok terpaksa menumpukan nutrien dan tenaga bagi membaiki akar pokok yang rosak
Elak menekan pangkal tut apabila selesai ditanam, siram pula hanya keliling tut saja. Lebih elok pindah dulu tut ke dalam polibeg sebelum ke tanah agar akar anak pokok tut sempat stabil dan tumbuh dengan subur.
INFO
Proses tut tak semestinya berjaya. Kena sabar, ada pokok yg mudah & cepat berakar contoh pokok tin, limau kasturi, lemon, jambu air, jambu batu. Pokok limau purut agak susah untuk berakar & ambil masa lebih lama.
Begitu juga durian, rambutan, mangga (pokok-pokok besar) lagi lama proses nak berakar. Ada yang 1 bulan dah boleh potong & tanam, ada yang sampai 3-4 bulan baru ada akar. Jadi kena sabar.
Semoga bermanfaat
Sumber:
Artikel berkaitan: Kepala Ikan Bilis Pun Boleh Buat Baja, Berkesan Lebatkan Pokok Cili & Pokok Bunga
Cara Sejukkan Bahan Basah Bila Pergi Camping. Guna Air Botol Beku Saja, 4 Hari Masih Elok & Sejuk

Berkhemah atau camping antara yang mula digemari sebagai aktiviti keluarga mahupun bersama rakan.
Salah satu keperluan penting kalau nak camping ini adalah stok makanan. Tapi tanpa peti ais dah tentu jadi masalah nak simpan stok makanan terutama yang basah atau lauk yang nak dimasak waktu berkhemah. Apatah lagi jika nak berkhemah lebih dari 2 hari.
Supaya bahan makanan terutama bahan mentah atau lauk frozen yang dibawa boleh bertahan selama berkhemah perkongsian daripada Nazlin Firdaus ini boleh digunakan.
Caranya cukup mudah cuma sediakan ais yang dibekukan dalam botol. Menggunakan kaedah ini untuk berkhemah selama 4 hari 3 malam, ujar beliau barang-barang basah yang disimpan menggunakan kaedah ini masih elok lagi.
Cara sejukkan bahan basah guna air botol beku
Keperluan:
Kotak polisterin
Botol air mineral beku
Aluminium foil
Wallpaper untuk balut kotak polisterin
Caranya
1. Balut luar dan dalam kotak polisterin guna wallpaper. Kalau nak lagi tahan, balut guna wallpaper dan lapis bahagian dalam dengan alumnium foil.
Tujuan balut kotak ini supaya tiada lubang angin. Haba luar akan lambat masuk dan suhu sejuk tahan lebih lama.
2. Sebelum letak bahan makanan seperti lauk sejuk beku, ayam, sosej, nugget dan sebagainya pastikan bahan ini ‘difrozenkan’ dulu.
3. Cara susun, letak botol air mineral beku di bahagian bawah dengan cara baring. Botol mineral beku 250ml ini kena buat banyak ya.
4. Kemudian boleh letak barang makanan yang dah dibekukan terlebih dahulu di atas botol air mineral tadi. Selain itu selit juga botol air mineral beku ini di ruang-ruang kosong.
5. Sebelum tutup, bahagian atas letak ice bag 2 bungkung. Kemudian tutup rapat dan kemas. Tip: Jangan selalu buka tutup kotak ini untuk supaya haba panas dari luar tak masuk.
Hasil cara ini selepas 4 hari 3 malam, ais dalam botol masih lagi beku. Barang-barang basah masih elok dan siap boleh bawak balik rumah lagi.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nazlin Firdaus