Tengok kerepek terung ini pun kita dah tahu rasanya sedap. Garing dan rangup. Hidangan macam ni bukan saja boleh jadi lauk tapi juga kudap-kudapan.
Jika ada anak yang tak suka makan sayur boleh cuba buat kerepek terung ini untuk ajar mereka makan sayur. Cara inilah yang dipraktikkan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.
Ujar beliau ini adalah salah satu kudapan berasas sayur yang dibuat untuk hidangan petang anak-anak. Ia menu yang dihidang untuk ajar mereka suka makan sayur. Sedap dan rangup, sekejap saja dah habis katanya.
Buat kerepek terung rangup, kudapan sedap untuk ajar anak makan sayur
1. Sediakan terung, pastikan yang keras. Jika lembik tak menjadi.
Ads
2. Potong terus nipis-nipis.
3. Kemudian gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit.
Ads
4. Seterusnya tabur tepung jagung dan gaul hinggga bersalut dengan terung. Tepung ini tak perlu bancuh dengan air (air dari terung akan melekatkan tepung). Jika nak pedas, gaulkan sekali dengan serbuk cili hingga rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan.
Ads
NOTA: Boleh juga guna tepung Bestari, jika guna tepung ini tak perlu tambah garam, serbuk kunyit atau tepung jagung. Rasanya memang dah sedap.
Kalau di rumah ada lebihan roti dan tarikh expired dah hampir eloklah buat puding roti marble ini.
Selalunya bila sudah diolah menjadi puding ini memang sekejap saja licin. Warna yang menarik selain rasanya yang manis berlemak gerenti buat satu keluarga suka makan.
Nak membuatnya pun mudah, boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Nurul Munirah Jamaludin ini.
Pucuk paku tumis atau masak lemak memang sedap. Tapi bila beli untuk masak di rumah selalu frust sebab banyak dapat yang tua.
Boleh saja nak dapat pucuk paku muda dan free, cuma kena cari sendiri tepi jalan, biasanya di kawasan semak. Tapi awas, risiko jumpa haiwan berbisa pun tinggi.
Kalau suka makan pucuk paku ini apa kata tanam saja kat rumah untuk mudah dapat bekalan. Ya boleh tanam sendiri! Nak makan petik saja. Cara tanam pokok paku ini dikongsi oleh Zaid Azizy Yaakob.
Menurut Zaid, dia antara peminat hidangan pucuk paku. Tapi bila beli selalu dapat pucuk tua di samping harganya mahal. Pernah cuba untuk mencari sendiri di tepi sungai kawasan kampungnya tapi kejadian bertemu dengan ular buat dia serik. Jadi untuk memudahkan mendapat pucuk paku dia cuba untuk menanamnya sendiri.
1. Cari anak pokok paku yang tumbuh di tepi pokok paku (kalau nampak tepi jalan ada pokok paku boleh ambil. Minta izin, kalau tanah bertuan).
2. Boleh tanam dalam pasu, guna tanah yang sedia ada di rumah pun boleh.
3. Pastikan ambil banyak anak pokok. Bila banyak rumpun baru dapat banyak pucuk. Jika subur satu rumpun ada 2-3 pucuk saja, kalau kurus, satu pucuk saja.
4. Pokok paku ini kena siram hari-hari tambah lagi musim panas.
5. Tip supaya pucuk paku gemuk menghijau boleh buat air siraman ini. Ambil sisa dapur dari kulit bawang, kulit telur (tumbuk dan kisar dulu). Kemudian masuk dalam bekas yang dicampur air hujan, perap selama 3 hari.
6. Selepas 3 hari boleh guna untuk siraman. Selepas itu siram pula dengan air biasa. Pokok paku memang suka basah lencun.
Ibu yang punya anak kecil biasanya takkan dapat tidur kalau bayi selesema dengan hidung tersumbat dengan hingus. Mana tidaknya, dengan hidung tersumbat anak tak tidur lena dan biasanya akan meragam.
Supaya selesema anak lega dan ibu pun dapat tidur, boleh lakukan urutan yang dikongsi oleh Yati Eimra ini untuk meredakan selesema anak, masalah hingus meleleh dan hidung tersumbat.
Kali ni saya nak share cara urutan refleksologi untuk meredakan selesema, masalah hingus meleleh & hidung tersumbat lak. Saya bukan profesional ye, saya hanya tunjukkan point yang saya selalu gunakan & setakat ni alhamdulillah memang berkesan pada saya sekeluarga.
Saya nak terangkan sikit supaya jelas, urutan refleksologi/acupressure ni bukannya macam ubat, urut sekali jer boleh terus sembuh. Keberkesanan urutan refleksologi ni dapat dilihat kalau urut secara konsisten (walaupun bagi sesetengah kes, kesan urutan refleksologi dah nampak lepas pertama kali urut).
Urutan refleksologi berfungsi lancarkan peredaran darah, buang toksin, mengekalkan keseimbangan sistem badan & merangsang mekanisma pemulihan tubuh badan secara semulajadi. Tubuh perlukan rangsangan secara konsisten & perlukan masa gak untuk bertindakbalas.
Mungkin ada yang tak baca posting saya sebelum ni tentang urutan melegakan batuk. Jadi saya tuliskan sekali lagi tip mengurut terutamanya untuk urut anak kecil
Kalau boleh, mak mak cari setiap point yang saya tunjukkan ni pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.
Sebelum urut, sebaiknya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).
Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.
Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan je.
Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).
Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.
Perlu urut kedua² belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru² kanan & kiri)
Buat urutan dengan kerap sekurang-kurangnya 2-3x sehari untuk dapatkan kesan terbaik.
Sebaiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan
Kalau anak dijangkiti selesema (terutamanya jika selesema berpanjangan), selalunya saya picit refleks point pada tapak tangan je. Tapi kalau selesema disertai hingus meleleh atau hidung tersumbat, saya memang wajib urut point pada muka.
Point di Tapak Tangan
Picit refleks point “pituitari” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan. Point ni wajib picit kalau anak nampak lemah/selesema teruk sangat
Picit refleks point “sinus” pada setiap jari. Urut secara membulat pada refleks point “paru-paru” bagi melegakan kesukaran bernafas akibat selesema
Picit “meridian paru-paru” sepanjang ibu jari hingga pergelangan tangan. Boleh juga diurut secara memanjang ke bawah
Urut point D untuk meredakan selesema & tingkatkan sistem imun. Kedudukan point D – selepas bonggolan tulang pada pergelangan tangan & sedikit ke dalam.
Baru 2 minggu Fydh sembuh dari demam selesema, Khamis lepas dia dijangkiti selesema lagi. Masuk je pasaraya, Fydh tiba-tiba terbersin & hingus mula meleleh. Dah habis 2 paket tisu baru teringat nak buat urutan pada point kat muka?
Tak lama lepas urut, hingus dah kurang mengalir. Lepas 2-3 kali urut (selang 10-15 minit) hingus dah berhenti mengalir walaupun Fydh masih selesema lagi. Untuk hentikan hingus meleleh, biasanya saya urut 2 point ni je.
Point A
• Hujung mata (sebelah dalam) berdekatan pangkal hidung.
• Melegakan selesema & juga sakit kepala akibat selesema
Point B
• Tulang pipi pada sisi hidung (alae)
Bulan lepas, saya kena serangan resdung yang teruk akibat alahan makanan. Mata jadi gatal, bersin nonstop & hidung lak jadi tersumbat sebelah. Kebetulan anak pun tak sihat masa tu, jadinya saya terlupa nak buat urutan untuk diri sendiri sebab asyik busy jer.
Alhamdulillah kelmarin saya sempat buat urutan ni, hidung yang dah tersumbat lebih sebulan pun dah clear. Tapi sebabkan lama sangat hidung tersumbat sebelum ni, lepas clear tu akan jadi sakit kepala beberapa jam. (sebab tu jangan biarkan hidung tersumbat lama.
Fydh ni, bila hingus dah berhenti meleleh, dia jadi hidung tersumbat lak. Untuk tau hidung anak tersumbat atau tak, boleh gunakan teknik gunakan sudu besi (tengok post saya yang lama).
Kalau sikit je wap keluar dari lubang hidung, mungkin saluran pernafasan separa jer tersumbat, tapi kalau langsung takde wap bermakna saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya & bahaya untuk anak kecil.
Urutan ni bukan setakat elok untuk hidung tersumbat tapi elok juga untuk clearkan rongga sinus/masalah resdung. Jika buat urutan ni pada anak, PASTIKAN ANAK MINUM AIR SECUKUPNYA SEMASA & SELEPAS BUAT URUTAN sebab masa urut tu, selalunya akan rasa mukus turun dalam saluran tekak & boleh menyebabkan gatal² tekak. Kalau mukus terlalu pekat, boleh juga menyebabkan rasa tak selesa & rasa nak muntah akibat lendiran melekat pada kerongkong (terutamanya anak kecil).
Point A
• Pada bahagian lengkungan mata, diantara tulang soket mata & tulang kening.
• Urut bahagian ni menghala ke luar & lurutkan sepanjang kening untuk clearkan sumbatan pada frontal sinus (salah satu punca hidung tersumbat)
Point B
• Tulang pipi pada pada sisi hidung (alae)
Point C
• Tulang pipi, selari dengan kedudukan anak mata.
• Urut bahagian ni untuk clearkan mukus pada bahagian maxillary sinus. (sumbatan pada rongga ini juga boleh menyebabkan hidung tersumbat)
Boleh buat urutan limfatik ni untuk clearkan mukus pada rongga-rongga sinus. Kalau anak ada masalah resdung tu, memang elok sangatlah buat urutan ni. Yang takde masalah resdung pun, saya galakkan juga buat urutan ni untuk lancarkan sistem limfatik pada bahagian muka.
Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...