Buat Kulit Karipap Daun Sup, Barulah Lain Sikit. Makan Kulit Pun Dah Sedap Dan Wangi

Share

Kulit karipap yang kita tahu cuma dua, sama ada yang licin atau pun kulit karipap jenis pusing. Tapi ada satu lagi yang boleh kita olah iaitu buat kulit karipap daun sup.

Cara ini dikongsi oleh Tie Watiezz. Rasa kulit karipap akan jadi lebih sedap dan juga wangi kerana ada diletak daun sup. Bagi yang nak cuba boleh ikut cara yang beliau kongsi ini.

Kulit karipap daun sup, barulah lain sikit

Karipap cara saya, kulitnya letak daun sup. Inti kentang pula tak dadu tapi direbus sebiji-sebiji kentang dan dilenyek pecah kasar. Lepas tu baru tumis rempah, gaul saja. Resipi penuh seperti di bawah;

Bahan-bahan:

Tepung gandum 3 cawan
Garam 1 sudu teh
Daun sup cincang 1 senduk
Marjerin 2 sudu besar
Minyak masak 2 sudu besar
Air secukupnya

Cara membuat:

1. Panaskan majerin dan minyak, tunggu hingga suam.

2. Gaul semua tepung, garam, daun sup dan marjerin. Ramas hingga jadi berderai kemudian masuk air sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh.

3. Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit kemudian baru bentuk jadi bulat dan aru start buat karipap macam biasa.

Bahan inti kentang

7 biji kentang – direbus sebiji-sebiji
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sedikit halia
2 tangkai daun kari
4 sekawan(pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
2 sudu besar rempah kari
1 biji kiub pati daging (optional)
Garam secukup rasa.
Air 1/2 cawan

Cara membuat

1. Rebus kentang hingga empuk, toskan, tumbuk/potong kasar.Ketepikan.

2. Tumis 4 sekawan, bawang-bawang dan halia.

3. Masukkan rempah kari dan air, tuggu hingga pecah minyak sikit dalam 5 minit. Gunakan api perlahan. Kemudian masuk garam dan kiub pati.

4. Bila rempah dah masak, tutup api,kutip/buangkan 4 sekawan. Takut tergigit.

5. Masukkan kentang yang ditumbuk kasar, gaul rata bersama rempah. Akhir sekali taburkan daun sup yang dicincang.

6. Sejukkan dahulu sebelum letak dalam doh karipap.

Selamat mencuba.

Sumber: Tie Watiezz

 

IKLAN