Buat Langkah Ini Untuk Elak Kena Tag Video Tak Senonoh Di Facebook

Share

Ramai kalangan rakan yang berkongsi status mereka terkena tag dengan video tak sepatutnya atau video tak senonoh. Bagi yang tak ikut perkembangan semasa mungkin ingat kita terbabit dengan aktiviti begini.

Supaya tak terkena situasi ini di akaun Facebook kita, ada cara yang boleh kita dilakukan. Langkah yang dikongsi oleh Cikgu Siti Suhaila

ini boleh dipraktikkan terus.

Cara elak kena tag video tak sepatutnya

Rimas asyik kena tag dengan video yang tak sepatutnya? Buat step macam ni supaya kalau kita kena tag pun, post itu takkan terpapar kat wall kita selagi kita tak approve. Cegah sebelum terlambat.

Sekali semak wahh memang banyak sangat kena tag. Mujur dah bertahun setting gini. Macam-macam helah sekarang ni. Hati-hati.

1. Pergi ke bahagian Menu dan pilih Settings & Privacy dan klik.

2. Pilih Settings

3. Klik Profile Settings

4. Klik Profile and tagging

5. Perhatikan bahagian Reviewing seperti gambar.

6. ‘On’ kan 2 bahagian ini. Ia membolehkan kita menilai dulu post yang ditag sebelum muncul di profile kita.

Dah tau cara, kena buat kat FB masing-masing ya.

Sumber: Cikgu Siti Suhaila

IKLAN